30 Julai, 2012

KEK SPAN COKLAT

Assalamualaikum..ini juga n3 berjadual..harap maaf buat kawan2 yang singgah..Ana tak sempat nak balas kunjungan..harap ada lebih masa untuk blogwalking macam biasa InsyaAllah..
 
Kek Span Coklat Ayat Sendiri..hehe..nak tergelak gak baca tapi okla mudah nak faham kan..dalam adunan kek ni ada letak mayonis untuk melembabkan kek, tapi mayonis dah habis, jadi Ana letak yogurt..sukatan sama juga..Alhamdulillah rasa sedap & moist je, tak kering pun..


Terima kasih buat Zethy penyumbang resepi yang mudah ni, untuk asas kek bolehla buat macam2 dgn kek span ni ya..silakan..

RESEPI KEK SPAN COKLAT
Sumber : Zethy@myresipi
Kek Span Coklat by AnnaQawina

Bahan-bahan ( 1 biji kek)(loyang 8/9 inci)

Bahan A
  • 4 biji telur (Gred B @ A)
  • 120g gula kastor (gula pasir yg dikisar halus)
  • 1 camca besar ovallate (optional)
  • 1 camca besar mayonis original yg putih (optional @Ana letak yogurt)

Bahan B (satukan semua n ayak)
  • 80g tepung gandum
  • 20g serbuk koko
  • 20g tepung jagung
  • 1 camca teh baking powder

Bahan C
  • 65g butter cair-sejukkan dulu (sy ganti dgn minyak masak je)

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan B n ayak 5 kali.ketepikan
  2. Satukan semua bhn A dlm 1 mangkuk n putar dgn mixer smpai jd putih gebu. guna kelajuan paling maksimum.
  3. Kemudian tambah bahan B yang telah diayak tadi, putar lagi sampai sebati 2,3 minit jer
  4. Pastu tmbah bahan C plak. Putar lg 2,3 minit.siap adunan kek.
  5. Sapukan loyang dgn minyak n tabur tepung gandum,ketuk2 sikit supaya tepung rata,  tuang adunan kek.
  6. Bakar mcm biasa..PREHEAT DULU oven dlm 15 minit. guna suhu 170⁰C selama 45 minit guna api atas bawah. lps 45 min, cucuk dgn lidi utk test,klu x msk lg tambah le masa kejap.
  7. Lepas siap masak,terus keluarkan dr oven n hentak 2,3 kli perlahan2 n telengkupkan/terbalikkan atas redai dlm 10 minit 
  8. Lepas tu barulah lalukan hujung pisau di sekeliling kek utk longgarkan kek dari acuan n then terbalikkan semula atas papan kek.
Harap faham yer..ada saya ubah sikit2 ayat nak bagi lagi senangnak faham..apapun selamat mencuba..

5 ulasan:

Cheq Sue berkata...

pernah juga buat kek span guna resepi yang ada tepung jagung tapi macam tak menarik aja rasanya, mungkin berbeza rasa kot tiap2 orang

tun_telani berkata...

pose2 ni kurang laku sket kalau buat kek.. tunggu raya blh buat. hihi

Kak Sam berkata...

Ishhh pose...pose...pose..

izahdaut berkata...

dah lama aku tak mengekek.. terliur lak aku

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Anna..nk raya sok baru mula mengkek lak...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...