16 Julai, 2011

SOTONG GORENG BEREMPAH CAJUN

Assalamualaikum w.b.t.
Mohon maaf kepada yang masih sudi berkeliaran kat sini, walau tuan rumah buat tak endah..huhu..harap-harap teman-teman yang berkunjung tak jemu yer..akhir-akhir ni, Ana dah makin kurang masak, kadang2 masak nasi je, lauk beli, adakalanya semua beli..hehe..bahan-bahan basah dalam peti ais pun jarang bertambah, buat & makan apa yang ada & apa yang terdaya buat jela..cemburu jugak tengok ramai yang asyik masak je & cuba resepi baru..harap-harap Ana tak ketinggalan le lepas ni..

Adaptasi dari menu sebelum ni, Ayam Goreng Berempah Cajun. Nak habiskan beberapa ekor sotong dalam peti ais. Alhamdulillah, dah selamat di makan....

Bahan:
  • beberapa ekor sotong ~ cuci dan toskan
  • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 1 sudu besar cajun
  • 1 sudu besar serbuk cili kasar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu teh madu
  • 1 sudu besar jus limau nipis *Ana guna jus lemon
  • 1 sudu besar air
  • garam secukup rasa
  • sedikit hlia *Ana tambah
  • minyak

Cara:
  • Campurkan kesemua bahan kecuali sotong dan minyak dan gaul hingga sebati.
  • Lumurkan pada sotong dan perap sekurangnya 1/2 jam
  • Panaskan minyak dan goreng sotong hingga masak.
  • Hidangkan panas2.

14 ulasan:

Nuwairani berkata...

cajun oh cajun...kene mimpi cajun dulu kot baru leh jumpa...cemana la agaknya rasa cajun ni...?

LiNa_Pg berkata...

salam anna..rempah cajun dah beli bila nak start men'cajun' ni xtau la..nmpk sedap tu...mcm2 menu dh kuar hasil adaptasi ni ya hehehe

Amie berkata...

selamat malam Anna,
Kak Amie masih 'berkeliaran' di sini sebab terbau sotong berempah cajun tu.... sodap!

tun_telani berkata...

kak anna..sotong cajun telah kuar.. tun tunggu ketam masak cajun pulang ;p
ps: dh x larat nk masak ke? dh dekat nk due kan,

ijayuji berkata...

salam kak anna!!!!!!! waaahhhhhhh! sotong kesukaan kita tauuu! nak pinjam sotong jap sotong kita dah tak de stok tggl yg besor2 jerrrr :D sedap tuuu rasa2 pedas cajun :D sure bb dah besar nanti suke makan cajun, minum air perasa cajun nanti akak cuba eak wakakakaka..

Kak Sam berkata...

Ni yang best skodeng dapur org macam2 idea ada. Leh le nanti try yang ni pulak.

Sheery Dream Cakes berkata...

Assalamualaikum anna..
wah ada versi sotong bercajun plak yer skg.. ehhehehe... mesti sedap nie kan... sotong masak pedas2 gitu... sedap3!

ady berkata...

as-salam
Wow bestnya..sotong goreng cajun..sedap ni ratah2..

Trying To Be Muslim.. berkata...

sooooooooodapnye ana...sotong cute ni:)

Unknown berkata...

Assalamualaikum Anna...

Rempah Cajun Tu Rempah Apa? Pertama Kali Dengar...Kat Sini Tak Tahulah Ada Jual Ke Tak...

Anna Apa Khabar? Rindu Kak Lin Tak? Kak Lin Dah Kembali Berblog...Hehehe

nOOrsha berkata...

banyak lg ke cajun akak tuh? meh la terbangkan sesudu dua..nak rase..saye je x terbeli lg cajun ni.. kedai runcit dpan ni xde lak jual cajun... Halagel ade pulak (ayat nak kasi jeles...haahhaha)

Kak Sam berkata...

Assalamualaikum..
demam cajun sedang melanda. Homework hari tu siap dah. Sudi2kanlah menyemaknya.

Unknown berkata...

assalam anna,pekabo?sihat ke? dah tak lama yer nak bersalin tu...harap sihat selalu yer. wahh cajun lagi yer..sedap tu sotong msk gitu nanti leh tiru...hehe

Unknown berkata...

alamak, apa cajun tu???

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...