11 April, 2011

CHOCOLATE FILLING

Assalamualaikum..
Salam sejahtera buat semua teman-teman..harapan Ana anda semua sihat walafiat & sentiasa didalam lindungan Allah hendaknya..Amin..
Semalam Ana ada buat chocolate filling, khas utk inti roti, pau & kuih apam yang berinti tu..resepi ni Ana dapat dari Pn. Azlina Alias, katanya kuih apam dot dot tu berintikan filling coklat buatannya sendiri..jadi dengan bermurah hati beliau kongsikan resepinya..semoga Pn. Azlina sentiasa dilipahi rezeki yang berkat & berpanjangan hendaknya..banyak pahalanya berkongsi ilmu ni..rasanya Pn. Azlina ni meniaga kuih..tak lokek ilmu..
Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri ikut resepi ni..mana tahu kena dengan selera & mampu menjimatkan kos, daripada beli yang dah siap kan. Kalau tanya Ana, sedang-sedang elok filling ni, senang nak letak dalam roti, 1 aduan ni dapat lebih kurang dalam 500 gram lebih..cuma bagi yang nak lebih manis, mungkin kena tambah sedikit gula, jika nak letak dalam roti yang tak manis..
Kalau tanya sedap ke tak, bagi Ana sedap le, BERBANDING YANG BELI SIAP?? TAK TAHU...SEBAB?? Ana tak pernah beli apa-apa inti yang dah siap kat kedai tu, kecuali roti berinti je..hehe..kalau sesiapa yang nak tahu keputusannya, kena cuba & buatle perbandingan sendiri yer..Bagi Ana setakat ni Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita berjaya menghasilkan makanan kita sendiri, tahu apa yang kita letak..berbanding yang dah siap kat kedai kan.. jimat pun jimat..
Kepada sesiapa yang nak mencubanya, disini Ana kongsikan pula resepinya untuk dipanjang-panjangkan..moga kita sama-sama beroleh manfaatnya..Terima kasih buat Pn Azlina.
CHOCOLATE FILLING
Sumber : PN AZLINA ALIAS@Kongsi resepi
Bahan-bahan :
  • 250ml susu sejat
  • 180ml air suam
  • 125gm gula halus atau gula kastor..boleh tambah sedikit jika nak manis
  • 60gram mentega
  • 60gram serbuk koko
  • 40gram tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara :
  • Campurkan susu,koko, air suam dan tepung jagung.Kacau
  • Tapis kedalam bekas berisi gula..Ana campur & blender sampai halus, terus tuang dalam bekas gula
  • Kacau dan pekatkan diatas api..guna api perlahan
  • Kacau sampai pekat
  • Campurkan mentega dan esen
  • Kacau sebati dan tutup api..sejukkan
  
Sarapan pagi ni dengan Bun Berinti Coklat..
SELAMAT MENCUBA...^_^

10 April, 2011

PUDING KAREMEL TANPA TELUR

 Assalamualaikum w.b.t
Haaa...pekabo semua? Ada plan nak g jalan2 ek.....kita sibuk je rini, ..walau takde pergi mana-mana pun ...hmm...anak-anak dah sekolah ni kena ikut jadual anak-anak le kalau nak kemana-mana pun kan, plan awal nak balik kampung suami, tergendala dah lebih sebulan dah plan ni, asal hujung minggu je ada yang perlu diselesaikan/dihadiri..itulah kita ni sekadar merancang..tetapi DIA Maha Mengetahui & DIAlah Perancang terbaik sekelian alam..moga-moga rancangan tertangguh ni tertunai akhirnya..maklumle, menziarahi orang tua 1 kewajipan oleh anak-anak..tambah lagi FIL Ana kurang sihat dengar-dengarnya, MIL dah takde..semoga FIL sihat walafiat hendaknya..InsyaAllah..
Eh..ni puding yang bila nih? Haa..jangan buat spekulasi yer..masih berbaki pagi ni, sempat buat sarapan lagi..hehe..tak sempat nak update semalam, maklumle sibuk mengalahkan Menteri Kabinet nih...Resepi ni dah terlalu ramai yang mencubanya..tanpa telur & jimat kan..rasanya sungguh sedap, lembut & licin permukaannya..*testimoni ni..*
Untuk pengetahun (bg yang nak ambik tau ler..) resepi ni dah berkurun simpan, rasanya dah hampir setahun kot..heee...punyala  malas susah nak membikinnya..banyakle ko punya susah..!! Dalam bahan-bahan & cara tu Ana dah edit sikit, buat ikut senang kan..bila dah kurangkan gula tu manisnya sedang-sedang je, sesuai utk yang tak suka manis macam Cik Abe Ana nih..banding ngan tekak sendiri yang lebih suka manis..sebab tu muka Ana nih manis jer..kuikuikuii.*uwweeekkk*
PUDING KAREMEL TANPA TELUR
Sumber asal : firasyira@myresipi
Sumber : Anna Qawina

Bahan-bahan :

 

