03 Mac, 2012

Nasi Lobak Merah (Nasi Karot)

Assalamualaikum

SELAMAT BERHARI MINGGU YA KAWAN-KAWAN SEMUA. JAMU MATA DENGAN NASI KAROT YANG SEDAP NI.


Kak Nor pun ada tayang semalam, makan nasi saja pun dah sedap kan kak nor..hehe..ini kali ke 2 Ana masa nasi karot, sebelum ni buat siap je terus hidang makan..takde bergambar dah ler..


Daun tu anak bujang Ana iaitu Adam yg suruh letak, katanya.."ummi, letak daun boleh? Buat macam sayur.." ish..time tu teringat napela tak buat acar mentah..sedap gak kan..InsyaAllah lain kali boleh buat lagi.

Sumber : Chef Hanieliza

Bahan2nya
  • 6 cawan beras bathmati….basuh dan toskan
  • 2 cawan carrot ( potong dadu kecil) – saya parut kasar-kasar.
  • 1/2 cawan susu cair
  • 8 cawan air – saya letak air rebusan isi dan tulang2 ayam
  • 1 kiub ayam knorr – saya guna 1 sudu besar stock ayam maggie dalam botol
  • 1 sudu kecil gula
  • garam

Bahan Tumis
  • 2 sudu besar rempah kurma – saya guna rempah beriani
  • 5 ulas bawang merah – mayang @ tumbuk kasar
  • 3 ulas bawang putih –  mayang halus atau tumbuk kasar
  • 2 cm halia -mayang
  • 3 sudu besar minyak sapi *Ana guna butter
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bungka lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun ketumbar…..mayang
  • daun pandan……..simpulkan

Cara

1. Panaskan minyak sapi/butter dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma/beriani. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, carrot dadu/parut dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur. Saya hidang dengan ayam bakar yogurt dan acar karot. *Ana mkn dgn ayam masak merah je.
**Ana guna beras biasa, jd sukatan air & susu cair ikut sukatan beras yg biasa kita masak.

SELAMAT MENCUBA

12 ulasan:

Mas berkata...

hmmm...merata2 nasi carrot ni...
mengooda jerk tau..
nanti2 aku buat gak la..he3

Cheq Sue berkata...

yang ni dah lama listed, tapi entah bila nak cuba. tambah2 sekarang dok xdak ayaq lagi tu...

Treat and Trick berkata...

Nampak sedap betul, lagi2 kalau resepi Hanieliza, letak daun lagi nampak berseri....

kakna berkata...

salam..
kakna pernah buat tapi dah lama tak buat.sedap.. tunggu anak2 ada semua baru kakna buat.

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World berkata...

YUm...yum...akak belum try lagi bolehla masuk list dulu

Yatie berkata...

mmng sedapkan nasi carrot ni...mcm nak buat lagi je...dah lama tak buat ni....

Bungadamia berkata...

kak ana nak sepingang muleh dok...

Ayu berkata...

assalam anna, wah nampak betul2
menyelerakan nasi lobak merah ni..akak dah lama tak amsak nasi ni..the last time akak masak time open house atau kenduri yasinan kalau tak silap akak.tapi recipe lain lah..

sabar dubai berkata...

salam kak..ni menu kiv kite tau....aduhaii terliur kite dibuatnyee

Unknown berkata...

Assalamualaikum Anna...

Wowwww!! Nasi Karot...Bila agaknya Kak Lin dapat Rasa Masakan Anna ni...hehehe...Lapor tgk Nasi Karot Tu...

Love2cook Malaysia berkata...

Wahhh sedap sedap! Jamu mata je ke Anna? ;)

maz berkata...

Salam ana...singgah memlm dpur ana ni lapor la plak tgk ada nsi sedapp tu...rspi kak liza memang simply delicious kan..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...