17 Mac, 2013

Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food

Assalamualaikum w.b.t

lalalalalaaa...bergegas buat karangan pendek semata2 GA Tun Telani dah nak close..huwaa..ingtkan lambat lagi..mulala kelam kabut tolak anak tepi2, kuis mana yang patut, semata2 nak meriahkan GA yang rasanya dah ada kot pemenang..haha...

Macamana nak karang hamba dah tak ingat, bila last join GA, rasanya GA Kak Anymz kot ye, tapi kecewa sbb tak terpilih, terus boikot GA(tipu..) huh....

Ok, takut jam terus laju berdetik..tik..tik..tik..dah nak tutup dah penyertaan, mari kita terus ke point utama..(ayat skema sikit)



Ini sahaja dalam fikiran akak Tun, memang all time peberet, tak kira siang malam, kalau ada asyik nak makan je..hehe

Nasi Kerabu
 Kenapa suka? Sebab sukala..dah sebati dalam diri orang Klate kan, Nasi kerabu memang sentiasa digemari. Terutamanya masakan mak2 kita kan..
 
Resepi : pernah n3 kat sini, tapi copypaste lagi la kan..

Sumber : Anna Qawina & family

NASI :
  • Basuh beras macam biasa & tambahkan air secukupnya, letak sedikit pewarna kuning, kacau-kacau bagi sekata, biar hingga nasi tanak.

ULAM-ULAMAN :
  • daun kesom
  • daun serai kayu
  • timun
  • bunga kantan
  • tauge
  • kacang panjang
  • kubis
  • dan lain-lain, terpulangle...

**semua bahan dihiris halus/cingcang halus, kecuali taugeh..

SAMBAL KELAPA:
  • kelapa parut
  • 5 ulas bawgan merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 btg serai
  • 3 ekor ikan rebus
  • lada hitam
  • gula, 
  • garam

CARA :
  • goreng kelapa tanpa minyak sampai keperangan & sedikit garing, rasa dgn tangan, kalau dah rapuh bolehla angkat.
  • tumbuk kelapa goreng tadi, ketepikan.
  • tumbuk semua bahan lain kecuali serai, garam & gula sehingga halus.
  • Ikan rebus juga boleh kalau nak tumbuk, lebih sedap sebab halus teksturnya.
  • Campurkan bahan-bahan ditumbuk tadi ke dalam mangkuk & gaulkan gula & garam. Secukup rasa.
  • Sekiranya smbal yang dibuat banyak & nak tahn lama, bahan2 yang dah siap gaul tadi boleh dogoreng tanpa minyak sekali lagi sampi sedikit garing, angkat & simpan dalam bekas..bila-bila masa boleh guna.

SAMBAL TUMIS :

  • 6 ulas bwg merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sdb cili kering kisar
  • 1 btg serai diketuk
  • 1 keping asam keping
  • 1 cwn santan pekat 
  • Air secukupnya..bergantung kepekatan yang diingini
  • *jika suka..sedikit gula melaka
  • garam
  • gula

CARA :
  • Satukan semua bahan & kacau sentiasa di atas api sederhana, jangan sampai  berketul.
  • Kacau sehingga santan pekat & pecah minyak (nampak berminyak sikit). Sentiasa kacau & ini akan mengambil sedikit masa sebab guna api perlahan.
  • Angkat & sejukkan

BUDU :
  • Beli jela budu dalam botol tu, takyah susah2 nak bikin sendiri ek..hihi.
  • Kalau nak sedap, masak sekejap budu di dalam periuk, masukkan serai yang diketuk, tambahkan sedikit gula melaka..dah sejuk bolehla di simpan & tahan lama tu.

