16 April, 2012

CAKE IN A JAR -Red Velvet

Assalamualaikum.

Apa khabar teman2? Harap semuanya dalam lindungan Allah sentiasa..dilimpahi rezeki & kurniaan yang tiada batasan & sentiasa menjadikan kita insan yang mensyukuri nikmat Allah.

Hari ni nak berbicara berkenaan dengan kek dalam botol kicap yang tengah femes emes ni kan..Alhamdulillah dah berjaya melalui beberapa ujikaji sendiri yang membuahkan hasil ..kononnyala..haha..mula2 dulu ingat susah, tapi sebenarnya tak susah pun..InsyaAllah semua orang boleh cuba. 

Pertama tentang jar/botol ni Ana update untuk red velvet ya..yang lain2 akan menyusul InsyaAllah. Banyak info saya rujuk dari FAMILY KITCHEN & bertanya kawan2 terutama Sue Allen..


Jar/botol ni kena beli kat kedai yang menjual botol2 kaca & plastik berdekatan anda (saya tak jual ya..:D).. Kalau dah terdesak, ambik je botol jem yang dah licin tu, buang kertas pembalut & bersihkan, bolehla guna, jangan pula anda selongkar stor2 'aci2 & pakcik2' yang jual beli botol 'recycle' tu tau..takmo..takmo..beli baru!!..haha..korang nie..yang Ana guna ni kirim dengan kawan iaitu Sue Allen..maceh Sue ya..kedai jual balang ni kat Puchong, Quality Pack. boleh anda gugel??

~Ok..mari kita mulakan projek kek dalam balang kita~


RED VELVET CAKE IN A JAR
(Resepi Ana guna resepi RED VELVET CUPCAKES)
Sumber : AnnaQawina

Bahan-bahan :
A:
  • 300 g tpg gandum
  • 2 camb serbuk koko
  • 2 camt baking powder
  • 1 camt soda bicarbonate
  • 1 camt garam
 B:
  • 125 g mentega 
  • 280 g gula castor
 C:
  • 2 biji telur (gred B)
 D:
  • 1 camt esen vanilla
  • 1 camt cuka putih
  • 1 camb pewarna merah
 E:
  • 240ml buttermilk *Ana guna bancuhan susu segar/susu cair dgn cuka (Campurkan 240ml susu segar (susu cair ) dan 1 sdb cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

Cream cheese icing:
  • 360 g cream cheese
  • 70 g mentega
  • 200g gula icing

CARA-CARA:
  • Ayak (A)-ketepikan
  • Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  • Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  • Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  • Susun balang2/jar di dalam loyang.Balang kaca tidak perlu digris ya.
  • Masukkan(paipkan) adunan dalam balang tersebut hanya 1/2 balang sahaja(timbang setiap adunan tu bagi mendapatkan berat yang sekata) dan bakar secara double boiler pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit. 
  • Tempoh membakar bergantung kpd tinggi/banyak adunan kita ya. Cucuk kek didalam balang utk tahu kek benar2 dah masak ke tidak. Kalau lidi keluarnya licin tandanya kek dah masak.
  • Sejukkan sebelum dihias.

Untuk Icing:
  • Pukul mentega & cream cheese hingga kembang dan masuk kan gula icing ...kacau sebati.
  • Sedia untuk digunakan..

RED VELVET CAKE IN A JAR

Cara-cara :
  • Ambil balang kek yang dah sejuk.
  • Ceduk/sudukan keluar separuh daripada kek dalam balang tersebut. Pecah2 sikit takpe.
  • Masukkan cream ising tadi atas kek yang masih ada dalam balang.
  • Sudukan/paipkan sedikit filling kesukaan (optional)
  • Masukkan kembali kek yang kita dah keluarkan semasa proses mula2 tadi.
  • Paipkan kembali cream icing & tabur dengan serdak kek@ hiasan kesukaan masing2. 
  • Sejukkan dalam peti sejuk.
  • Setiap layer tersebut terpulang kpd anda untuk letak filling apa@ macamana pun, janji sedap..hehe..
Untuk order sila hubungi Ana yer..boleh buat cenderahati, buah tangan, door gift & nak makan2 sesaje pun sangat sesuai..

SELAMAT MENCUBA..

30 ulasan:

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

lelong! lelong! saya jual jar... hiks

Unknown berkata...

Anna, akak tak pernah buat kek dlm botol, apatah lagi time nak bakar tu...huhu..takut meletop, naya je.
Lps tu nak makannya mcmna eh? cedok gitu ke...hehehe..jakon la pulak.
Kalau hidangkan masa raya cantik kan, boleh akak bawa balik dgn botol2.

Cendana Kasih berkata...

nak sebotol...dah kemaruk makan RVC plak skang ni..

Amie berkata...

Assalamualaikum Anna,
kreatif & inovatifnya dia ni.... kagum!

