29 Januari, 2015

ROTI MANIS GEBU TANGZHONG/WATER ROUX

 
Assalamualaikum...Khamis yang damai, kicauan burung memeriahkan bumbung rumah (siyes ada burung ok..) deruan enjin kereta yang bertali arus & brrooomm brromm  moto2 yang bingit..asal lalu depan rumah aku je diaorng tekan minyak, pehal tah..dengki kot kita nak rilek2 pagi2 ni..hahaa

Roti ni sangat lembut..suka...sukaaa...betul betul betulll..tanpa bahan2 pelembut & penaik lain selain yis & water roux..itulah bahan utama yg diperlukan. Terima kasih empunya yang berkongsi resepi (Pn Zurina Kifli), Kak Nor Aznim yang bagi resepi ni kat kitaorang, dipersetujui Izah yang dah buat katanya..Sesiapa nak berniaga boleh guna resepi ni, hasilnya agak banyak & kosnya agak rendah. Boleh pelbagaikan bentuk kalau suka.

"Doh ni saya buat akhir sekali..dapatla 2 bj doh 28g, bulat2kan mcm biasa pastu gentel bg panjang ala2 keropok lekor, lingkarkan atas loyang & tekan hujungnya supaya bercantum. Dah naik 2 kali ganda, sapu gliss, letak keju cheddar yg disiat2 kasar, letakkan sardin, taburkan rempah cajun, paipkan mayonis,  & sos cili.  Bakar macam biasa.(teknik & cara ni idea Pn.Azemah Chebo FB)"

haa..kalau xde mixer/breadmaker..masuk je dlm plastik bag yg bersih tu, gelek2 dgn kayu penggelek atau tumbuk2 hentam aje aarr labu sampai doh tu lembut.  Nak uli ala2 dayang senandung menyental kain atas batu tepi sungai sambil berkemban pon boleh..tarik tolak..tarik tolak..Tak mampu jugak?

**Petua lain : asben korang suka tengok bola tak? Kalau ye..time ada live lat tv tu kan..letak kat depan asben tu doh roti dlm plastik sesiap..harap2 plastiknya lebih tebal dr biasa. Time di bersorak make sure tangan yg beliau hentak2 tu kena kat plastik roti korang..berkesan nih..tapi AWAS!!! Jangan sampai kaki dia pulak yg naik...haha...

RESEPI ROTI MANIS GEBU TANGZHONG
SUMBER : ZURINA KIFLI (FB)

Bahan : 
  • 4 cawan tepung gandum (saya guna 2 cwn gandum & 2 cwn tepung high protein)
  • 4 sudu makan gula castor
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 3 sudu makan mentega
  • 3 sudu makan susu pekat
  • 3 sudu makan susu tepung (saya tak letak sbb takde susu tepung)
  • 1 cawan air suam (saya guna air ais - air dlm peti ais)
  • 1 paket yis mauripan (1 sudu besar yis apa2 jenama)
  • 4 sudu makan penuh water roux/ tangzhong **RESEPI KAT BAWAH
  • 3 ketul ais (hancurkan kasar) *saya tambah sbb.uli guna mixer

TANGZHONG/WATER ROUX :
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 125ml air
  • *Bancuh bhn2 tersebut & masak api sederhana sehingga pekat, sejukkan & boleh digunakan.
Gliss : susu cair + telur kuning @madu @ butter @ susu segar + madu


