13 Julai, 2010

KEK COKLAT CHIP

Assalamualaikum dan salam pagi teman-teman...wah..awal pagi Ana dah baking kek ye? Hihi...kek ni buat malam tadi, sambil-sambil tunggu Adam siapkan kerja sekolah, lagipun Akmal ada jugak mintak kek..tapi dia tu belum sembuh lagi demam campak, tak boleh makan telur lagi, jadi Ana ada simpan resepi best & jimat dari Palatable ni..banyak juga resepi kat dapur dia yang tak guna telur...boleh jimat..bukan kedekut..heheh..
Nama asal kek ni tuan badan letak Chocolate Rise Cake, sebab guna coklat rise, tapi Ana takde coklat rise tu yang ada chip choc. tupun dah beku2 dalam peti ais, lama dah beli tak habis-habis...jadi kena lak tukar nama dia kan...hihi..maaf ye kak, Ana dah terdesak ni...huhuu...kek ni sedap, lembut je walaupun tak guna telur, heran gak ek...bahan2 pun simple je...meh kita tengok apa yang Ana copy & paste ni..*maaf kak, Ana dah alihbahasakan resepi ni*

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung serbaguna *Ana guna tepung gandum cap Sauh je
  • 3/4 cawan gula *Ana guna gula kastor
  • 1 cawan susu *Ana guna susu cair
  • 1/2 mentega lembut
  • 1/2 cawan chip.chocolate *Asal resepi letak chocolate rice
  • 1 sdt baking powder
  • 1/4 sdt soda bikarbonat
  • 1 sdt esen vanila
Cara-caranya :
  • Ayak tepung, baking poeder & soda bikarbonat di dalam mangkuk adunan.
  • Panaskan oven dgn suhu 180'C(bergantung oven masing2)
  • Campurkan bahan diayak tadi bersama choc.chip @ choc.rise. Gaul biar bercampur.
  • Pukul mentega, esen vanila & gula sampai sebati kemudian tambahkan susu cair.
  • Masukkan campuran tepung & chip choc. tadi, gaul sebati.
  • Masukkan ke dalam loyang yang digriskan dan bakar sampai masak (cucuk kat tengah2 guna lidi, kalau lidi keluar bersih tandanya kek dah masak)
  • Keluarkan dari oven dan biarkan lebih kurang 5 minit kemudian keluarkan dari loyang.
*Ana guna oven ELBA..cuma guna api bawah dengan suhu 165'C selama +/-30 minit*

Senang & ringkas kan? Cubalah, rasanya resepi ni akan ditanda sebagai salah 1 menu hari raya nanti..:)

SELAMAT MENCUBA

5 ulasan:

Treat and Trick berkata...

Salam Ana, thanks sudi cuba resepi kak...cantik dan lembut, boleh tak Ana hantar gambar kek ni ke:
treatntrick@gmail.com nanti kak letak kat blog kak pulak...

http://treatntrick.blogspot.com

Anna Qawina berkata...

salam Kak, maaf Ana tak tgk ada komen ni..huhu..dah send dah..

Tanpa Nama berkata...

1/2 mentega lembut tu 1/2 buku butter yer?

Anna Qawina berkata...

Tanpa Nama : sory yer..1/2 mentega lembut = 1/2 cawan mentega suhu bilik. Harap maklum..:)

Salma Othman berkata...

saya dah try resepi ni smalam.memang menjadi.terima kasih.

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...