15 Julai, 2013

5 RAMADHAN 1434H : PUDING PERMATA

Assalamualaikum
Salam 6 Ramadhan, hampir seminggu dah berpuasa kan, sekejap aje masa berlalu..Gunakan masa2 yg ada sebaiknya..InsyaAllah

Ni desert pada hari ke 5 puasa tapi tak sempat nak letak resepi. Resepi biasa2 ajer, dah ulang2 buat jugak kan, cuma lps nampak Kak Ita Masam Manis buat, terus ada idea, sbb senang dan nak cepat.

Permata yang tak seindah permata yang ada dikedai2 emas terpilih..hehe..janji sedap..Cuma bab gula tu kena kurangkan, manis sangat tau. tapi anak-anak saya suka ni.

Resepi dari Rossitam@ Myresepi, jom lihat dan buat, jangan simpan je resepi, nanti berkulat dalam buku..

PUDING PERMATA

Bahan-bahan ( Loyang 7in x 7in )
 
** Bahan untuk agar-agar :
  • 300ml air
  • 200ml susu cair (saya guna susu segar)
  • 125gm gula pasir
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar
** Bahan untuk kastad :
  • 500ml air
  • 400ml susu cair / susu segar
  • 250gm gula pasir*Lain kali kena kurang kpd 180g@200g shj.
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastard - dibancuh dengan 3 sudu besar air

Cara-cara

  1. ** Untuk agar-agar : Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
  2. Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.
  3. ** Untuk kastad : Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.
  4. Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.

Jemput..^_^....eh puasaaa..Jemput buat sendiri ya. 

Wassalam

13 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Cantiklah anna. Boleh buat hantaran. Baca resepi pun nampak enak ni..

wawa syaida berkata...

cantik dan kemas...thanks share resepi

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum...
wow canteknye puding permata ni.. rajin betul wat kaler2 gitu ye.. :) and menarik lah.. :D

Qhaifa Nur berkata...

nampak lain sangat puding ni...
nampak sedap juga...

Ina Mohamed berkata...

rajin betol demo. kite bulan pose ni x buat kuih lg. rajiiiiin kan kiterrr, muahaha.

EmbunRosaliza berkata...

Sedap buat buka posa puding sejuk2 mcm ni anna, best la kalo anak2 pun suka mkn puding

Ayu berkata...

cantik puding tu ana, dan dah tentu sedap ni..
salam ramadan buat ana & family ya..

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

cantik, tertarik & menarik.. lagi2 letak dlm loyang mcm tu...

Gee® berkata...

Nyum2x... sedap nyaaa

tun_telani berkata...

Salam kak anna ku cayangg.. nk mintak pun sure dh habis kan... tun blom buat lagi puding2 setakat nih.. kalau hari yg panas mmg terliur la tgk puding nih.

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Anna...cantiknya puding permata niiii....tambah selera nk mknnya time brbuka

suebee berkata...

cantik..nak cuba buat lepas ni..

Myra Jay berkata...

Sedapnya....
Makan pula sejuk2 nyaman je tekak...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...