Alhamdulillah, hari ke 2 berpuasa, baru nak ada mood update masakan. Tapi tak tau nak sembang pasal apa..masak yang biasa2 le jugak..mata rasa nak pejam manjang..haish!!
Adoiii..lemau sungguh..haha..ampoon jela wahai suami, apa nak kata, si bini kurang virus R nak berdezuup kat dapo..dah buat..haa pijar2 tangan potong cili, tapi Alhamdulillah puas hati..
Acar timun tahan lama
By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
- 1 btg Timun*
- 1 btg Karot*
- 2" Halia*
- 4 bj Cili Hijau & Merah* (* hiris spt batang mancis)
- 5 ulas Bwg Merah - belah dua
- 5 ulas Bwg Putih - belah dua
- 1 st Biji Sawi
- 1 sb Serbuk Cili
- 1 st Serbuk Kunyit
- 1/2 cwn Cuka
- 1/2 cwn Gula
- 1 st Garam
CARA2:
- Campurkan kesemua sayuran & gaul dgn garam.
- Ketepikan sebentar lebih kurang 10 minit
- Tapis & buangkan air sayuran.
- Panaskan beberapa sudu minyak & tumis biji sawi, serbuk cili/kunyit dan kacau beberapa saat sahaja
- MAsukkan cuka & gula dgn cepat supaya tidak hangus.
- Masak sehingga pekat & masukkan kesemua jenis sayuran.
- Gaul sehingga sebati selama beberapa minit.
- Boleh terus di hidangkan atau masukkan ke dlm botol kaca & simpan dlm petisejuk.
- Boleh di simpan & tahan selama beberapa minggu.
- Hidangkan sebagai pembuka selera atau lauk sampingan bersama nasi.
Boleh jual tak? hehe..ni baki lepas kitaorang dah makan, asalnya dapat banyak jugak..sibbaik gak ada baki, kalau tak xdenya nak update blog..Selamat Mencuba..
4 ulasan:
ana.. ko tak open order acar ke. aku nak 2 jar.. pliss pliss.. buat mata chumel.
Ni yang besat ni... acar tahan beberapa minggu dalam peti sejuk, boleh cuba nanti.. tq for sharing darling Anna.... :)
Izah : ko buat mata panda baru aku open order deh...
kak Amie : ye kak..sila2...banyak hari pon still rasa rangup sayur tu..pedas2 masam manis...
Salam kak anna.. tun biasa wat acar mentah je, jarang sgt mkn acar masak mcm nih.. nnti blh suruh mama buat acar masak.. nk wat sendiri xberapa nk rajin. haha...
Catat Ulasan