Sabtu, 19 Jun 2010

BEBOLA KELEDEK

Keledek..keledek..asyik wat pengat je, kali ni nak wat bebola lak..nama manjanya jemput-jemput je..hihi..dapat idea dari MAMAJAY  ...Ana copy kat sini lak..senang2 cubalah, tp Ana guna keledek purple..jd isi dlm bebola ni warnanya purple le..masa bagi kat anak2 makan ni, Akmal mencebik je sbb dia kurang gemar sikit, paksa dia rasa pastu...haaa..dia ckp."WAH!!...PANDAINYA UMMI BUAT KUIH NI JADI WARNA UNGU..SEDAPLA." haha...macam2...



jemput makan...

Bahan2 nak buat :
  • 600 gm keledek ( yang kecil2 )
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • minyak secukupnya untuk mengoreng

Cara nak buat pon senang sangat :
  • Keledek di buang kulit kemudian direbus bersama 1 sudu kecil garam sehingga lembut. Sejukkan. Kemudian dilecek sehingga lumat. lecek masa keledek tu panas2 lagi yea..dah sejuk nanti susah sktla..
  • Campurkan semua bahan. Gaul rata. Panaskan minyak secukupnya dan goreng seperti membuat jemput2 biasa.


Hmm..pelagik tggu? buatle bagi makan kat anak2 & keluarga tu...



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...