27 Disember, 2010

DONAT kah?

Ish...malu ai nak tayang, donat yang takde rupa donat sangat ni..huhu..tiap kali gentel donat mesti tak lulus, ada macam kuih keria pun yea..sobs..sobs..pasni nak kena beli acuan donat le nampak gayanya..


Donat HaSue..Ana copy dari blog Mas..haritu Mas buat donat sungguh menikam kalbu..nampak sungguh gebu & cantik kejadiannya..Ana uli donat ni & buat bulat2, pastu rasa hampa lak, mintak tolong ngan Cik Abe buat..ok sikit dia buat, bila goreng kembang elok donat tu..hihi...kira okla kan ada yang bantu...tapi bila anak2 bangun tido nampak donat teruja sungguh diaorang nih, maklumla bukan senang nak keluar kuih muih kat meja makn umah ni pagi2..hehe

Copy : Mas Duniaku. t.kasih Mas untk resepi & t.kasih buat Cik Abe Ana yg sudi bantu kat dapo..

Bahan :
  • 500g Tepung Berprotein Tinggi - guna tepung gandum pun ok dan Mas guna tepung gandum
  • 1 Peket Yis Segera -11gram - jenama MAURIPAN atau apa2 jenama
  • 50 gm Marjerin
  • 1 Sudu makan penuh Shortening
  • 2 Sudu makan penuh gula pasir
  • 2 Sudu makan susu pekat manis @ 2 Sudu makan Susu Tepung - ikut citarasa dan Mas guna susu pekat manis.
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190 ml - 200 ml  Air suam2 kuku - bergantung pada kualiti tepung
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu, marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
  3.  Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu ).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan dan tuang air suam sedikit demi sedikit untuk elak doh lembik.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan.. ( sisa2 tepung kat dalam bekas tu semua bersih ). Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll, boleh la dibahagi 2. Untuk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526.
  6. Doh tidak perlu direhatkan, ( kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min ) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci ( agak2 je ) Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas ( jangan terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus ) perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jangan terlampau penuh sebab donut ni akan mengembang lagi ketika digoreng ( sebab adunan mengandungi telur )
  8.  Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia untuk dihidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

4 ulasan:

Mas berkata...

anna, tak pe, buat donat selalu, lma2 teror la tu, mas bagi tips, ana buat donat tu 1/2 adunan...jadi boleh wat selalu...he..he..
mas pun bljr lma baru pandai....
tapi kan anna, sedapp, lembut dan gebu kan Anna donat ni, yg best tak yah tunggu lama....
rajin hubby menolong.... muafakat tu....

Mas berkata...

lupa lak nak cakap pasal apam beras tadi, eno tu untuk menggebukan dan melembutkan apam ni anna....tak tahu lak mas nk ganti ngan apa...cari kt kedai runcit pun ada anna....eno peket biru tau, yg tak de perisa...

Unknown berkata...

rajinnya ana buat donut ni...nieza lum pernah try lagi...biarlah tak ada rupa ana janji mkn sodap kan!...kihkihkih

Anna Qawina berkata...

Mas : hehe...lama2 teror eh? kena wat selalu le nih..huhu..kalo hari2 buat & hari2 cik abe tlg takpe gaks..heheh..
ok. t.ksh utk rsp apam tuh..

Nieza : tryle, heheh..ni pon lom lulus lg

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...