Rabu, 22 Februari 2012

Udang Masak Lemak Jintan

Menu berulang, semalam punya. Maaf tak dapat berkunjung ziarah blogwalking, anak-anak Ana iaitu Hannah & Syifa' tak sihat, terpaksa jugak berkejaran kat dapo masak apa yang patut & anak2 kejap lagi nak balik sekolah & pastu nak pergi sekolah agama lak..dah lapang nanti InsyaAllah akan kubalas kunjungan teman2 ya..semalam tercari2 menu simple, nampak kat rumah Kak Nuridah, belek2 dah pernah buat sblm ni kan, jadi teruskan ajelah, nenas tu Ana letak labu air je..cili api pun tak banyak letak sebab anak2 nak makan sama.. 


Sumber : Kak Ummi@Home Sweet Home
C & P : Kak Nor, Anna

Bahan2:
  • 1/4 bj nanas muda ~ k.nor guna 7 bj belimbing buluh
  • sedikit minyak masak
  • 2 cawan santan cair
  • 4 ekor udang galah/udang besar ~ k.nor guna udang biasa
  • sedikit garam
  • 1 cawan pati santan
  • 4 bj cili padi ~ dibelah dua
  • 6 biji cili merah ~ dibelah

Bahan ditumbuk halus:
  • 2 sudu teh jintan manis
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup

Cara2:
  • Potong nanas kecil2 dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kaserol dan tumis bahan tumbuk di atas api perlahan. Kacau hingga wangi.
  • Masukkan santan cair dan masak hingga mendidih.
  • Bubuh nanas dan udang galah, kacau.
  • Masukkan garam bersama pati santan, cili padi, cili merah dan kacau hingga mendidih.
  • Angkat dan hidang.

7 ulasan:

LinRosly berkata...

Assalamualaikum Anna Cayang...

Tgh hari ni Kak Lin x masak...bolehlah hantar udang tu sini sikit...

Sedapnya...Lapar perut Kak Lin

Paty's Kitchen - Cook with passion. berkata...

Tumpang makan boleh????

Mas berkata...

anna...aku klu masak lemak..
memang suka..
sedappnya tengokk...

tun_telani berkata...

kesiannye. musim demam ye. agak2 jangkit virus dr mukah ni, semua pakat demam. moga cepat sembuh ye,

Sheila Shafeareen berkata...

salam sdp tu masak lomak udang letak jintan lg le tarasa rempahnya...rasanya kalau ganti sama ayam sdp tak? mcm nak try aje hehehe

quinnie berkata...

adusss gulai lemak.....ada letak jintan ye..boleh cuba nanti...hehehe

laini berkata...

Mmm...mmg sodap lauk nih..tp yg ni buh jintan manis..boleh copy recipe nih..tq..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...