Sabtu, 19 Jun 2010

MUFFIN COKLAT TANPA TELUR

Ana nak kongsikan 1 resepi yg agak jimat ni..takyah boh telur pon jadik gak muffin ni..lembut ja...yg pasti budak2 suka sgtla kan bila ada coklat2 nie....nak buat pon senang..main kacau je...Ana buat ni malam tadi...sekelip mata dah licin sbb dapat 9 biji je..haha...


ada love-love lagi...
Bahan2 : 

*A* 
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus (blh juga nak kurangkan manis guna 3/4 cawan je..)
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam

*B*
  • 1 cawan air
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara nak buat :

  • Semua bahan *A* dicampur & gaul sebati...ketepikan
  • Semua bahan *B* dicampur & dikacau2 bersama
  • Kemudian satukan semua bahan2 A & B, kacau2 bagi bercampur & basah dah cukup. Tak perlu kacau lama2 nanti keras. 
  • Mungkin akan ada nampak mcm ketul2 tepung sikit tp biarkan je...
  • Masukkan ke dalam cawan kertas sebanyak 3/4 penuh..bakar sampai masak..
  • Adunan ni dapat 9 biji je saiz sederhana..nak banyak kena gandakanlah adunan...


Hmmm....sedap & lembut je...CUBALAH !!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...