CARA-CARA NAK MAKAN :
  • Sendukkan nasi ke dalam pinggan, letakkan ulam-ulaman atas nasi tu, letak pula sambal kelapa, siram sambal tumis, dan yang paling penting dalam nasi kerabu ialah budu, letakle banyak mana yang anda suka..
  • Makan bersama keropok goreng, solok lada, ikan celup tepung, ayam/daging bakar, telur masin dsbnya...
**Seeloknya, sediakan sambal kelapa & sambal tumis serta budu masak sehari sebelumnya, bila nak makan, cuma masak nasi & potong ulam-ulaman sahaja..**

Ok tak Tun? Boleh menang? muahaahaa..TQ 4 semua..

05 Mac, 2013

BISKUT SEMPERIT KASTARD

Biskut lagi...dah licin ye sekut ni..share resepi kat sini..Ini lain sikit dari resepi sebelum ni, warna pun ada kuning lebih..harus cuba ya..nak order? Boleh je..RM22.00 sebekas bulat ni. Boleh hubungi Ana ditalian 0193004358


Biskut Dahlia
Resepi : Norazie - Resepi.net
C & P : Mas@Duniaku

Bahan :
  • 300 g mentega - SCS atau Anchor atau mentega pilihan 
  • 160 g gula aising - (guna 120 gm  mcm Mas & Noorsha)
  • 2 kuning telur 
  • 4 sudu makan susu pekat manis 
  • 1 camca teh esen vanilla 
  • 240 g tepung gandum * 
  • 100 g tepung jagung * 
  • 160 g tepung kastard ( letak 200gm mcm noorsha) * 
  • (*bahan bertanda *  diayak) 
  •  Ceri merah - dipotong kecil untuk hiasan
 
 


Cara :
  • Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla @ rose dan putar hingga kembang. Guna senduk je ya
  • Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan. 
  • Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. (Ikut guna suhu mcm.Mas & Noorsha  130 C dan bakar selama 20 minit... )
  • Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..
Selamat mencuba

04 Mac, 2013

SUP KETAM/SUP IKAN KERISI

Assalamualaikum w.b.t

Resepi asal Sup Ikan Kerisi dari Joha Hasan, dicuba oleh Kak Tun menggunakan isi ikan merah, mula2 kami dah try ikan kerisi, sedaapp...lebih sedap menggunakan ikan kerisi tau..pastu buat guna ketam pulak, simple je resepinya, anak2 Ana sangatle suka menu2 berkuah gini.. jom buat sup..sluurrppp!!!
**Ni dah laammaaa sangat buat cuma xtau bila boleh keluar sini..hehe..piss!!


White Snapper Fish Soup. (Sup Ikan Kerisi)
Resipi oleh : Chef Joha Hassan

Sup Ketam @ Ikan kerisi by AnnaQawina

Bahan2nya:
  • 1 ekor ikan kerisi, di belah ikut citarasa (Tun guna ikan merah)
  • 1/2 inch halia di hiris
  • 1/2 batang cili merah & hijau hiris
  • 2 ulas bawang putih di hiris
  • 1/2 labu bawang besar di hiris atau potong dadu kecil (Tun cincang)
  • 1 lobak merah di potong dadu kecil2
  • 2 biji ubi kentang di potong dadu kecil2
  • Daun sup/sadri
  • 2 sudu besar bawang merah goreng
  • Secubit lada putih
  • 1 kuib knorr ayam
  • Air secukup untuk kuah nya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

* Tun tambah:
4-5 biji cili api- diketuk/dibelah 2
1/4 batang seleri-dipotong serong

Cara2nya:
  1. Panaskan minyak di periok, masukan bawang2, cili dan halia, goreng seketika . 
  2. Bila kelihatan lembut, tuangkan air secukup untuk kuah nya.Letakan kuib knorr ayam, garam secukup rasa. Masukan lobak merah dan ubi kentang yang di potong dadu2, masak hingga ia mula mendidih. 
  3. Letakan daun sup/sadri dan ikan kerisi yang sudah dibersih dan di potong ikut citarasa. 
  4. Sajikan panas2 bersama kicap, cili hiris perahan jus limau kasturi dan nasi putih.
#bole masukkan batang salari, soon, tomato biji..


Selamat mencuba & beristirehat..jumpa lagi

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...