05 Disember, 2011

CHEESE TART

Assalamualaikum.

Salam Isnin yang indah..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi ini & semoga terus menerus diberi kesihatan yang baik untuk hari2 mendatang..InsyaAllah.

Hari ni nak kongsikan sikit menu Cheese tart yang menjadi salah satu menu jualan Ana..Alhamdulillah..rezeki tak putus dari-Nya, sikit2 pun jadi la kan..Asalkan rezeki yang datang ni tidak membuatkan kita lalai dari terus mengingatiNya. Minta dihindarkan dari keadaan sebegitu InsyaAllah..


Crust untuk cheese tart ni Ana dah kongsikan sebelum ni, boleh tengok sini ya CRUST/PASTRY(klik) atau nak guna yang ni pun boleh CRUST KAK ITA. Mana2 yang berkenan ya. N3 ni dah lama terperap, gambar2 pun dah lapuk, nak publish hari Sabtu lps tp problem xleh upload gambar lak..maka harini baru ada rezeki keluarkan menu dari draf..hehe

Blueberry Filling

Untuk cheese tart jualan kami ni, ini resepinya, ikutkan dah ada sebelum ni, cuma tak lengkap kan..tapi takpela nak jugak letak, tengah rajin nak mengupdate ni..hehe..

Manggo Filling

RESEPI CHEESE TART
Sumber : Kak Maiza, Kak Azita Zain, Mas, HaSue dan ramai lg ..

CRUST

Bahan-bahan :
  • 250g mentega Buttercup
  • 120g gula ising
  • 2 biji telur gred B
  • 480g tepung gandum (kalau lembik tambah tepung lg)
Cara-cara :
  • Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
  • Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
  • Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
  • Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
  • Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
  • Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
  • *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
  • *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
  • Simpan crust dalam bekas kedap udara. 
  • ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
  • Pastikan acuan tidak basah.

    Strawbery Filling

    CREAM CHEESE FILLING

    Bahan-bahan : (Untuk 50pcs cheese tart)
    • 250gm cream cheese
    • 50gm gula kastor / gula halus
    • 1 biji telur Saiz B
    • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

    Cara-cara :

    1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
    2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
    3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
    4. Tuang cream cheese ke atasnya. 
    5. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
    Kiwi Filling

    TIPS KAK AZITA :
    1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
    2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
    3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
    4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.
    5.  .nk dptkan cis yg licin, kena pukul sampai berkrim...jgn ada ketul2. Then bakar jgn lama2...nti warnanya x cantik.
    6. Pukul krimcis ngan gula kastor dulu sampai adunan tu berkrim...lps tu masukkan telur dan esen...pukul lagi sampai berkrim
    7. SOALAN : Biasa kalau akk bt cheese tart tu, costumer nk ambik tghri Jumaat misalnya kan, akk buat bila cheese dia? Mlm sblm tu@pg jumaat?
    8. JAWAPAN : Biasanya akak akan bakar pagi Jumaat. Jadi cream cheese tu akan sentiasa nampak cantik. Kalau nak buat malam sebelum tu, boleh jugak. Tapi jangan simpan dalam petiais...nanti cream cheesenya jadi kusam...tak cantik dan tak berkilat dah. 
    9. SOALAN : Pastu kan, lps dah bakar kali ke2 tu kn, crust dia akn jd lembut sikit ya? X garing mcm sblm bakar dgn cheese?
    10. JAWAPANLepas kita bakar dgn cream cheese tu, lama2 crust tu akan lembut sikit disebabkan oleh filling dan adunan cream cheese yang basah tu. Itu memang tak boleh nak buat apalah.. 
     *Copy mesej dengan Kak AZITA baru2 ni..untuk rujukan diri & teman2 yg memerlukan..t.kasih banyak2 Kak Ita..moga murah rezeki akak.. 

    Kalau berminat nak buat bolehla blajar buat kan, kalau malas ke takmo buat ke, meh order je..boleh hubungi email kat sebelah tu yer..hehe..

    18 ulasan:

    tun_telani berkata...

    balik kampung ni baru nk menerai.. hihi... ada acuan tat telur kt umah, wat besar2 cepat sket siapkan.. hehe

    Unknown berkata...

    alhamdulillah murah rezeki ko anna. wahh makin cun dan montok tgk ko punya tart ni...apsal kalau aku wat tau jadi montok gini yer..ke sebab tuannya dah montok..hehe

    mawar merah berkata...

