Ahad, 17 Mac 2013

Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food

Assalamualaikum w.b.t

lalalalalaaa...bergegas buat karangan pendek semata2 GA Tun Telani dah nak close..huwaa..ingtkan lambat lagi..mulala kelam kabut tolak anak tepi2, kuis mana yang patut, semata2 nak meriahkan GA yang rasanya dah ada kot pemenang..haha...

Macamana nak karang hamba dah tak ingat, bila last join GA, rasanya GA Kak Anymz kot ye, tapi kecewa sbb tak terpilih, terus boikot GA(tipu..) huh....

Ok, takut jam terus laju berdetik..tik..tik..tik..dah nak tutup dah penyertaan, mari kita terus ke point utama..(ayat skema sikit)



Ini sahaja dalam fikiran akak Tun, memang all time peberet, tak kira siang malam, kalau ada asyik nak makan je..hehe

Nasi Kerabu
 Kenapa suka? Sebab sukala..dah sebati dalam diri orang Klate kan, Nasi kerabu memang sentiasa digemari. Terutamanya masakan mak2 kita kan..
 
Resepi : pernah n3 kat sini, tapi copypaste lagi la kan..

Sumber : Anna Qawina & family

NASI :
  • Basuh beras macam biasa & tambahkan air secukupnya, letak sedikit pewarna kuning, kacau-kacau bagi sekata, biar hingga nasi tanak.

ULAM-ULAMAN :
  • daun kesom
  • daun serai kayu
  • timun
  • bunga kantan
  • tauge
  • kacang panjang
  • kubis
  • dan lain-lain, terpulangle...

**semua bahan dihiris halus/cingcang halus, kecuali taugeh..

SAMBAL KELAPA:
  • kelapa parut
  • 5 ulas bawgan merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 btg serai
  • 3 ekor ikan rebus
  • lada hitam
  • gula, 
  • garam

CARA :
  • goreng kelapa tanpa minyak sampai keperangan & sedikit garing, rasa dgn tangan, kalau dah rapuh bolehla angkat.
  • tumbuk kelapa goreng tadi, ketepikan.
  • tumbuk semua bahan lain kecuali serai, garam & gula sehingga halus.
  • Ikan rebus juga boleh kalau nak tumbuk, lebih sedap sebab halus teksturnya.
  • Campurkan bahan-bahan ditumbuk tadi ke dalam mangkuk & gaulkan gula & garam. Secukup rasa.
  • Sekiranya smbal yang dibuat banyak & nak tahn lama, bahan2 yang dah siap gaul tadi boleh dogoreng tanpa minyak sekali lagi sampi sedikit garing, angkat & simpan dalam bekas..bila-bila masa boleh guna.

SAMBAL TUMIS :

  • 6 ulas bwg merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sdb cili kering kisar
  • 1 btg serai diketuk
  • 1 keping asam keping
  • 1 cwn santan pekat 
  • Air secukupnya..bergantung kepekatan yang diingini
  • *jika suka..sedikit gula melaka
  • garam
  • gula

CARA :
  • Satukan semua bahan & kacau sentiasa di atas api sederhana, jangan sampai  berketul.
  • Kacau sehingga santan pekat & pecah minyak (nampak berminyak sikit). Sentiasa kacau & ini akan mengambil sedikit masa sebab guna api perlahan.
  • Angkat & sejukkan

BUDU :
  • Beli jela budu dalam botol tu, takyah susah2 nak bikin sendiri ek..hihi.
  • Kalau nak sedap, masak sekejap budu di dalam periuk, masukkan serai yang diketuk, tambahkan sedikit gula melaka..dah sejuk bolehla di simpan & tahan lama tu.

CARA-CARA NAK MAKAN :
  • Sendukkan nasi ke dalam pinggan, letakkan ulam-ulaman atas nasi tu, letak pula sambal kelapa, siram sambal tumis, dan yang paling penting dalam nasi kerabu ialah budu, letakle banyak mana yang anda suka..
  • Makan bersama keropok goreng, solok lada, ikan celup tepung, ayam/daging bakar, telur masin dsbnya...
**Seeloknya, sediakan sambal kelapa & sambal tumis serta budu masak sehari sebelumnya, bila nak makan, cuma masak nasi & potong ulam-ulaman sahaja..**

Ok tak Tun? Boleh menang? muahaahaa..TQ 4 semua..

5 ulasan:

tun_telani berkata...

hahaha.. sampai tertido tun duk nunggu n3 akak ni smlm.. hihi..
sedap wehh nasi kerabu..tp nok wat sambal kelapa tu mmg kene amik vitamin R banyak2. hihi

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

moga berjaya anna...
haishh.. takkan tun dah pilih pemenang sebelum tamat tempoh.... mesti berpeluang... insyaAllah...

terliur tgk nasi kerabu tuhhh... mmg feberet jugak.. yummss..

Yana Shaiful berkata...

~ nasi kerabu..feveret yana jugak..dh lama xbt sndiri..

huhuu..kt sama kak..dh kalah..jom boikoi GA lg..hahaaa

Treatntrick Treat and Trick berkata...

Kak sihat2 aje, Ana sihat? Sedap nasi kerabu tu, nanti kak nak cuba...

Dkna Abza berkata...

sedap lak tengok telur asin tu :)