CARA MANUAL :
  • Kacau bersama yis, gula, susu pekat, mentega & air selama 10 minit hingga berbuih
  • Setelah 10 mnt,satukan semua bahan lain & gaul rata. Buat lubang di tengah2 & tuang separuh air sambil diuli.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit & uli hingga licin tak melekat di tangan.
  • Uli dalam 20 - 30 minit. Tutup bekas dgn.tuala lembab @ wrapping & perap 45 minit/ hingga naik 2 kali ganda.
  • Tumbuk perlahan doh utk.buang angin. Bentukkan sebarang bentuk & rehatkan hingga naik 2 kali ganda.
  • Sapu bancuhan gliss pd atas doh & tabur gula (jika suka)
  • Bakar 20 - 25 minit dgn.suhu 160 - 180'C dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu .
  • Sapu butter pada permukaan roti setelah siap dibakar (utk.kilatkan ia) jika suka.
CARA MIXER / BREADMAKER :
  • Satukan semua bahan dalam mangkuk mixer / breadmaker ( MIXER :bahan kering dahulu diikuti bahan cecair) (BM : bahan cecair dahulu kemudian bahan kering)
  • Uli sampai elastik / siap.
  • Bentukkan doh dan tunggu naik 2 kali ganda.
  • Sapu gliss di permukaan roti, tabur hiasan cheese/gula/kekacang jika suka .
  • Panaskan oven & bakar macam biasa
  • Sejukkan & simpan kedap udara.
Doh 20g 3pcs diatur sebaris, biarkan naik sekali ganda, gunting tengahnya, paipkan mayonis & letakkan sosej (belah 2), biarkan doh kembang 1 kali ganda lagi. Sebelum bakar,, taburkan keju mozarela & cheddar parut & paipkan sekali lg mayonis & sos cili. 

**Nota kaki : lain kali buat doh 10g (3pcs) atau 20g (2pcs) baru cantik kejadiannya..
**(Idea dari rakan group Kelab Roti FB - lupa namanya)

SELAMAT MENCUBA

28 Januari, 2015

AYAM KICAP PAK SAID

Assalamualaikum..sihat? Alhamdulillah..

Dah masak? Belum? Jom masak ayam kicap ni, asal kicap mesti laku keras kat rumah ni..
Tapi..kenapa Pak Said nama diberi? Bukan Pak ABu? Bukan Pak Dolah? eh sukahatila kan,,kata empunya resepi..heehee

Resepi saya ambil dari blog Mama Hawa, ramai yang dah buat resepi mudah ni, saya pun tengok IZAH ML yg buat ritu pastu google..lebih kurang halal lah yer..

RESEPI AYAM KICAP PAK SAID

Bahan A
1 ekor ayam, beratnya 1.5kg
cuci bersih potong 10 dan toskan
200ml kicap manis
2 sudu makan cuka
2-3 cawan air
Minyak untuk menggoreng & menumis

Bahan B
3 biji bawang besar, dihiris bulat
5 biji bawang putih, dihiris
2 jari halia panjang2 seperti batang mancis

Bahan C (separuhkan)
1 biji buah pala
1 sudu makan lada hitam biji
1 jari kayu manis
15 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga

Cara :
Lumur ayam dengan sedikit garam. Panaskan minyak dan goreng ayam, tetapi jgn terlalu garing. Angkat dan ketepikan. Tumbuk halus semua bahan C.(mama- blender kering)

Dengan menggunakan sedikit minyak bekas menggoreng ayam, tumis semua bahan B sehingga bawangnya layu. Masukkan pula bahan C (rempah tumbuk) dan tumis kan lagi sehingga naik aromanya. Tuang kicap, air dah cuka. Gaul rata. Setelah mendidih, barulah dimasukkan kepingan ayam goreng. Balik-balikkan dan masak sehingga pekat sedikit dan rempahnya meresap.

Selamat Memasak..

23 Januari, 2015

KARI TELUR IKAN

Pertama kali barulah merasa yang sedap, sebelum ni masak tapi rasanya hanyir..berkeladak..tak masak dalamnya..haha..bantai je buat..kesian.

Lepas tengok cara2 yang betul kat blog YUNUS BADAWI tu, kira dah lulus lah kiter..

Petuanya : keluarkan telur itu daripada kantongnya untuk mengelakkan bau hanyir ketika dimasak. Yesss!! lepas tu saya cuba buat, Alhamdulillah sedap lah santap, asben apa lagi, dia yang nak sangat makan..


