17 Jun, 2010

CHOC. CHEESE CAKE (kukus)

Salam suma...hihi..semalam cik Abe Ana cakap bila kain kuning penutup Elba Ana dah terbuka, maknanya banyakla resepi2 yg akan ditry & dimakan...itu juga bermakna bil letrik rumah ni akn mendadak naik..hehe...tp takpe kan sbb nak bg family mkn air tangan ummi..*nak cover diri sdri ni*

Malam ni Ana masak kek coklat keju..stail kukus punya. Saje nak perabihkan keju D'Qisra berbulan2 dah beli tp tak habis2...bahan2 nak buat pun ringkas je..kacau pun guna senduk pun blh jadi...nilah rupa kek yg sedap sgt tu...

Nyum...nyum..(",)

Bahan2nya yang ringkas :

Adunan kek coklat :

2 bj telur

3 sudu besar serbuk koko

1 cawan gula halus

1 cawan tepung gandum

1/2 cawan butter..dicairkan

1/2 cawan susu cair

1 sdk baking powder

1 sdk soda bikarbonat

1 sdk serbuk vanila ( saya guna esen vanila je)

1/2 cawan air panas

Adunan Cheese :**

  • 250 gm cream cheese (saya cuma ada 200gm je..) 
  • 1 bj telur 
  • 1 sdb gula 
  • 1 sdb tepung gandum

**Campur semua bhn2 untuk adunan cheese ni & kacau2 gitu je, biar sebati dah..**


Cara2 nak buat kek coklat...

  • Tepung + serbuk koko + baking powder + soda bikarbonat + serbuk vanila(kalau gunala..) diayak bersama 
  • Pukul telur & gula halus sampai sebati
  • Masukkan susu cair + butter + vanila
  • Kemudian (1) dimasukkan ke dalam bancuhan tadi sedikit demi sedikit.  Sambil2 tu gaul rata..guna senduk je yea
  • Last skali masukkan air panas & gaul rata & dibahagi 2 bahagian. 1 bahagian utk lapisan bawah & 1 bhgn utk lapisan atas 
  • Kukus adunan bawah - 15 minit je. Masukkan adunan cheese pula - 15 minit juga..Boh baki adunan coklat td kukus 20 minit atau sampai masak..masa ni Ana taburkan badam cincang sket kat atasnya..saje mandai2..
  • Semasa mengukus Ana tutup ngan aluminium foil..guna kain pon ok..tak nak bg air menitik kat dalam kek tu..

close up sikit..bg jelas cheese tu..hihi

haa...sape2 nak hidangan ringkas ni blh cuba..terima kasih kepada kak Pajid yg sudi bg resepi sedap nih...kepada anda..SELAMAT MENCUBA ya..

1 ulasan:

Qaseh Diniza berkata...

kek ni sedap..bt byk kali pn x jemu mkn...nyum..nyumm..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...