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

quality pack? mcm pernah dengar.. hihi.. company akak ada order botol ngan company ni rasanya.. rasa2la.. sbb akak bukan bahagian order2 ni.. akak bahagian lain.. kekeke..

mmg cunlah kek dlm balang.. boleh jadikan doorgift utk kenduri kawin kan.. idea yg kreatif..

Gee® berkata...

Mmmmm...memang cake dlm botol ni tgh top sekarang kan... semlm pestime mkn oreo cheese cake in jar... sedappp.... nak try buat lah rvc ni....

hazila berkata...

Kreatif tu... Boleh buat hantaran kan.

tun_telani berkata...

tunggu adik tun kawin, tun nk buat mcm ni laa utk salah satu dulang hantaran dia. hihi

MekNa berkata...

cantik2..menawan...dok tgh google carik balang...x jumpa2

HomeKreation berkata...

Salam Anna. Memang dok spy2 kek dlm balang ni, tengok Anna dah buat dah. Satu keunikan & sesuai utk hadiah.

Anna Qawina berkata...

Kak Yus : takmo bli balang lelong kak..haha

Kak Zana : jgn takot..x meletopnyer..kalo x d.boiler nnt kek kita akn berkerak skt, tp xkn meletop melainkn akak letupkan..hee..
A'a nk mkn kena sudu la, colek dgn jari leh gak

Noorma@cendana kasih : suka jo yer..best kan..hee

Kak Amie : try n eror kak, tgk org lain dah laju ke depan, kita baru mula..tryla..hehe

Anna Qawina berkata...

Kak Madiha : ye ke kak..ye kot..hii..kdai jual botil ni x bnyk la xtaula yg tersorok kan, jenuh gugel xjumpa yg lain..

Anna Qawina berkata...

GEE: tryla, snng nk simpan..hii..

Hazila : sesuai utk hantaran n.hadiah kn..try tau..cari botol dulu..hee

Tun : good idea, boh kukis lg mudah Tun, x lemau..hias cantik2..hee

MeknaBlog : cari jgn x cari..hee

ALONG: salam kak, akk bt nnt lg cantik kejadian..hee

Anna Qawina berkata...

Dah gugel ke kedainya? Jumpa x?

quinnie berkata...

aduiii bila la kita nak buat ni ye...geram betul nengoknye...hehehhe

NADYA ANWAR berkata...

Assalam, nampak cantik dan menarik .. boleh tau saiz jar tu x?

Unknown berkata...

salam Anna,akak nak order boleh tak???syang lah Anna jauh sngt bnyak ni kalau nak order hee

Mamasya berkata...

Salam Anna.mmg trend terkinikan kek isi dalam botol gitu...ikat dg riben..comei..sesuai utk hadiah...bawa jln jauhpun tak risau.. kek slmt dlm botol...

Anna Qawina berkata...

qUINNIE : HEHE..PAHAM..PAHAM...

Nadya : saiz dlm 250ml..ke 200 ml gitu..

Kak Noor : meh2 order..hehe..

Mamasya : salamkak, hehe..senangnak simpan kan..takyah boh dlm bekas lain dah..

Tanpa Nama berkata...

Sis..
Double boiler tu kn letak bekas isi air and dlm letak jar k..?

Anna Qawina berkata...

TANPA NAMA : double boiler tu, ambil loyangbesar, masukkan air panas then letak jar/loyang kek kita dlm loyang air tu & bakar..

Unknown berkata...

Salam akak sy ada beli jar 250ml dr Quality Pack tu.klu xsilap su amoi kedai tu ada bgtau ada 2jenis jar satu kaca dia tebal sket n satu lg nipis sket.sy bli yg nipis tu je dlm rm0.69/pcs with gold cap.akak pkai jar yg mna satu ye?sy pn risau tkut jar tu meletup masa bakar..hehe

Unknown berkata...

Salam akak sy ada beli jar 250ml dr Quality Pack tu.klu xsilap su amoi kedai tu ada bgtau ada 2jenis jar satu kaca dia tebal sket n satu lg nipis sket.sy bli yg nipis tu je dlm rm0.69/pcs with gold cap.akak pkai jar yg mna satu ye?sy pn risau tkut jar tu meletup masa bakar..hehe

fazahlehat berkata...

Nak beli balang duk mana.

rosesliliestulips berkata...

akak, kiranya akak bakar tutup jar atau tak?

adah berkata...

menarik sgt. saya nak order dlm 10 jar. boleh contact sy x? 0172036479.

Tanpa Nama berkata...

Salam.. saya nk tny..mcm mn kite nak modified sukatan dr kek yg biase utk buat cake in jar nie? ke juz guna jew sukatan mcm buat kek yg biase tu?

Unknown berkata...

Sis boleh tanya mne nak beli sudu mcm tu?

Unknown berkata...

Sis nak tanye mne nak beli sudu mcm tuuu?

Unknown berkata...

Sis boleh tanya mne nak beli sudu mcm tu?

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...