KARI TELUR IKAN
Sumber : Dari Dapur Zurena
  • Telur ikan - (telur ikan duri @ sembilang/mayong ) - sarung telur ikan digunting supaya telur ikan masak./saya keluarkan dari kantungnya & toskan.
  • 1 bungkus serbuk kari ikan
  • mangkuk santan
  • sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa
 Bahan tumis:
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
  • 2 ulas bawang putih - dimayang
  • 1 tangkai daun kari ( jika suka )
  • Sedikit minyak untuk menumis
 Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.
2 .Masukkan rempah. Kacau rata. Masukkan air asam jawa.
3. Masak sehingga rempah masak. (pecah minyak)
4. Masukkan santan kacau rata. Masukkan telur ikan. Kacau sekali sekala. Apabila telur ikan dah masak masukkan garam secukup rasa. Jika kuah terlalu pekat tambahkan air.
 5. Biarkan gulai itu mendidih dgn api yg perlahan.  Kacau sekali-sekala. Angkat dan bolehlah dihidangkan.


22 Januari, 2015

AYAM MASAK HALIA

Assalamualaikum..

Wordless Thursday..eh suka hati..(*v*)
Sangat sedap hokeh!!

AYAM MASAK HALIA
Resepi : Chef Hanieliza
C & P : Sinar Kehidupanku (TQ Kak Yatie & Chef)

Bahan- Bahan
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil, basuh bersih dan toskan)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air* 
  • 1 sudu kecil tepung jagung*(*dibancuh bersama)
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1 pokok daun bawang/sup - potong pendek
  • 1 biji buah tomato - belah 4
  • 1/2 btng carrot - ptng kecil (letak kentang)
  • minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula
Bahan Hiris
  • 5 cm halia
  • 1 labu  bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
  2. Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
  3. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
  6. Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan.

21 Januari, 2015

SANDWICH TELUR ALA HOTEL

Assalamualaikum..waaahh semangat ambo update blog..biar sedikit terkial2 dengan tangan yang masih membengkak, teruja nak habaq hang, rini buat bento a.k.a bekal sekolah anak2..haha..

Eh, baru lepas kecek-kecek ngan Mek kat kampung, Alhamdulillah, sihat2 cara orang tua, ada masa lemah badan macam tak larat, kadang2 gagahkan jugak Ayoh berkebun tepi2 rumah, maklomle orang tua ni bukan reti dok saja2, kalau sikit2 tak sihat takdenya nak terbaring saja2..tapi Mek saya macam tu le, terbaring aje, tak boleh nak berdiri, kalau duduk pun sekejap je, nak jalan kena berpegang kat dinding/ada yang papah, selebihnya banyak mengesot nak ke dapur / bilik air. Doa-doakan Mek Ayoh kita sihat walafiat & dirahmati usia mereka hingga akhir hayat, InsyaAllah..amiin..

Sape tak tau buat sandwich? Ramai je kan, termasuk saya, bukan tak taula..tapi kadang tu main bedal je, ni try resepi & cara buat ala2 hotel gitu, saya intai dari Blog Hairul.com. Waahh sedap yuuu..cuma Hairul pesan parut telur rebus baru sedap terangkat, pagi2 jam 6.30 maunya nak dan kita memarut bagai, lenyek2 je  ngan senduk, hehe..Roti pulak seeloknya disapu butter agar inti yang basah2 tu tak menganggu tekstur roti & kekal lebih lama segarnya, sesuai untuk bekal tau..

Inti sandwich ni digalakkan buat malam sebelum tidur la, buat banyak2 pun boleh, stok untuk 2/3 hari, simpan peti ais, bangun pagi just spread roti dgn. butter & siapkan sandwich..zaappp!! siap..mudah kan??

