22 Jun, 2011

APAM GULA HANGUS

Assalamualaikum w.b.t

Meh tengok apam ni..tengok jela ye..buatnya dah beberapa hari untuk dihantar ke tempat kelas fardhu ain kanak-kanak Ahad lepas, macamana boleh lupa nak share kat sini..hehe..Ana buat 2 adunan sekaligus, dapat dalam 45-50 biji lebih kurang..masa nak cairkan butter tu, tengok2 butter takde lak, terus timbang minyak masak je, kemudian kandungan gula pun dikurangkan lagi, bila dah masak, sedang-sedang elok manisnya..lembut je kejadian apam ni, nak buat pun senang..ni kes tengok Mas dah berkali2 buatla ni, tu yang terfikir nak buat apam ni je bila suami tanya kuih apa nak bawa untuk budak-budak haritu..


Terima kasih buat Kak Jun@Myresipi, Mas juga Izah yang share resepi & olah sedikit sebanyak..kita simpan kat sini lak..sila layan diri ye, tuan rumah ada projek belum selesai, nanti akan balas kunjungan mesra anda kemudian, InsyaAllah.

APAM GULA HANGUS
  • 150 gm gula dan 100 ml air - dibuat gula hangus
  • 70 gm butter - cairkan *Ana guna minyak masak (timbang 70gm)
  • 75 gm susu cair 
  • 1 biji telur dipukul
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking soda
  • secubit garam
  • 75 gm gula - Mas letak 60 gm gula halus*Ana letak 50gm gula castor

Cara membuatnya :
  1. Masukkan butter yang dicairkan(minyak), susu cair dan telur ke dalam gula hangus(yg dah sejuk).
  2. Dalam mangkuk lain, ayak tepung dan soda. Masukkan garam dan gula. Masukkan campuran gula hangus tadi. Kacau sebati.
  3. Acuan lompang tak payah disapu minyak sebab dah ada butter dalam adunan apam gula hangus tu, terus jerk masukkan adunan apam tadi ke dalam acuan lompang.
  4. Biarkan air kukusan betul2 mendidih baru kukus adunan apam tadi.. Kukus selama 20 min dan balut tudung pengukus dengan kain untuk mengelak air menitik atas apam.

8 ulasan:

Mama Hawa/Mama Nani berkata...

Salam Anna :)
Cam berjanji jer kite pagi nih :) hehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

salam anna..

akak pun dah buat apam ni masa kat kg MIL ritu.. yg geramnya.. boleh terdelete gambar apam ni.. ingatkan dah siap edit.. (byk sgt gambar.. edit2 pulak sambil2 buat kerja opis..kikiki..) semua gambar yg tak beredit tu ku delete... adeiiii.. salah sendiri tak check dulu.. tak sempat nak update ke blog.. kena buat lagi ler ni.. mmg sedap lembut je kan..

Love2cook Malaysia berkata...

Came for some apam now...:D
Looks so soft...mouthwatering here!

Mas berkata...

dah abiss anna apam tu....
aku baru nak ngendeng....

izahdaut berkata...

incik.. apam yg cheese ada tak? lemak saya mintak ni...oo incikk.ikikiki

nOOrsha berkata...

huhuhu..cedapnyer...en hb suke apam2 nih...tp mesti ade kelapa..nak nak nak nak!~

tun_telani berkata...

sedap! tun pun suka makn ngan kelapa jugak ^^

Amie berkata...

cumel2 belaka...amie tak cukup 2 biji, mau lebih kalau makan sbb sdp sgt...lagilah kalau yg lembut2 gebu...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...