29 Jun, 2011

CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

 Assalamualaikum

Update menu untuk adam & Akmal bawa bekal ke sekolah tadi, masa & kaedah nak buat tu kejap je, sambil2 masak lauk ala kadar utk makan tengahari budak2, sempat siap muffin ni, dah banyak kali buat resepi ni sebab senang & sedap..


Atas tu saje tabur badam cincang, bila makan gigit kacang asyik gak kan..Kita semak resepi yang dah femes nih..bila2 masa boleh cuba..


Resepinya Ana dah alih bahasakan & ikut apa yang kita letak, senang nak rujuk..hehe..terima kasih penyumbang resepi & mereka yang menghebahkannya..

CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
Source : Rima, Kak Nor, HaSue

Bahan kering :
  • 1 3/4 cwn tpg gandum
  • 2 sdt baking powder
  • 1/2 sdt soda bikarbonat
  • 2 sdb serbuk koko
  • 3/4 cwn gula castor
  • 1 cwn chocolate chips (asingkan 1/4 cwn drpdnya untuk ditabur)
  • sedikit badam cincang *saja tambah

Bahan Basah :

  • 1 cwn susu segar/cair
  • 1/3 cwn + 2 sdt minyak sayuran / mnyk masak 
  • 1 biji telur
  • 1 sdt esen vanila

 

Cara-cara :
  • Alaskan acuan muffin dengan cawan kertas*Kalau guna acuan muffin 
  • Panaskan oven pada suhu 175 C
  • Satukan bahan-bahan kering bersama di dlm mangkuk. *Ana ayak dulu tpg + b.p + soda + koko 
  • Satukan bahan-bahan basah di dalam bekas berasingan. Kacau sebati.
  • Satukan bahan basah & bahan kering bersama. Jangan terlebih gaul, asal bersatu dah cukup.
  • Sudukan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh.
  • Taburkan baki chocolate chips (1/4 tadi ) di atasnya *Ana tabur badam cincang sekali 
  • Bakar selama 20 minit @ sehingga masak. boleh test dgn lidi utk tahu dah masak ke belum. Kalau lidi keluar bersih tandanya dah masak le tu.

**Isi adunan 3/4 cup muffin sahaja
**Bakar menggunakan api bawah selama 10 minit, kemudian teruskan dengan api ats bawah sampai masak

11 ulasan:

ijayuji berkata...

Salam kakak anna! nak muffin!!! nak 3 ketul tuk ank2 kita kita diet olok2 niii hihihi.... ada bdm mmg kita suke letak byk2 pun tak pe mmg suke! tgk akak buat muffin terasa mcm nak buat muffin jugaklah! :D tp ari ni xtra bz :-(

quinnie berkata...

budak2 dpt makan ni memang best sgt la anna...kita yg berumur ni pun suka jugak....heheheh

Mas berkata...

anna...memapin lagi kau..
jelessnya aku...
perhh...cantik mapin kau menggunung...

Anna Qawina berkata...

Ika : dah habisla...*sambil2 sorok bawah tudung saji* hehe

quinnie : kira skali ngan mak budak ni telan..heheh..berebut ngan ank2..hhaaa

Mas : lama x bakor benda2 dlm oben..tu yg bt mapin tuh..kekeke..a'ah..cun je naiknya kan....

EmbunRosaliza berkata...

asssalam anna, anak2 mesti suka muffin cokelat gini.

Wattie berkata...

Salam Anna,
Sedap nampak muffin Anna, tambah tambah ada coklat...klu anak2 akak tengok, tak cukup nihhhh

tun_telani berkata...

haaa... tuuu tun nmpk bawah tudung saji tuu ada lagi 4-5 ketul.. nak! nak! nak!!

Love2cook Malaysia berkata...

Uiks dah habis ke muffin??? Owhhh nooooo! :(

Anna Qawina berkata...

kak rosaliza : budak2 mmg sukala kak..nak2 lg bnyk boh chips tuh..

Kak Wattie : ank2 tgk kena cpt2 tutup pceh kak..kalo tak omaknye kena g godek kat dapo..

Tun : sjk bila pandai skodeng tudung saji akak nih? piap inger dia..

LOVE : yer..dah pinish..hehe...

Unknown berkata...

amboi, bwk bekal muffin ke sekolah?
grand betul!
mahu jeles budak lain tgok..hihi

DiraBakers berkata...

mmg menyelerakn...hurmmm...ank2 kite pon suke muffin gini...mesti gebu smpi ke petang..2pon kalo smpt le...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...