RESEPI SANDWICH TELUR
(Cara2 & ayat saya olah sikit ikut cara penyediaan saya sendiri)

Bahan-bahan :
  • Roti putih (buang kerak roti)
  • Telur rebus (dikupas kulit & parut/lenyek ) (saya guna 5 biji telur rebus)
  • Mayonis (saya letak 5 sudu besar)
  • Tomato (separuh biji tomato, saya dadukan)
  • Timun (1/4 biji timun, saya dadukan)
  • Gula (1 sudu besar)
  • Garam (secubit, saya tambah)
  • Butter (untuk sapuan pd.roti)

Cara-cara :
  • Parut/sagat telur rebus
  • Masukkan mayonis & gaul sebati dengan telur yang diparut.
  • Masukkan gula & garam, secukup rasa
  • Masukkan tomato & timun, gaul sebati
  • Sapukan roti dengan butter, sudukan inti telur rebus atas roti, tutup dengan sekeping lagi roti.
  • Sedia untuk dimakan...lazatnya tak terkata...muaahh..hahaa

Haaaa..ni makcik kantin punyaa..best je santap kat rumah kan..banyak lak tuh..

****waahh ko makan tomato segar ye Ana? patutle muka ko glowing semacam je..tak sangka..
****aiihh takde maknanya aku nak ratah tomato pagi2 neh, tu belen2 buat sandwich la, muka aku memang glowing pon, sebab asben aku baru tukar mentol lampu bilik nih.hahaha...

20 Januari, 2015

ROTI SUSU FULL CREAM

Assalamualaikum..meroti lagi..tapi bukan harini atau semalam punya la, bila ni saya pun dah lupa.

Kalau bab roti kat rumah ni tak payah tunggu roti patern2 atau yang lawa2, yang tak lulus QC pun boleh lepas, tekak anak2 memang suka roti..sibbaik diaorang bukan jenis cerewet mintak roti macam2 pesen, pitam makcik nak memintal..haha

Sekali buat, esok mesti nak buat lagi, itu mesti..gian kata orang walau roti tak secantik & sehebat orang lain, pedehal takat nak masuk tekak sendiri kan, kalau nak jual kenala buat elok2 & guna jugak resepi khas utk.jualan.. Kalau untuk makan2 sendiri saya akan cuba mana2 resepi yang ada dikongsikan merata-rata..Kali ni roti menggunakan susu full cream pulak..

Macam biasa, buat sarang lebahla jugak, yang mudah2 sudahla, nak cepat bagi wanita bekerjaya macam kita ni..ahaa..*bajet2 pakai tumit tinggi..

Resepi saya ambil dari FB Adamsufi Mazri. terima kasih banyak2 kongsi resepi ni. meh kita ke dapur sekarang!!

RESEPI ROTI SUSU FULL CREAM
Bahan A)
  • 500g tepung high protein/gandum pun boleh (saya guna 300g HP + 200g gandum)
  • 110g gula halus
  • 7 g yis
  • 5 g bread improver (saya tak letak)

Bahan B)
  • 1 biji telur gred A
  • 240ml susu full cream dutch lady (sejukkan dlm peti ais)
  • 1/4 sudu teh garam

Bahan C)
  • 80g butter (saya guna 40g butter + 40g shortening)


