Assalamualaikum
Sejuknya harini, hujan je sejak semalam, sekarang baru berhenti..Alhamdulillah dapatla keluarkan kain baju yang dah bergayut-gayutan kat ampaian tak rasmi dalam rumah..hehe..
Sekadar tayangan menu sarapan pagi semalam ni, tapi bila letak kaler merah tu tangan gatal je nak tuang, maka terlebih merah le, tak jadi snow white dah, ala-ala Hikayat Bawang Putih Bawang Merah ni..
Saja letak dalam paper cup sebab nak bagi kuih ni naik merekah, cantik & lembut le..tapi Ana terlebih perap, adala dalam 2 jam sebab terlupa ada apam sedang diperam, tupun nasib baik Cik Abe mintak air kopi, pergi dapur nak bancuh air teringat kat apam yang belum dikukus..aduuuii..dah tengah malam baru nak mengukus, sudahnya jam 1.30 pagi bru siap..bila masak, elok je naiknya..
Sedap makan dengan kelapa parut kukus..Resepi ambil kat MYR..buat separuh adunan je dah banyak..resepi lebih kurang apam nasi/apam beras salju tu kan..
Bahan-bahan ( 5 orang makan )
- 3 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 2 cawan gula pasir
- 1 packet mauripan@ibu roti
- 2 cawan nasi
- 3 cawan air
Cara-cara
- masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
- gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
- kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
- campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
- biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
- selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
- note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.
- Ana masukkan pewarna sebelum kukus & letak dalam papercup, tak payah sapu acuan dengan minyak.
3 ulasan:
anna, gabu dan lembut jer apam tu...cantik la...
Mas : lembut & gebu gakla....sedap gak..hihi
uit..jeles tgk apam yang kembang setanam...ni dh lulus tahap AA dh ni...
Catat Ulasan