Assalamualaikum..Selamat pagi semua
Meh..meh sarapan kat rumah Ana, ada lagi macam2 makanan nih tolongla perabihkan!!! hihi...
Apam pisang ni Ana tengok kat dapo Mas haritu, katanya dia nampak kat blog Ros..jadi dengan senang hati Ana g jenguk & intai2 dapo Ros pulak & nampakla resepi ni tapi ada tambahan serbuk koko, Mas punya takde, ko tak bubuh ke koko tu Mas? hihi...setelah puas bersoal jawab dengan Mas, maka selamatlah pisang nan kehitaman tu di"apam"kan...
tak mekar & tersenyum pon..:(( |
Nampak kat dapo Mas elok je cantiknya, naik sekata siap dengan urat2 pisang lagi, kat dapo Ros tu siap tersenyum mekar walaupun tak lebar, kat dapo Ana ni semacam je warnanya..heeee...ampun Mas & Ros, saje nak tunjuk gigi pagi2 nih...kat rumah ni kalau yang warna takde kecoklatan kurangla peminat cilik tu..nak tak nak kena boh juga serbuk koko..
manala pergi sbijik lagi tu ek?? |
Haaa...dah kena telan masa baru masak, panas2 makan, sedapnyeerrr, lembut gitu, Ana masak ni malam tadi, plan nak buat sarapan tapi dah suku habis dikerjakan lepas dah masak tuh..sape yang kerjakan tu ek? Si anak daro kite le, Damia dok makan dengan ayahnya, pas sbijik, sbijik dia mintak...memang dia kuat makan, badan dia pun semacam je..hihi...
Apam Pisang Coklat -menghasilkan 10 biji apam (acuan apam saiz biasa)
Bahan-bahan :
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/4 cawan gula
- 2 biji pisang ranum ( dilecek)
- 1 biji telur
- 50ml minyak masak
- secubit garam
- 3 sudu besar serbuk koko
Cara-caranya
1. Lecek pisang yang telah ranum dan campurkan dengan secubit garam, ketepikan. selepas itu ayak tepung gandum bersama baking powder.*Ana TERayak dgn soda skali..hihi..*
2. Di dalam mangkuk adunan pukul telur dan gula menggunakan senduk kayu atau whisker, selepas itu masukkan pisang yang telah dilecek, tepung sedikit demi sedikit, serbuk koko, soda bikarbonat dan minyak masak, kacau sebati.
3. Panaskan pengukus, Isikan 3/4 adunan apam ke dalam acuan dan kukus selama 12 hingga 15 minit, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.
*Acuan plastik yang Ana gunakan tu Ana sapu sikit dgn minyak masak ,bila dah masak apam tu tuang je laju dia turun..hihi
**Nota penting nak bg mekar (ROS) api kena kuat...lain kali kalau nak buat lagila...
Sebelum mengundurkan diri untuk memberi laluan kepada perut yang lapar ni, meh kita tinjau dulu apa yang ada untuk sarapan harini..heee...layaaannn...
mee goreng & air teh..sila..sila..(",) |
Air teh tu dalam cawan cantik gakle kan, dapat free tukar mata point kat MyDin, tapi Cik Abe Ana tak suka guna, sebab mulut cawan tu lonjong gitu, dia kata kena bukak mulut luas2 kalau nak minum guna cawan ni, takut tumpah...adooo je...heheh
Wassalam
4 ulasan:
ana, akhirnya selamat juga pisang tu diapammkan...ha..ha..rupa tak kisah Anna, janji sedapppp...k.mas pun tak dapat2 lagi senyuman apam tu, tengok love buat cantik jer apam tu senyumm...jeless tau, nanti nk buat lagi, cara love pulak...minta2 apam tu senyummm...he..he..
lupa pulak, serbuk koko abiss la, tu yang buat apam biasa jer tu..
laa..patotle, tapi takboh koko pun lawa gak..dlm komen2 ROS LOVE kot yg gtau suruh kuatkan api, dah sekuat2 api dah kita bukak tp ttp senym kambing je..haha
love pun buat entry apam ni jugak kan..lembut ek..boleh try kena beli pisang dulu la..dah lama tak makan apam mekar mcm nih...napa tak siat sikit isi nak tengok ana..kikiki..
Wah! Boleh Cuba Ni...Tentu Sedap Kan?
Catat Ulasan