Isnin, 20 Februari 2012

Ayam Ala Bali

Assalamualaikum

Rasa lapar nasik lak kan..heheh..dah ramai sangat yang dah cuba resepi Kak Diana ni, tapi lemau jugak nak buat, asyik2 ayam goreng jela..tapi lepas Kak Yatie tayang & war-warkan, maka terbuka sudah napsu makan ni nak buat....
 

T.kasih buat yang berkongsi, Ana makan lauk dgn nasi putih je, tapi kan, punyala kasar2 bahan hiris tu..ya ampoon..tak perasan masa potong, nak cepat katakan, dah siap baru rasa, siap boleh buat ulam lagi neh..rasa dia macam masak kicap ada, macam masak merah pun ada..ke orang lain masak rasa lain ek? heheh..gasakler..janji sedap..


AYAM ALA BALI
Inspirasi : Kak Yatie, Kak Nor, Mas, Kak Madiha dan ramai lagi kan..

Bahan² :
  • 950 gm ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
  • 1 inci halia - dihiris
  • 1/2 inci lengkuas - dihiris
  • 2 batang serai - dihiris menyerong
  • 2 - 3 helai daun limau purut - dimayang / dicarik²
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Minyak untuk menggoreng
Bahan² Kisar ( Kisar menggunakan food processor/blender )
  • 10 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili kering ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing² )
Bahan² A :
  • 2 tbsp ABC soy sauce
  • 2 tbsp sos tomato Maggi
  • 2 tbsp sos cili Maggi
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Gula merah secukup rasa _ boleh juga menggunakan gula melaka
  • Garam jika perlu
Cara memasak :
  1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak yang banyak.. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu kering.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak ( boleh juga menggunakan kuali dan minyak gorengan ayam tu tadi.. tinggalkan sedikit minyak tu untuk menumis ) dan tumis bahan² kisar hingga terbit aromanya.
  4. Kemudian masukkan halia dan lengkuas.. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan serai serta daun limau purut dan tumis lagi seketika hingga wangi.
  6. Tambahkan bahan² A dan gaul rata.
  7. Setelah mendidih dan sedikit pekat.. bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
  8. Masak seketika dan sesuaikan rasa.
  9. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.
 
Bersama hidangan nasik ni ada bulat2 tu apa? teka jom..heehee..itu kopok lekor yang dibebolakan..sedap sangat..nak resepi ke? Takyah la ek..nak jugak??
.............................................................................................................................................
mmmmmmm.......Ok..ok...


nanti suruh cik abe g tanya kat tokey kedai kopok lekor belakang rumah ni..kalo dia bagi resepi adala, kalo takde pandai2 ler korang beli..kishkishkish..

8 ulasan:

tun_telani berkata...

mula2 nmpk yg mulat2 tu laa.. hehe.. x nmpk dh ayam tu. oo.. kopok rupa2nya..
alaa.. rasa mcm nk mkn kopok laa pulak..

quinnie berkata...

ceh kopok lekor beli rupanya..hehehe...sedapnya lama tak makan kopok lekor..tak rajin le nak buat sendiri..keekeke

Ayu Safieza @ Humaira' berkata...

Anna,
woiiish...cam best ni...kak simpan tau....:) nak tapau sekali buleh???Haiiiz......

Diana @ Melley Mey berkata...

Assalamualaikum anna cayang..
wah dah ke bali dah yer... terima kasih sudi mencuba yer anna... ermm seronoknya bole ari2 makan kopok lekor yer anna... jual belakang umah jer tu... :)

Ezadlieza berkata...

salam anna qawinna... akak tgh punggah sini pulak...lama tak nampak asap kat dapu nih... hehehe

Naz / Nadz COSK berkata...

Anna, kak Naz datang bawak pinggan sendiri ni.. Tak kira nak jugak ayam bali tu..hehehe..
Ana, cantikla deco kek milky marble kat bawah tu. Terutama kat tepi2 tu. Ana letak coklat putih kan..

dZana berkata...

waaaah.. bila berblog ni mcm2 menu ayam ada.. semua sedap2 pulak tu.. akk klau bab2 masa lauk ni mmg lemau selalu.. klau kuih2/kek tu laju jer..

LinRosly berkata...

Assalamualaikum Anna..

Ptg ni Kak Lin berkunjung kerumah Anna...sedapnya Kak Lin tgk Ayam Ala Bali Tu...

Ada Tinggal Utk Kak Lin Tak? Sedap Namapnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...