(A) 
1 1/2 senduk gula 
sedikit air
    (B)
    1 bungkus agar-agar serbuk (8 grm)
     4 cawan air 
    2 1/2 senduk gula
      (C) 
      1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
      2 sudu makan tepung kastard
      1 sudu esen vanilla
        (Campur sebati semua bahan C & blender sampai halus)

        Cara-cara

        1. hanguskan gula macam buat karamel utk puding karamel yang lain, bila dah keemasan, tuang sedikit air, kacau sebati & tuang ke dalam loyang/bekas.
        2. Boleh juga jika nak hanguskan gula tu terus dalam loyang untuk letak puding, kemudian tambah air & ketepikan
        3. Dalam periuk didihkan bahan (B) sampai gula larut, kecilkan api kemudian masukkan bahan (C) kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. 
        4. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
        5. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).
        **Guna senduk cedok nasi tuh..
        SELAMAT MENCUBA

        08 April, 2011

        DONUT SKYBLUE

        Assalamualaikum

        Donut lagi..lagi-lagi donut...donut & donut..meh layan ini gambar donut..hehe..

         

        Kali ni ikut aje kemahuan anak-anak nak yang bercoklat & warna warni..takut gak diaorang bosan asyik bawak bekal yang sama rupa & bentuk tu hari-hari ke sekolah kan..asyik2 salut gula icing..

         

        Bila anak-anak tengok, terlopong sekejap budak-budak tu..tersengih2 & sibuk lak memilih mana yang nak bawa bekal..agaknya dalam hati diaorang berkata-kata ..."terornya ummi ni wat donut kaler-kaler.."..muahahahaa..sebenarnya kurang rajin nak menyalut donut dengan coklat..senang main tabur gula je kan..

         

        Maaf la ye, lupa nak snap yang digigit, biar nampak isi dalamnya..badan rasa tak sihat lak..asyik terbaring sepanjang hari ni..buat mana yang perlu jela.. adunan ni dapat banyak..lagipun Ana buat kecil-kecil je..


         

        RESEPI DONUT SKYBLUE

        Sumber : Skyblue@myresipi

        Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )


        • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
        • 1/4 cawan air suam
        • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
        • 1/2 cawan gula halus
        • 1 sudu kecil garam
        • 2 biji telur
        • 1/3 cawan shortening/butter
        • 5 cawan tepung gandum
        • Minyak untuk menggoreng

         Cara-cara

        1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
        2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
        3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
        4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
        5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
        6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
        7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

        **Ana guna bread maker untuk menguli aduan ni..**

        07 April, 2011

        DONUT KENTANG ROS

        Tiada kata seindah bahasa..baik diam membisu seribu bahasa..sebabnya dah tak banyak masa nak bebel..hehe...sekadar tayangan perdana untuk cuci bijik mata di waktu senja...



        DONUT KENTANG ROS
        Copy : Izah

        Bahan-bahannya
        • 250 gram tepung gandum
        • 80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
        • 2 sudu besar susu tepung/skim milk
        • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
        • 80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
        • 1 1/2 sudu besar marjerin
        • 2 sudu besar gula
        • 4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)
        • ( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sangat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)**Ana letak 80 ml air suam je & guna telur saiz A**
         
        Caranya.
        1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

        2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

        3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

        4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..


        Cara menyalut donut dengan coklat cair :

        • Cairkan coklat masakan bersama sedikit mentega, masak dengan kaedah double boil..biarkan mereneh atas api yang perlahan & celupkan donut yang dah sejuk, taburkan apa-apa hiasan yang anda sukaa..
        • Kalau nak cepat keras coklat tu, masukkan donut bercoklat tu dalam peti ais sekejap & kemudian keluarkan..ngap!!
        • Sekian..

        E-Book Percuma JINTANMANIS.COM

        Assalamualaikum

        Waaa..teruja sungguh masa Ana buat n3 nih..hehe..sebab baru je siap download e-book yang Rosmarlina hadiahkan buat semua peminat2 dan pengunjung jintanmanis.com. Sape2 yang belum tu bolehla berbuat demikian yer..

        nak tahu lebih lanjut, tengok sini..




        crdt : www.jintanmanis.com

        crdt :www.jintanmanis.com


        Seronok sebenarnya, sebab boleh dikatakan hari2 masuk website Ros tengok resepi roti walhal dah save pon resepi tuh...kalau nak buat roti (macam hari2 je..) donut ke..yang terbaru Ana dok skodeng pizza 2 3 hari dah, tapi tak buat2 lagi..hihi...tak sah tak jenguk sana dulu...

        Apa lagi tunggu? Cepat pergi sana..kot2 ada donut ke..roti ke..boleh angkut bawak balik skali yer...hehe..

        Terima kasih bebanyak buat Ros & suaminya yang bermurah hati menyediakan e-book istimewa percuma ni..Sekian...

        06 April, 2011

        KENTANG BERTELUR...dah terdesak!!

