21 Julai, 2011

MARBLE CHEESE BROWNIES

Edisi tertunggak..hehe..tah bila buat ni, kurang gemar sikit nak makan kek sekarang ni tapi sebab nak try, buat jela..bkn sikit, 1 adunan tu..punyala tamak..syukur anak-anak suka lak makan, diulang2 makan kek ni bila balik sekolah..takle membazir kan..ni pun ada lagi sikit dalam peti ais, mintak2 sebelum hujung minggu ni habislah, boleh cuba benda lain lak..hihi..

Tapi kejadian kek ni takle cun sangat, yang pasti adunan cheese tu anak-anak suka, siap nak ambik lapisan cheese saje pun ya..masa tuang adunan coklat, Ana lupa nak simpan sikit untuk marble atas adunan cheese kemudian nanti, bila dah bakar baru teringat, nak tak nak tabur choc.chips je nak bagi meriah sikit, sedap jugak, rasa choc.chips tu bila gigit kek..

 Belum sejuk betul dah potong..hehe..nampak macam kasut tumit tinggi ek?

MARBLE CHEESE BROWNIES
resepi: kak meen (c& p fr fp akk rinn)

Sumber : shimafp 
Marble Cheese Brownies by AnnaQawina


Bahan-bahan Brownies :

  • 250g butter
  • 1 cwn serbuk koko
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cwn gula castor (i buh 1 1/4 cwn sahaja)
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bikarbonate
  • 1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati. 


3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.

5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies. *Ana alas dgn alum.foil je macam ni :
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti. 
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah. (i bakar sampai permukaan atas brownis 'firm' anggaran 3/4 masak lebih drp 20min)

Bahan-bahan lapisan cheese:
  • 250g cream cheese
  • 1 cwn gula castor (i bubuh 3/4 cwn shaja)
  • 1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.



*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong. 

SELAMAT MENCUBA..

14 ulasan:

ady berkata...

as-salam
wahh mabeles... one of my favourite..

Fatin Farhana Binti Ramli berkata...

wow..nampak menyelerekan la..

Kak Sam berkata...

Bestnya. Mula jatuh cinta dengan cheese cake semenjak hari itu. hehehe

Kak Sam berkata...

Lupa pulak. Nanti mai ambik award yea.

Anna Qawina berkata...

salam ady : suka ya..blh buatla..hehe..

Fatin : nak bagi kang tak sempat sampai kot..heheh

Cheq Sue berkata...

phewwww.... cam syedap aje... cis ada dah dua tongkol...kena cuba nih

izahdaut berkata...

fuhhhh..best giless ni.. aku nk ngabiskn cheese jugak ni. rasa cm nk wat brownies velvet ..haii ntah lee mna satu nk try ni.

Badariah berkata...

as'slm anna..
wow!!cantik MCB ini..lagi2 tang yg ada potong berbentuk kasut tumit tinggi...so sweet...ada masa nak try,mcm mudah je..:)

tun_telani berkata...

waahhh.. lama x makan ciskek.... hihi.. mmg mcm kasut tumit tinggi laa..

Masya berkata...

baru cadang nak buat hihihihi.... mmg teringin sgt² resepi pun mudah....

Anna Qawina berkata...

Kak Sam : sejak hari apa tu kak? hehe..ok nanti saya p angkut..hehe

cheq sue : amboi..peww peww lagi..hehe..cpt habiskan cheese tuh..

Izah : tule kan..bnyk benar list yg tggu..tak tahu dah nak try yg mana..hehe

Anna Qawina berkata...

kak Badariah : lama tk nampak akak..hehe..kira gaya org moden ni pakai kasut tumit tinggi kan..hihi

Tun Telani : nak try pakai kasut tak? hehe

Masya : hehe..harus buat tu, buat separuh pun blh gak..cuba dulu..

EmbunRosaliza berkata...

Assalam anna, mmg mabeles ni, kalo cis mmg anak2 suka bangat

Nuwairani berkata...

wah! sedapnya...baru hari tu buat kek yg letak cis ni..,kene tunggu lagi sebulan kot baru boleh buat kek yg letak cis lagi..hihih

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...