14 Mei, 2011

TALAM KELADI

Assalamualaikum..

Apa khabar kawan2? harap demam blog dah kebah yer..hehe..takde apa yang nak ngomel, sebab entri ni sepatutnya dah keluar beberapa hari lalu, jadi kali ni nak share resepi & gambar2 yang tak seberapa jela..owh ya..nak share juga kesedapan kuih talam ni..walaupun takut-takut nak buat, sebab tak pernah buat kuih talam..hehe..Alhamdulillah percubaan pertama menjadi..terima kasih buat kakak2 & adik2 juga teman2 yang bagi panduan buat kuih ni..jasa anda amat dihargai..



TALAM KELADI

Bahan-Bahan.

Lapisan Bawah

  • 300 gm keladi(potong dadu,rebus dan toskan)
  • 600 ml santan cair
  • 150 gm tepung beras
  • 20 gm tepung ubi
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam



 

Lapisan Atas
  • 1 cwn gula pasir
  • 1 cwn tepung beras
  • 3 cwn santan pekat
  • 1/2 sudu kecil garam
  • pewarna purple dan esen keladi (tak letak esen keladi)
 
Cara-Cara
  1. Keladi di potong dadu dan di rebus-toskan baru di timbang dlm 300 gm.
  2. Dlm bekas campurkan santan cair bersama tepung beras, tpng ubi dan sedikit garam.
  3. Gaul sebati dan masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau supaya tak bergentel. Masukkan keladi tadi dan gaul sebati.
  4. Panaskan pengukus dan letak sedikit minyak dlm loyang yg di alas dngn plastik.
  5. Kukus adunan tadi selama 20 minit.
  6. Sementara itu, dlm bekas lain campurkan gula tepung beras, santan, garam pewarna purple dan esen keladi. Gaul sebati.
  7. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa di kacau.
  8. Setelah itu tuang adunan tadi ke atas lapisan bawah yg di cakar2 sedikit dngn garpu.(Sekiranya ada sedikit air di atas permukaan tadi, lapkan dahulu menggunakan tisu dapur)
  9. Kukus selama 20 minit guna api sederhana. Setelah siap, sejukkan dahulu dan potong menggunakan pisau plastik supaya cantik potongannya.
Tips > buka penutup kukus setiap 10 minit dan lapkan air yg ada di penutup kukus dan sambung balik mengukus kuih atau bungkus penutup kukus dngn kain supaya air tak menitis atas kuih.

7 ulasan:

Yatie berkata...

Assalamualaikum Anna,
Cantiknya talam keladi ni..akak mmng suka betul kuih2 mcm ni.tak taulah nape...peminat no 1 kuih kukus....nak mintak tentu dah abeskan...nmpknya kenalah buat sendiri..huhuhu..

izahdaut berkata...

sedap ye ana talam keladi.aku tak pernah makan.aku oernah beli kat pasar mlm. tapi keras, terus punah harapan aku

atie @ ejay berkata...

sedapny...my peberet.bila lah leh try wat sendiri

Mas berkata...

cantik talam kau anna.....
bak sebiji...

tun_telani berkata...

hehe.. tun baru hari ni kebah demam.. jangkit demam ngn blog aritu ;p tun x penah wat talam.. kui kui.. nnti nk rajinkan diri jugak ^^

Nadz Nazharzan berkata...

Anna..cantiklah talam ana... Nak cuba gaklah sbb kaler nya yang cantik...

Nazrah berkata...

Cantik talam tu..kita pun baru buat ari tu

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...