20 September, 2012

KUAH KACANG ISTIMEWA

Assalamualaikum..

Dah habis Syawal baru nak letak corat coret menu raya..hehe...Apa khabar buat semua? Harap semua baik2 aje..terlebih dahulu TAKZIAH buat kawan kita yang masih berada di Finland iaitu Nieza atas kehilangan BONDA tersayang ke Rahmatullah baru2 ini..Semoga arwah Bonda Nieza ditempatkan di kalangan hamba Allah yang bertaqwa..Aamiin..Semoga Nieza dan keluarga tabah menerima berita kehilangan ini..dari Dia kita datang..Kepada Dia kita kembali..

Kuah kacang untuk dimakan bersama-sama nasi impit dan juga roti..selalu buat guna resepi ni dah bertahun2..anak2 dan suami suka..sekali ceduk kuah mak aii...hehe...Alhamdulillah kalau semua suka kan..Hari ni nak kongsikan kat sini cara nak sediakan kuah kacang ni, macam2 resepi ada, nak try yg ni silakan..


KUAH KACANG ISTIMEWA
Sumber Resepi : Datin Syuryani Datuk Shuaib(Isteri Menteri Datuk Shafie Afdal)-SDK Oktober 2006
Kuah Kacang Istimewa by AnnaQawina

Bahan-bahan :
  • 5 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 batang serai*
  • 20 tangkai cili kering*
  • 1/2 inci halia * (kisar bahan bertanda *)
  • Air asam jawa secukupnya
  • gula dan garam secukup rasa
  • 1 kg kacang tanah - digoreng bersama sedikit minyak dan ditumbuk dgn kulitnya sekali separuh halus
  • 2 keping gula melaka(nisan)*Ana tambah yang ni..-direbus dan ditapis supaya lebih bersih sblm digunakan.

Cara-cara :
  • Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
  • Masukkan kacang tanah yang ditumbuk tadi dan kacau cepat2. (Boleh masukkan sedikit air bersama)
  • Masukkan air mengikut kepekatan yg diingini dan di kacau sentiasa agar dasar periuk/kuali tidak berkerak & kuah kacang berbau hangit.
  • Masukkan juga air gula melaka.
  • Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukupnya.
  • Kacau2 sehingga masak sepenuhnya, kalau pekat boleh tambah sedikit lagi air.
  • *Jika berlebihan sila simpan dalam peti ais & sesekali dipanaskan InsyaAllah tahan sebulan atau lebih..

Coretan ini juga untuk rujukan dan tatapan anak-anak dikemudian hari..kot2 diaorang nak buat sendiri kan..ehehe
SELAMAT MENCUBA..

21 ulasan:

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum...
sedapnya nasi impit ngan kuah kacang... kalau raya haji nanti.. tak jumpa ler nasi impit plak.. sbb pakat2 org wat korban.. semua rumah ade sup tulang je... eheheheh.. :) rindu mengenangkan suasana raya.. :)

Shiela berkata...

assalam Anna.. sedapnya nampak nasi impit ngan kuah kacang tu.. :b

Cendana Kasih berkata...

assalamualaikum....

sama la ngan aku, dah abis raya, baru la teringin nk buat nasi himpit kuah kacang... time raya ari tu sibuk dok makan mende lain...

Sheila Shafeareen berkata...

Assalamualaikum hemmm betul tu time raya x termakan...dah habis raya mcm2 teringinya....kuah kacang sdp ni leh mkn same cucur juga kan...

Mas berkata...

klu aku anna...
sepanjang masa buat kuah kacang gini..
sedappkan..
makan ngan cucur ikan bilis @ udang...
besttt wooooo

tu gambar yg last...
goda aiiii la tu..
bakk sepinggan....he3

EmbunRosaliza berkata...

Assalam anna ank2 akk semua suka nan nasi impit kuh kacang, nmpk sedap pekat je

Mamasya berkata...

Aslmkum Anna.sedap ni... nasi impit kuah kcg dah jadi kegemaran kat rumah akk

nOOrsha berkata...

Nyumnyumm..sodapnye kuah kacang mkn ngan nasi hemet gini..mantopp deknon..mantoppp

Mama Sal berkata...

Pagi esok nak try buat ni.. tak pernah masak kuah kacang sebelum ni., tq for the rcp!

NurulBMW berkata...

Thanks..mmg sodap...

NurulBMW berkata...

Thanks..memang sodap...

linda ariffin berkata...

Harap2 menjadi la..tq

Azie Kitchen berkata...

As salam,
Kulit kacang dimasukkan sekali ke dalam kuah ke.

Nur aina damia berkata...

Nak cubalah, thanks

Nur aina damia berkata...

Nak cubalah.. thanks for the resepi ♥

Tanpa Nama berkata...

Thanks bg resepi yg simple n sedap.. try wat ari tu mase jemput kwn2 beraya di rumah, ramai puji sedap.. ;)

Tanpa Nama berkata...

Thanks for sharing the recipe. I've tried once your recipe and I loved it! Marvellous. .

Unknown berkata...

Kulit kacang macam mana pulak ?

Anna Qawina berkata...

T.kasih bg yang dah mencuba.

Dila Asyraf : kulitnya boleh ramas2 lepas goreng tu, lepas tu ayak2 sikit buang, kalau tak ramas & tumbuk je terus pon boleh, xde hal..

Tanpa Nama berkata...

Kaau nak tempah untuk 30 orang brape harge ye

Tanpa Nama berkata...

Saya pun nak mintak kebenaran tuk guna resepi nie.... dah anak 5 nie pun x pernah wat lagi..... x per ...raya nie mesti try ..... tima kasih ..... nampak cam best jer..... saya suka..saya suka..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...