19 Mac, 2011

PAU GEBU MJ

Assalamualaikum w.b.t.

Salam pagi Sabtu buat semua, terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang & ruang untk bernafas lagi di hari ini, syukur juga kerana berpeluang bersiaran kat blog ni...Dah bekpes? Haaa...meh..kita bekpest sama-sama dengan Pau Gebu MJ nih..MJ? Awek Spiderman tu ke? Haih..dia tu makan pau ke? Dok tahuler ambo..takdok masa nak nanyer dia, sape2 dok dekat2 MJ tuh lehla soksek soksek yer..hihi...

MJ ni maksudnya MamaJay..kalau kat MyResipi gelaran manjanya Mama Kastam Tioman..sah2 mama nih dok kat Tioman kan...hehe...kira letak nama glamer sikit kat Pau resepi beliau ye, senang nak ingat kan...


Ok..berbalik kepada pau yang tak seberapa tu, bukan sebab rasa dia tak seberapa tau, cuma keadaan fizikal pau tu yang kurang sikit, maklumle tangan ni teramatle amaturnya bab-bab membentuk & membulatkan kuih muih ni..hehe..Adunan pau ni Ana buat malam tadi, sekejap je buatnya, sempat jugakla ahli kabinet rumah ni makan panas2 sambil2 layan citer rimau 2 beradik tu...apa tah..2 Brothers? Layan jela...
Pagi ni cuba rasa sebiji pau tu sebelum panaskan balik, masih lembut tak liat2...seronok jugak ni..jadi Ana panaskan sedikit jela, yang lain tu makan cmtu je....


Ini kali ke 2 buat pau guna resepi ni, pertama kali buat masa kat kampung haritu, buat sama-sam dgn kakak, time nak hempas tuh, suruh dia buat..sambil2 gelak dok hempas doh..haha..klaka gak tapi mudah benor nak membuatnya kan.. 


RESEPI PAU GEBU MJ
Copy by : Annaqawina

Bahan-bahan :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar planta
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu kecil mauripan
  • plastik / daun pisang untuk alas pau

Cara-cara :
  • Satukan gula + garam + air suam + mauripan kacau dan biarkan sehingga mauripan mengembang.
  • Dalam mangkuk masukkan tepung + planta + susu pekat manis, gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Masukkan mauripan dan uli dengan lembut sehingga menjadi doh. 
  • Kemudian masukkan minyak masak dan uli sehingga minyak sebati. 
  • Hempas doh tersebut sebanyak 41 kali. Doh sudah mula lembut dan biarkan sebentar, tutup dengan tuala lembap atau dengan surat khabar pun bolih. 
  • Sementara itu siapkan pelapik pau sama ada daun pisang atau plastik yang di potong 2" x 2".
  • Ambil sedikit adunan isi inti kacang merah atau inti kelapa. Susun dalam loyang. Buat sehingga habis. Panaskan kukusan. Bila air dah mendidih, kukus pau selama 5 - 6 minit. 
  • Angkat loyang pau dengan penutupnya sekali ke bawah, baru bolih buka penutupnya ( kalau buka penutup kukusan diatas dapur bolih menyebabkan pau akan menjadi mengerutu pada permukaanya ). 
  • Susun pau di atas surat khabar.
  • Siap. 
TIPS :
Ana copy semua tips yang sifu2 baking ni letak..terima kasih bebanyak kerana turunkan pelbagai ilmu masakan ni, kali ni nak copy kat sini untuk rujukan akan datang & rujukan teman-teman juga..semoga anda semua dilimpahi Rahmat oleh Allah Ta'ala kerana sudi berkongsi resepi & pelbagai ilmu dunia masakan..

 
Tips-Tips untuk mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus
  • Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. ( air kukusan lebih kurang 3/4 pengukus.
  • Jangan kukus pau terlalu lama ( masa yang ros sarankan hanya 6,7 dan 8 minit sahaja)
  • Apabila mahu menangkat pau yang sudah di masak, angkat sekali pengukus atasnya dan alihkan dari haba pengukus,
  • Angkat pau yang sudah masak dan letakkan di dalam bekas ( jarak-jarakkan pau, jangan ditindih antara satu sama lain)  dan susun baki pau yang mahu dikukus, ulang langkah tadi sehingga selesai.
  • Pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, ( kalau nak lagi yakin boleh balut penutup pengukus dengan kain bersih).
  • Jangan perap adunan pau terlalu lama, cukup sekadar panaskan air di dalam kukusan & terus kukus setelah selesai memasukkan intinya 
  • Menguli juga tidak terlalu lama, jika menggunakan BM, cukup sekadar 1 pusingan,(10-15 minit kot) tak perlu siapkan sehingga 1 1/2 jam.
 
 
**gunakan semua bahan yang berwarna putih,bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening.


Sumber : Ros@jintanmanis, Rinchan,Myresipi.com, dll tak dapat nak letak link semua..terima kasih..

INTI KACANG MERAH

SELAMAT MENCUBA... 

13 ulasan:

Mas berkata...

amboiii..gebunya pau ni...
rasa macam nak ngap jer sebiji...he..he...

Anna Qawina berkata...

Mas : mehla bekpes sama2....

EmbunRosaliza berkata...

Assalam ana sedap n gebu nmpk pau tu..akk suka inti kcg merah, tp nk buatnya mls

Kak Rose berkata...

bestnya bekpes apam.... dan yg paling best masa hempas2 doh tu... ni nak kena cari assistant tolong hempas! n tq share tips2 tu...

Nazrah berkata...

fizikal tak penting...janji pau ni gebu dan enak di makan..saya pun belum lagi sempat wat pau....

K.Nor berkata...

ingatkan maikel jeksen :)

HaSue berkata...

Aku betul2 dah lama tak buat pau..anak2 aku suke beno mkn pau sayur..aku jer malas nak kuarkan pengukus..kalo boleh,nak kukus pau pun guna kaedah bain marie..kakaka

bak 2 ketul pau inti kcg merah tu..rajin tul ko wat inti ek..kalo aku harus je yg dah siap2 kat bakery tu aku guna..hehe

tun_telani berkata...

assalamualaikum kak ana..
sedapnyer.. tun pun suka pau inti kacang merah =)

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World berkata...

hEM...NAMPAK GEBU BOLEH CUBA NANTI, THANKS FOR THE RECIPE.

Trying To Be Muslim.. berkata...

Anna......Assalamualaikumwbh dik...mmm baru semalam the othe rhalf tanya pasal pau kat sini...mmm kak ayu memang gerun dah la tang nak meng hemoas pulas kan doh tu....

Nampak lembut n gebu jer eik anna.....even tak payah panaskan pun....mmm boleh try nih!!

maz berkata...

singgah pepgi nk mtak pau tu ana..kita pun dah lama xmngepauu..hehee..

estee_8980 berkata...

dh tergoda dek jelingan pau ni...nk kena menggigih weekend ni..insyallah

Tanpa Nama berkata...

sedapnya pau MJ. 1st trial xjadik, ank nangis lps uli doh, tertido smpai pg, doh jadik masam..huwaa. 2nd trial pau x gebu plak. insyaallah 3rd trial kn bersedia mental fizikal..hehee

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...