Cara-cara :
  • Satukan semua bahan A, putar perlahan sehingga bergaul sebati.
  • Masukkan bahan B dan teruskan menguli, masa ni adunan nampak lembik, teruskan sahaja menguli sehingga menjadi doh, kemudian masukkan butter + shortening tadi.Uli lagi sehingga doh betul2 elastik (tarik tak koyak, senipis kulit bawang camtu).
  • Alihkan doh ke dalam bekas yang disapu minyak supaya doh roti tidak melekat pada bekas.Tumbuk2kan doh sedikit agar angin2 yang ada dlm tu keluar.
  • Saya terus bentuk2kan bulat & susun dalam loyang yang disapu butter. Perap doh yang dah siap selama 45minit - 1 jam atau naik 2 kali ganda. (Resepi asal suruh wrapkan doh & naik sekali ganda)
  • Sapu kuning telur + susu cair yg dibancuh bersama di permukaan roti, tabur hiasan2 yang anda perlukan.
  • Saya tabur parutan cheddar cheese, bijan hitam, kuaci & badam hiris.
  • Bakar selama 20- 25 minit sehingga permukaan roti keperangan (SAYA BAKAR API BAWAH SAHAJA SELAMA 10 MINIT, KEMUDIAN BUKA API ATAS BAWAH SEHINGGA MASAK SEMPURNA)
  • Keluarkan roti dari loyang sebaik sahaja masak, terbalikkan & sejukkan diatas redai.
  • Selamat Mencuba.


**Suhu oven 180'C mesti dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit sebelum memasukkan roti untuk dibakar
**Cara2 ni menggunakan mixer heavy duty ya, jika nak guna breadmaker, cuma ikut arahan2 macam biasa.(masukkan semua bahan & tekan butan on)

Dah...g jemur kain..:D

APAM SUSU MARBLE

Assalamualaikum. Alhamdulillah..masih diberi kesempatan disini..

Meluangkan sedikit masa agar blog kesayangan ambo ni berganjak sikit2..sepatutnya harini saya kena siapkan tempahan 5 adunan kek puding karamel dr.teman2 CGC Kelana Jaya, namun apa daya, tangan luka & makin membengkak semalam,membuatkan saya terpaksa tunda hantar tempahan  tu, harini luka makin merebak pulak sedangkan bengkak dah surut..InsyaAllah malam ni nak ke klinik lah..nak tak nak kena hadap gak Doktor Normah yg peramah tu, takut melarat kan..

Harini update resepi Apam Susu yang dah lama femes org dok buat malah siap berjualan lagi, kita ni bab nak makan sendiri macam lemau sikit nak godek2..Alhamdulillah mggu lepas adik2 dtg.ke rumah & ada saudara juga nak datang cuma x jd singgah, kuih yang agak banyak ni saya tapaukan je utk saudara & adik2 pun dapat sama, bolehla buat kunyah2 sikit sorang..hehe


Resepi asal dah diubahsuai oleh geng masak2..saya taip kat sini resepi yg dah diubah ya, sikit je bezanya bab tepung gandum & gula tu. Terima kasih Kak Lina Latip kongsi resepi. ""Siapa empunya resepi asal ye? Kalau anda tahu boleh bgtau saya ya..""

RESEPI APAM SUSU
Bahan2 :
Bahan A)
  • 1 1/2 cwn.tepung gandum. (asal 2 cawan)
  • 1 sudu teh baking powder

Bahan B)
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3/4 cawan gula castor(asal 1 cawan)

Bahan C)
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 4 sudu besar minyak jagung (saya guna minyak masak)

Pewarna/perasa kesukaan

Cara-cara :
  • Panaskan kukusan & oles minyak/marjerin di keseluruhan loyang. Ketepikan.
  • Ayak bahan A , ketepikan.
  • Putar sebati bahan B sehingga kembang.
  • Kemudian masukkan bahan C, putar sebati.
  • Masukkan pula tepung (A) sedikit demi sedikit dan sebatikan.
  • bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. 
  • Saya bahagi 3, 1 adunan letak strawberry paste/1 adunan coffe emulco / 1 adunan orange paste.
  • Tuangkan kedalam loyang berselang seli, gunakan pisau/chopstik untuk melorek
  • Balut loyang dengan aluminium foil supaya air wap kukusan tidak menitik ke dalam loyang kuih.
  • Kukus selama 45 minit/sehingga masak menggunakan api sederhana.
  • Tunggu apam benar2 sejuk baru keluarkan dari loyang.
  • Selamat mencuba

**Rasa Oren & Coffee sangat sedap gabungannya, jadi apa tunggu lagi??


BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...