        Bersiaran di lewat petang, sambil memasak lauk singgang tulang untuk makan malam, sempat le update menu terdesak tengahari tadi.. kenapa terdesak? Sebabnya lepas naik ambil kakak Damia balik dari tadika, terus zzzz....penat sangat..*ayat biasa tu*..Bila bangun tersedar hari dah agak lewat, lapar lak, anak-anak berdua tu belum bangun, pc. lak on je, nampak Kak Nuridah tunjuk menu ringkas nih, terus terbayang kecepatannya, sebab kentang memang dah ada yang dah rebus..kira masak jela..dah siap terus makan..Alhamdulillah..kenyang jugak kan..


        Untuk Kak Nur..terima kasih kerana rajin tayang menu nih..hihi..menu ringkas untuk anak-anak & bolehla kalau nak tambah sayur2 pun kan...sian gak baca story akak tu yang terhangus cereknya..tadi pun nyaris2 gak periuk nasiku hangus..hihi...
         
        Kentang Bertelur

        Bahan-Bahan

        • 3 biji kentang, direbus jangan sampai lembik dan dipotong dadu
        • 2 butir telur
        • 1 biji bawang besar dihiris nipis
        • Daun sup dan daun bawang
        • Sedikit serbuk lada putih
        • Garam secukup rasa
        • Sedikit  minyak untuk menumis

        Cara-Cara
        • Panaskan minyak, tumiskan bawang yang dihiris hingga lembut dan layu.
        • Masukkan kentang yang telah direbus.
        • Pecahkan telur, dan gaul rata bersama kentang.
        • Masukkan garam dan serbuk lada putih mengikut kepedasan citarasa sendiri
        • Gaul rata dan akhir sekali taburkan daun sup dan daun bawang jika suka.
        • Masa nak makan tu Ana tuang kicap manis atasnya..nyum..nyum..

        KEK PISANG GORENG

        Alhamdulillah..harini lapang sikit, nak update blog pun rasa tenang je, tak payah terkejar2 untuk siapkan bekal anak-anak sebab semalam dah buat donat mayonis & jugak donut kentang, kira stok untuk 2 3 hari ni dah setel le eik..tang donut tu kita bicara kemudian yer..

        Haa..ni yang teruja nak buat kan..semalam tengok resepi kat blog So Fea..pelik & terasa nak buat..cara buat tu yang lain sikit kan, pisang tu kena goreng dulu..Alhamdulillah, hasilnya tak mengecewakan, sebijik macam kedai mari..heheh..


        Masa godek adunan ni, bila dah tambah minyak, part last skali tu, aduk sekejap je, Ana guna senduk je, bagi adunan tu sebati & bersatu dah cukup & terus tuang dalam loyang..& bakar..sebab kalau terlebih aduk kek akan bantat..begitulah pesan tuan resepi..hehe


        Ana mintak izin kat puan resepi yer, nak letak kat sini lak..hehe..sape2 nak kelainan tu bolehla cuba..InsyaAllah tak mengecewakan. Sesuai untuk minum petang, boleh juga kalau buat untuk makan-makan bila rewang2 kenduri kan..Ana makan suku je anak beranak, selebihnya suami bawak pergi surau, makan sama-sama dengan kawan2 seangkatannya..hehe..memang plan asal nak hantar ke surau bila suami kata ada kuliah malam tadi, maklumle kat rumah ni kalau buat kek yang makan tak seberapa sangat, maunya tukang bancuh kek yang terlentok tepi meja nak prabihkan..budak-budak makan sikit je..

        RESEPI KEK PISANG GORENG
        (Loyang bulat lubang tengah 21cm)
        Sumber : Khazaini Khalid
        Copy : Sofea

        Bahan-bahan:
        • 250g pisang emas@ lain2 pisang..Ana guna 4 biji pisang berangan
        • 4 biji telur
        • 3/4 cawan gula castor
        • 2 cwn tepung gandum ~ayak
        • 1 sk baking powder ~ayak
        • 1 sk soda bikarbonate ~ayak *Ana guna 3/4 sk saja
        • 1 cwn minyak suam ~guna minyak goreng pisang tadi.*kalau tak cukup boleh tambah minyak dari botol yer
        • **1/2 sdt esen vanila..*Ini Ana tambah
         

         Cara: 

        • Pisang digoreng sebiji2 hingga perang gelap, angkat dan lenyek dgn garfu ~ goreng guna api kecil 
        • Putar telur dan gula hingga kembang & putih. Tambahkan esen vanila.
        • Kemudian masukkan pisang selang seli dgn tepung, putar hingga sebati.
        • Akhir sekali tuangkan minyak  & putar sekejap saja ~ akak kaup balik guna spatula. *Ana guna cara sama..kejap je..
        • Tuang dalam acuan dan bakar 160'c -40 min @ sehingga masak.

        Selamat Mencuba yer..jangan konpius tang pisang goreng tu, agak-agak nak puas hati, goreng pisang tu lebih sikit, sebab masa goreng tu baunya yang amat menusuk, membuatkan kita rasa nak ngap je, takmo buat kuih..hehe..lebih2 tu boleh makan kan..*tips tk boleh pakai*

        BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

        Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...