Assalamualaikum
Bersiaran jam 2 pagi waktu Malaysia *macamla dok kat obersi kan..*..sambil2 tunggu cheese tart sejuk & masuk esbox, sempat hapdet sikit aa..sian lak nanti kat diri sendiri yang tertinggal kapal selam ni kalau dibiarkan lama-lama lelabah buat sarang kang.....Kek yang tetiba jadi femes ni dah ramai benar yang buat kan...Ana pun dah lebih seminggu @ masuk 2 minggu lepas kot buat kek ni..hehee..maka pagi in buatla tayangan amal sikit..kot2la ada yang lapar kan..kot2 buleh kenyang..sape lak pakai kot nih??
Oh ya..Tahniah buat Hana yang dah dapat gegirl yg cumell sgt tu..lambat benar berita semasa ni bersiaran kan..hehe..takpela, moga Hana & family sihat hendaknya disamping keluarganya yg terchinta..
Kita kongsikan resepi Kek Batik Arora ni kat sini lak..T.kasih Nuanza..Kek ni ala-ala kek butter/kek marble, cuma cara melayer/mem'batik'kan adunan tu yang lain kot kan..& adunan agak besar & gebu sebab bnyk pakai telur.
KEK BATIK ARORA
Sumber : Nuanza
C&P : Anymz Kitchen & Ady Greatsword
Bahan-bahan:- (loyang bulat 8 inci)*Ana guna loyang 9 inci
- 250 g mentega
- 100 gram gula castor
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 250 g tepung gandum
- 6 biji telur
- 2 sudu teh baking powder
- 5 jenis pewarna dan perisa
Cara-Cara:-
- Gris dan alaskan loyang dengan baking sheet, ketepikan.
- Pukul mentega bersama gula sampai kembang memutih.
- Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati.
- Sementera itu, ayak tepung bersama baking powder, kemudian masukkan kedalam adunan dan pukul lagi sampai adunan sebati (guna speed sederhana perlahan)
- Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan warnakan atau perisakan ikut kesukaan.
- Tompok-tompokkan setiap warna dlm loyang sampai habis atau ikut kreativiti masing-masing (*akak tompokkan jugak - 2 sudu besar setiap adunan, atur selang seli atas setiap tompokan).
- Bakar kek ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160-180 darjah celsius selama 45 mnt - 1 jam (akak bakar pd suhu 165 C selama 50 minit).
3 ulasan:
as-salam Anna Qawina
super easy and they look adorable!! i like..
salam anna, dah sampai sini si arora! cantik!
Salam Ady : ni kes virus yg Ady sebarkan ni tau..
MALA : dah lbh seminggu kena jangkitan arora ni..hehe
Catat Ulasan