Assalamualaikum..lahaii..kejap timbul kejap tenggelam, target nak update 1 hari 1 karangan nampaknya tinggal angan-angan..
Hmm..post terperap ni, sikit2 kurangkan list perapan okla kan..menu2 bekal anak, yang mudah2 aje..
Waahh...seronok buat waffle ni rupanya, anak2 kemain lagi makan & berbekal..napela tak cuba buat lama2 dulu...saya namakan resepi ni sempena nama femes Kak Noor iaitu Mak Tok..hehe
Waffle Maker ni dah lamaaa sangat beli..rasanya dah hampir 2 tahun kot tp simpan tak bukak2 rasmi..nasib tak tumbuh cendawan..hehe
Kali ni cuba rsp Mak Tok Iman yang tengah femes sekarang ni, dah siap ada buku resepi masakan lagi, haa sape2 berkenan bolehla pergi beli.
Bahan -bahan :
- 2 biji telur
- 2 cawan tepung gandum
- 1 3/4 cawan susu segar
- 1/2 cawan minyak sayur/ minyak masak
- 1 sudu besar gula
- 4 sudu kecil baking powder
- 1/4 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil esen vanila
Cara-cara :
- Pukul telur hingga kembang(guna whisk je)
- Campurkan susu, tepung, baking powder, minyak, gula, garam dan esen vanila
- Kacau rata.
- Panaskan waffle maker, sapukan dengan sedikit minyak.
- Tuang adunan waffle secukupnya, biarkan adunan merebak sendiri ke seluruh acuan & tutup penutup waffle maker tu.
- Masak 2-3 minit @ sehingga keperangan, boleh buka tengok dah masak ke belum, jangan lama-lama nanti hangus pulak.
- Hidangkan dengan apa2 filling/jem kegemaran
SELAMAT MENCUBA
1 ulasan:
assalamualaikum acik Iman hehe
Ni maktok Iman dah dtg nak makan waffle dia ni, ada lagi tak Anna sedang lapo ni tengok waffle tu kalah yg maktok punya tau...btw terimakasih kerana sudi naikkan bakul maktok tu kann, sedang gayat ni tajut jatuh lah la pulak
Catat Ulasan