18 Jun, 2010

KARIPAP

"Air tangan ibu penuh dengan keberkatan"

Oleh kerana kata2 itulah Ana suka sgt buat kuih muih utk santapan anak2 & suami..tambah2 lg time cuti sekolah ni, 24 jam kat rumah, habis segala jenis biskut & roti licin hatta serdak2 biskut sekalipun...hihi...jadi apakata kita buat karipap lak? Buat banyak2 pastu frozenkan, nak makan goreng je yea..yang pasti HALAL & yg paling ptg Ana yg buat...(",)..sambil2 buat kuih tu jgn lupa selawat & doa utk kesejahteraan ank2 & suami, semoga berkat memakan mknn ini..Amin.

Resepi ni Ana olah ckt, intinya ambil dari MyResepi..dohnya lak dari blog citarasawan. terima kasih kak bg saya copy resepi..

 

 mmmm....sedapppp...

Bahan-bahan doh:

  • 600 gm tepung gandum
  • 130 gm majerin
  • 150 ml air @ blh ditambah ikut kesesuaian doh
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan-bahan inti :

  • 5 biji kentang + 1 bj keledek bersaiz sederhana, dipotong dadu kecil-kecil
  • 100 gm isi ayam dicincang halus
  • 1 biji bawang besar, dicincang
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 tangkai daun kari di cincang halus
  • air secukupnya
  • garam  secukupnya
  • sekeping gula melaka (ganti gula)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Daun sup di cincang jika suka

Cara membuat inti :

  • Tumiskan bawang & daun kari hingga kuning dan masukkan serbuk rempah kari.Masukkan kentang, keledek, isi ayam dan kacau.
  • Tambahkan air dan masukkan gula melaka, biarkan ia masak perlahan-lahan.
  • Apabila air telah kering, masukkan garam & daun sup. Angkat apabila kentang telah empuk. Sejukkan sebelum digunakan.


Cara membuat doh :

  • Air dan garam dilarutkan.
  • Gaulkan majerin ke dalam tepung hingga menjadi seperti serbuk roti.  Tuangkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh.
  • Uli sebentar hingga doh agak licin,  rehatkan doh 15 minit. Tutup bekas dengan plastik.
  • Canai nipis doh dan terap dengan penerap bulat.  Buat sehingga habis.
  • Ambil sekeping doh yang di canai letak di tengah acuan karipap dan masukkan inti di tengahnya. Sapu sedikit air di bahagian tepi baru ditangkupkan acuan karipap dan buang lebihan di kelilingnya.
  • Jika tidak menggunakan acuan, kelim bahagian tepinya sehingga habis.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
  • Jika ingin menyimpan karipap di dalam peti sejuk, sapu sedikit minyak dan susun dan alas dengan plastik di dalam bekas supaya tidak melekat.  Simpan di tempat beku 

     nak masuk esbox nie...

    *Ada juga cadangan kalau nak simpan untuk buat stok, goreng dulu separuh masak, sejukkan & simpan dlm peti ais..terpulanglah yea..tp cara ni pun ok gak, tak melekat 1 sama lain..*

     

    ~SILALAH CUBA BUAT SENDIRI~

 

 

Tiada ulasan:

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...