09 Februari, 2012

Cocktail Fruit Tart@Tart Buahan Koktel

Fuuhh..sibuknyeee..Jom ngetat buah lak, resepi ni kastardnya sedap tau, creamy rasanya & sangat sedap dimakan setelah seharian dalam peti sejuk. Ana buat ni takde meriah sgt tau, tapi untuk jualan ada 2 jenis, buahan koktel, peach & buahan segar..sila pilih ye kalau nak tempah..layannn..

 

 

Resepi Cocktail Fruit Tart

Sumber asal : NisaMPB@myresipi

Cocktail Fruit Tart by AnnaQawina

RESEPI CRUST GUNA YANG BIASA ANDA GUNA, KALAU ANA GUNA RESEPI KAT SINI (sila klik).

 

Bahan-bahan Inti Kastad: 

  • 2 tbsp tepung gandum
  • 2 tbsp tepung kastard atau tepung jagung*Ana guna tpg kastard
  • 8 tbsp gula kastor
  • 2 cwn (500ml) susu segar
  • 2 biji telur
  • 2 tbsp (30 gm) mentega
  • Buah Utk Hiasan: Peach dalam tin, dihiris ikut suka (atau apa2 buah yg berkenan d hati, asalkan jgn buah derian sudah haa)kekekee..

Cara-cara:


  1. Buat doh untuk crust macam biasa. Ketepikan. (blh buat awal2 ni)
  2. Buat inti kastard.
  3. Cara Membuat Inti Kastad: Campurkan tepung gandum, kastard & gula dalam periuk yg kecil.
  4. Campurkan hanya 2 tbsp susu daripada 2 cwn susu tadi & kacau rata.
  5. Masukkan telur sebiji2 & aduk rata lagi.
  6. Lalu masukkan selebih susu segar tadi & kacau lagi hingga larut.
  7. Kacau adunan ini di atas api yg kecil hingga agak kental. *Peringatan* : adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2.
  8. Apabila sudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega tadi & aduk lagi hingga sebati. Ketepikan seketika utk proses pengisian pada tart. 
  9. *Ana sapu choc.ganache/choc.filling dahulu atas crust sebelum paipkan inti kastard. Ini terpulang masing2 la ye nak letak ke tak. 
  10. Ambil sesudu kecil inti kastad & bubuh ke dalam mangkuk tat yg telah sejuk tadi. (boleh mengisi isian kastad ini ke dlm piping beg lalu picitkan satu-persatu pd mangkuk tat) 
  11. Crust yang dah disapu coklat filling
  12. Hiaskan dengan buahan2 koktel @ apa2 aje yg anda suka..
Udah ngak adee..ngehehee..
Jika berminat nak tempah@ harga blh send kat email sebelah tu @ sms ya.. TQ..(*_*)ngantuknyeee..


Selamat Mencuba.

    7 ulasan:

    cik cek berkata...

    Sedapnya...ada coklat...ada kastard...ada buah...wah! bestnya...:)

    Cendana Kasih berkata...

    lawa doh tu....hehehe...aku copy dulu respinyer...nk buat kulit kerang yang maleh bonar tu....hehe

    Kak Sam berkata...

    wow semakin kencang ana sekarang ni. ermmm nak assistant tak?

    quinnie berkata...

    saya anna resepi kak nis ni duk salin je dah bertahun..kakakak...sedapnya...geram tengok..huhuhu

    Yatie berkata...

    uwaaaa mcm2 ada...nak rasa..nak rasa semuanya...terliur je tngk,.

    mala berkata...

    kalau dekat blh tempah .. nk buat malas :-)

    dZana berkata...

    gabungan coklat n kastad... tentu sedap.. huuuu... suke mkn.. nk buat pastry jer yg malas..

    BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

    Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...