Ada baki2 kerak roti @ roti dah kejung2 tu bolehla campak2 dlm bekas & bakar ye..sedap bila dah jadi puding, yang tak sedap bila tengok je roti dah xpayed tu..hehe..
Resepi lain lak..eh lebih kurang je sebenarnya resepi puding roti bakar ni..suka hati la nak cuba mana 1...
Resepi lain lak..eh lebih kurang je sebenarnya resepi puding roti bakar ni..suka hati la nak cuba mana 1...
RESEPI PUDING ROTI BAKAR
Sumber : Farah Lee (c & p : Blog TengkuButang)
Puding Roti Bakar by AnnaQawina
Bahan2 :
- Gula : 1 cawan
- Majerin : 5 sudu besar
- Fresh milk : 800ml
- Roti : 15 keping
- Telur : 1 biji
- Esen vanila : 1 sudu kecil
- (untuk hilangkan hanyir telur. takde pun takpe)
- Choco chip : secukup rasa untuk hiasan
CARA2 :
- Baca Bismillah, selawat, senyum dan penuhkan hati dengan penuh kasih sayang (rahsia masakan best) :D
- Pastu gaul ratakan gula dan majerin dalam mangkuk besar
- Tuang fresh milk kedalam adunan.**adunan akan kelihatan berketul2.
- Carik-carikkan roti, masukkan kedalam adunan and gaul sebati.
- Then masukkan telur dan esen vanila. Macam biasa, gaul gaul..
- (exceptional) Cover loyang dengan aluminium foil.
- Tuang adunan ke dalam loyang. Kalau ada roti lebih, boleh carik-carikkan, tabur dan tekan2 sikit atas acuan so nanti atas puding tu jadi garing sikit dan nampak ciri-ciri kerotiannya.
- Tabur choco chip sesuka hatimu. Nak ganti dengan raisin or nak biarkan kosong pun boleh
- Masukkan dalam oven 150°C, 20-30 minit (kalau still lembik, boleh tambah masa) dan.
- Boleh hidang panas or sejuk
**Pesanan
penaja.! Step-step tu untuk mereka yang rajin, kalau yang kurang rajin
(husnuzon, nak jimat masa kan ;p) abaikan step-step tu, campur terus
semua bahan dalam mangkuk dan gaul pastu tuang dalam loyang habis
cerita.
SOS KASTARD (rcp Hana)
- 1 tin susu cair
- 1/4 tin air(guna tin susu)
- 2 sdb.tepung kastard
- 2 sdb gula pasir
Didihkan semua bahan, kacau perlahan tanpa henti sampai larut & kuah pekat.
SELAMAT MENCUBA
2 ulasan:
Lama akak tak buat Puding roti ni Anna.. Macam teringin nak buat lagi..
Nak Anna..malas nk wat ..hihiii
Catat Ulasan