    Akk ingatkan..crust akk je lembut sikit lps bakar kali ke 2..normal rupanya yee. anna bakar kali ke 2 buh cam tu je ke..masih guna acuan lg?

    Anna Qawina berkata...

    Tun : aa..mesti try tau..kalo bsr cptla siap.

    Nieza : aku pun terlebih gebu gak ni..hehe..mula2 lps bakor mmg montokle, lps sehari turun sikit, normal dah tu..tp nak dptkn elok gitu kena boh penuhla

    kak MAWAR MERAH : hehe..saya dulu pun was gak, lps kak Ita bgtau baru tahu..hehe..

    kalau buat tuk mkn2 sdri saya just bakar ltk ats loyang gitu je tak perlu guna acuan dah.., kalau tuk jual saya boh dlm paper cups siap2, senang nak handle....

    Mamasya berkata...

    Aslmkum Ana

    byk cheesetart tempahan Ana... cantik2...moga terus murah rezki
    tq Ana kongsi tip...nanti boleh ikut tip Ana...akak belum pernah buat lagi cheese tat..

    intan morsalin berkata...

    adusss...bila la nak mengetat ni...bhn dah ade tp aura lom ade...huhuhuh

    CT Delima berkata...

    As'salam Ana

    K.ct peminat tegar cheese tart ni. tapi nak buatnya sampai ni tak buat2 gak. bukannya malas tapi acuan tart kecik2 tu tak tahu mana hilang nya. malas nak beli sebab bila jumpa nanti kompom banyak pulak nanti..hihihi. alasan lah tu kan...hahaha

    Kak Am berkata...

    wah.., cntiknya lorekan atas cistat tu, kira dah famous betullah ni ya..!

    ZalinZalina berkata...

    Kak ina teringat dulu masa sebelum Anna buat bisnes ni, kak ina suruh Anna buat jual coz kak ina tengok hasil keje Anna memang cantik dan rugi kalau tak ambik peluang buat bisnes...tahniah ye Anna...mudah2an dimurahkan rezeki dan dapat banyak oder...kot la kak ina leh mengoder kek karamel yang menggoda tu..he he..

    JaSSNaNi berkata...

    assalamualaikum anna,, sedapnya... :) nani ni memang suka sangat makan cheese tart ni.. kalau gi kedai bakery, mesti beli kurang2 3 bijik utk nani sorang.. :) ehehe.. nak wat, tapi rasa cam tak pandai lagi.. :( pernah try wat egg tart je.. itu pun 70% je rupa egg tart tu.. hihih..

    Zalieda Zaliedana berkata...

    Kak Ana,moga makin bertambah murah rezeki akak ya dengan perkongsian yg iklas dari akak ni..Kalo setengah org yg wat bisnes,resepi2 n tips mmg ssh nak bgi kan,Alhamdulillah ramai bloger2 yg xkedekut ilmu nih..Cantik n montok sungguh cistart akak.
    Sy dulu igkan yg sy wat ajer pas 2ari jadi xrangup n turun cisnya..Yg akak wat kan cis tuh pas 2 ari turun smpai nmpk berlekuk x kak,maksud sy cam dah nak nmpk filling lak,walaupon letak mmg penuh n montok.

    maz berkata...

    kmaz tbik la ana rjin buat tart..kmaz buat skit tu pun dh xthn ibu jarii nii..huhuu...smga ana terus dimurakan rzki..

    Yat Maria berkata...

    Alhamdulillah Anna...rezeki! Akak tgk pun berkenan ngan chese tart tu..cantek!

    quinnie berkata...

    wah bagus la anna...terima kasih sudi kongsi kat sini....tak tau thn bila kita nak buat tart ni...hahahha

    Suara Kalbu berkata...

    Huk alohhhhh comel comel tart dia.

    Ainul berkata...

    Salam.. Kak, kenapa sy pnya crust bl bakar jd kecut ek? Dh 2 3 kali bt jd bnda yg sama la...

    Unknown berkata...

    Assalamualaikum Anna

    Kak Lin Rasa Mcm Nak Cuba Buat Cheese Tart Ni Tapi Takut Tak Menjadi Sebab Tak Pernah Buat...

    Nadz Nazharzan berkata...

    Assallamualaikum Anna..
    Alhamdulillah , rezeki makin bertambah ye Ana.. Syiffa tolong buat ke??
    Aahh la.. Akak cam malas nk buat.. Akak tepon ek nak oder.. Hehehe...

    BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

    Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...