11 Ogos, 2010

SAGU GULA MELAKA

Awal-awal lagi memang dah target nak buat kuih ni, lama dah tak makan, Alhamdulillah dapat buat dengan jayanya untuk hidangan berbuka. Kebetulan pulak Cik Abe Ana tak nak berbuka dengan nasi, dia nak makan kuih dulu, balik surau solat Maghrib baru makan, Ana masak sup tulang & ikan goreng je...itupun menambah2 makan, sedap ke? Ke lapo? heheh..


Ini Ana dah sejukkan & hias lebih kurang dengan nenas yang kebetulan lalu kat tepi tu.....

sumber : iluvislam
Bahan-bahan:

Sagu Merah
  • 1 cawan sagu
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 5 titik sirap ros
Sagu Hijau**Ana tak buat ni**
  • 1 cawan sagu
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • setitik perisa pandan
  • sedikit pewarna hijau
Sirap Gula Melaka
  • 2 ketul Gula Melaka
  • 1 cawan air
  • sedikit daun pandan
Santan Lemak Manis
  • 3 cawan santan
  • sedikit garam sedikit
  • daun pandan
Cara- cara :

Sagu Merah
  • Basuh sagu.Toskan.Didihkan sagu bersama air hingga mendidih. Titikkan pewarna merah/sirap.
  • Kacau sehingga sagu kembang dan menjadi jernih. Proses ini mengambil sedikit masa. Jika sagu masih belum jernih dan airnya telah kering, tambahkan sedikit demi sedikit air lagi sehingga ia menjadi jernih.
  • Masukkan gula. Kacau rata.
  • Kemudian masukkan ke dalam acuan dan biarkan ianya mengeras dan sejuk.
Sagu Hijau*Ana Tak Buat*
  • Basuh sagu.Toskan.Didihkan sagu bersama air hingga mendidih. Titikkan pewarna hijau dan perisa pandan.
  • Kacau sehingga sagu kembang dan menjadi jernih. Proses ini mengambil sedikit masa. Jika sagu masih belum jernih dan airnya telah kering, tambahkan sedikit demi sedikit air lagi sehingga ia menjadi jernih.
  • Masukkan gula. Kacau rata.
  • Kemudian masukkan dalam acuan dan biarkan ianya mengeras dan sejuk.
Sirap Gula Melaka
  • Cairkan gula melaka dan air bersama2 daun pandan di atas dapur.
  • Kacau hingga semua gula melaka hancur. Tutup api.sejukkan pada suhu bilik
  • Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk
Santan Lemak Manis
  • Didihkan santan,daun pandan dan sedikit garam.
  • Kacau sentiasa untuk mengelakkan ianya pecah minyak dan berketul-ketul.Tutup api.sejukkan pada suhu bilik.
  • Masukkan dalam peti sejuk untuk menghidangkannya... masukkan sagu + air gula melaka + santan ke dalam cawan.

Cadangan hidangan : Sedap dihidangkan sejuk-sejuk

Tiada ulasan:

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...