17 Februari, 2011

KUIH LAPIS KOPI

Meh makan kuih lapis yang kurang cun lapisannya nih..buat mlaam tadi, sambil-sambil temankan Cik Abe siapkan kerja dia, ada gak pekdahnya daripada dok melangut je sebelah dia saja-saja..hihi ..kiranya nih untuk sarapan & minum petang le..pagi tadi budak-budak tak sentuh pun, maklumle pagi sangat, tak selera nak makan benda-benda manis, cukup sekadar cicah biskut/roti dengan air susu..

comot sikitle...

Kuih Lapis Kopi
Source: Kak Asma
Copy :MasIzah
 
BAHAN A
  • 2 cawan santan (Ana guna santan kotak 200ml + air bagi cukupkan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir (lain kali kena buat 3/4 cawan..manis le..)
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu teh garam
sedap..lembut ..takyah gigit, masuk mulut telan je..hehe

BAHAN B
  • 1 sudu teh coklat emulco
  • 1 sudu makan serbok koko
  • 1 sudu makan serbok nescafe *Ana guna 1/2 sdb serbuk kopi, blend halus
  • 1/4 cawan air suam
  • semua bahan dicampur rata dan tapis.

BAHAN C
  • 1/4 cawan air suam

CARANYA
  • Gaulkan semua bahan A sehingga sebati. dan tapiskan. *Ana ikut Mas, blender je, takyah tapis..
  • Bahagikan kepada dua bahagian. 
  • Masukkan bahan B kedalam satu adunan, kacau rata. 
  • Biarkan warna asal satu adunan dan campurkan bahan C kacau rata. 
  • Masukkan satu senduk adunan koko kedalam loyang dan kukus selam 5 minit.*Ana lapik dengan plastik & sapu minyak..senng nak keluarkan kuih..
  • Lapiskan satu senduk adunan asal dan kukus semula selama 5 minit. Lapiskan adunan koko dan warna asal selang seli sehingga adunan habis.

9 ulasan:

Trying To Be Muslim.. berkata...

Ana.....:) bestnya...very2 lomantic.....teman suami wat kerje...semoga menjadi penyejuk mata penawar hati yang solehah buat suami...

errr by the way, dah abis ker kuih lapis tu....??

Mimiey.. (^-^) berkata...

sedap...sedap...kak ana, nak!!! mie suka makan kuih lapis ni...suka makan je la,buatnye malesss...hehheheheh

Mas berkata...

kak anna...
sedappnya kuih kapis kopi ni...
lama dah tak buat....
nnti boleh buat lagi.....

Wattie berkata...

Salam Anna,
Cantiklah kuih lapis Anna, teringin lak nak makan, nak sikit leh

Treat and Trick berkata...

Salam Anna, cantik kuih ni, nampak lembut aje. TC

izahdaut berkata...

anna..ganasnya..terus telan cam naga..hahaa..guwauu ekk..
tapi aku mmg suka la kuih ni..best best.bila tengok cam nak buat lagi jeee

Anna Qawina berkata...

Ayu : weh..lomantik eh? hihi..kerna terpaksa, ku tunggu giliran nak ngadap pc...whoaahahahaaa

Mimiey : huh..samala kita..suka makan tapi tak suka wat..apa kata soh org lain watkan..hehe

Mas ; ko ghajin leh le wat..ai nih dok belek2 rsp pastu tutup..ulang2 wat gitu 40 kalibaru keluar kuih..hahah

Anna Qawina berkata...

kak Wattie : efek je tu kalo nampak cun..hihi...tryle buat..nak pos kang basi lak..hehe

T&T : kak..ye lembut je.teln terus takyah kunyah..gulp..haha'

Izah : weh..ala2 naga tasik Chini tak? kehkeh..ko buatkan aku skali ek..hihi

Suara Kalbu berkata...

Anna,

Sama tebal je lapisan awak. Pakai pembaris ke ? Hihihihi..

Sure sedap nih

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...