02 Mac, 2012

Red Velvet Cake @ Si Baldu Merah

Assalamualaikum

Entry basi..hehe..semua sihat ker? Kalo tak sihat meh kita wat kek..huhu..1 terapi jugak ni tau, kalau badan rasa lenguh2 tu cuba cari resepi baru & buat kek ke muffin ke kuih muih ke kan..*sape punya terapi tak tahu la..hehee


Kek yang dah jadi bualan bagi sesetengah penggemarnya, Alhamdulillah disukai anak2 & suami juga, tak terkecuali mak mertua pun suka kek ni, siap tanya macamana nak buat..nantila mak yer..nak makan bgtau jer, kita buatkan..hehe


Okla ya..banyak kerja lagi tertunggak, kena layan rumahtangga dulu baru g gebang2 kat tingkap dapo kawan2 ya... 


RED VELVET CAKE (Joy of baking)
RUJUKAN : Joy of baking ,IrmaNaz COSK @ovenkecil.blogspot.com
Red Velvet Cake by AnnaQawina 
Inspirasi : Kak Anymz, Kak Zai, Citarasawan dan ramai lagila..
Bahan-bahan :
 
Bahan A - Untuk diayak bersama.
  • 250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
  • 1 tsp baking powder
  • 1/2 tsp garam
  • 2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.
  • 240 ml buttermilk**
  • 2 tbsp pewarna merah

**Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar (susu cair ) dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -
  • 113 gram butter
  • 300 gram gula kastor
  • 2 biji telur gred A
  • 1 tsp esen vanilla

Bahan D -
  • 1 tsp cuka masakan
  • 1 tsp baking soda

Cara-Cara Buat Kek:
  1. Pukul butter sehingga lembut lebih kurang 1 minit.
  2. Masukkan gula dan terus memutar hingga ringan dan gebu (2-3 minit).
  3. Masukkan telur satu per satu dan pukul rata setiap kali dimasukkan.
  4. Masukkan asen vanilla dan putar hingga sebati.
  5. Dalam larutan buttermilk, masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
  6. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki). 
  7. Dalam satu mangkuk, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan kek dan terus kaup balik.
  8. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 175 C selama 20-30 minit menggunakan api atas dan bawah.
  9. Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
  10. Seterusnya, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek.

Cream Cheese Frosting.
Sumber : Dapur KakZU @ Kakzu semanis gula
  • 500 gm creamcheese
  • 240 gm butter anchor
  • 240 gm gule icing

Cara-cara :
  • Putar hingge sebati..takyah kembang sangat nnti krim mencair.

FILLING: *jika suka
  • 500gram blueberry filling - ini untuk dilapiskan didalam kek...

RED VELVET CAKE


  • Ana guna 1 loyang sahaja, lepas kek dah masak & sejuk sepenuhnya(letak dalam peti ais) kemudian dipotong melintang kepada 3 bahagian.
  • Letakkan lapisan pertama atas papan kek, paipkan rata2 cream cheese frosting , kemudian paipkan pula blueberry filling
  • Lapiskan satu lagi lapisan kek & buat cara sama spt tadi.
  • Lapisan terakhir, setelah diletakkan kek, sapu rasa nipis2 cream cheese frosting keseluruhan kek, ini bagi mengelakkan serdak2 kek akan tertarik semasa proses melepa frosting nanti.
  • Sapu rata frosting menggunakan piping bag lagi senang, kemudian rapikan dengan spatula
  • Hiaskan ikut suka.

SELAMAT MENCUBA..sedap kek ni tau..nak order pun boleh ya..sila email & sms untuk pertanyaan. Terima kasih..hehe

12 ulasan:

izahdaut berkata...

sedap ye anna.. aku rasa terpanggil untuk mencubanya.. tunggu tuk birthday budak kecit nanti la nex 2 week. tapi deme budak2 suke ke kek gini ek. karang mulut org tua juge kena perabih. hehe..

lawo kek ko anna. terpesuna gue

Tanpa Nama berkata...

cantik laa deco...td tgk kak hasue nye deco..yg tuh pun tergoda..ini laghi la tergodaa sbb ade chissss

ady berkata...

as-salam Anna Qawina
tergoda Ady tgk kek Baldu Merah tu..deco yg tersangat cantik...

Sheery Dream Cakes berkata...

Assalamualaikum anna...
cantiknya kek yg anna buat tu... pandai anna deco kek... geram akak tgk kek tu tau.. mcm nak ambik jer yg dah d potong tu... nampak sgt sedp

E-na Zarina berkata...

cantik kaler merah tu terang elok...guna warna pe sis...brand...deco2 tu pun cantik!

Love2cook Malaysia berkata...

Kenapa cantik sgt kek tu Anna? Hehe...
Betul2 mengancam lorrrrr...cantik deco. Love memang tak reti la...hihihi ;)

Nadz Nazharzan berkata...

Anna, hihihi.. Berlawan2 kita ni buat RVC.. Cantik deco tu.. Sesuai sgt utk tempahan..

tun_telani berkata...

teringin jugak nk makan ni kak anna.. tp tun still takut nk buat bila tgk 2 sb pewarna merah tu. huhu.. agaknyer nnti kalau buat jd chocolate velvet kek kot sbb xde pewarna. kui kui

Unknown berkata...

Assalammualaikum anna, pekabo? lama tak singgah sini. wahhh hebat ni deco kek makin mantop.cantik tu ...semoga bisnes makin mantop ya..insyaAllah.

Acik Erna berkata...

assalam anna..bila la nak dapat order ni

Ida,Japan berkata...

tertarik ahh....merah yg menawan kalbu

HaSue berkata...

Makin mantopp kek deko2 ko ana..chaiyokk2!
aku nak seputung buleh dak?aku gi umah ko eh?buleh?buleh?

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...