26 Julai, 2011

BEST CHOC. MOIST CAKE

Assalamualaikum w.b.t

Bertemu lagi..:D..harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat hendaknya..Semoga kita semua diberi kekuatan & kesihatan yang baik untuk menempuh Ramadhan yang akan menjelma tak lama lagi ni..Doakan Ana juga agar dapat menempuh saat2 bersalin dengan mudah & selamat, InsyaAllah.

Kali ni nak tempek aktiviti melenguhkan badan je. Buat tempahan konon2nya..bukan untuk jual pun, buat 2 biji kek ni, 1 biji bawa ke tempat kenduri kahwin & dijadikan sebagai salah 1 hantaran, 1 biji lagi makan sendiri..hehe..deco pon main hentam keromo jer..sebelum ni pernah buat untuk kek hari lahir anak buah, senang & ringkas bahan-bahan kek ni, hasilnya besar gak..1 adunan tanpa topping ganache & buttercream tu dah +/-1.5kg..dah siap bermake-up adala dlm 2.2 kg..sedap kek ni, sesuai sangat kalau untuk majlis hari jadi & hantaran..


Nak resepi untuk cuba..leh tengok yer..Dalam kek ni Ana potong 2 & lapiskan dengan coklat Ganache, kemudian sapu buttercream keseluruhan kek & tuang lagi coklat ganache..Yang sebelum ni buat ada kat SINI

BEST CHOC. MOIST CAKE
Sumber :By courtesy of Allrecipe.com & Kak Wattie


Bahan-bahan :(loyang 9 inci)

  • 1 cwn. marjerin/mentega
  • 1 3/4 cwn. gula castor
  • 3 biji telur
  • 2 1/2 cwn. tepung gandum
  • 6 sdb. serbuk koko
  • 1 1/2 sdt. baking soda
  • 1 1/2 cwn. susu segar
  • 1 1/2 sdt. esen vanila
  • 1 sdt. garam

Cara-cara :
1. Panaskan oven kepada suhu 175'C
2. Gris & alas loyang 9x13" *Ana gris & tabur dgn tepung.
3. Ayak tepung, baking soda, serbuk koko & garam.
4. Pukul mentega & gula hingga kembang & gebu.
5. Masukkan telur 1 per 1, diikuti dengan esen vanila.
6. Masukkan tepung bersama bahan ayak tadi berselang seli dengan susu segar, kacau biar sebati je, jangan lama sangat.
7. Tuang ke dalam loyang & bakar lebih kurang 40-45 minit @ hingga masak. Sejukkan sebelum dihias.



Buttercream 
(Kak Nor)
~ utk melepa/sapuan atas/keliling kek
  • 250gm butter
  • 75gm shortening
  • 125gm gula icing
  • 1 sudu kecil vanila
*Ayak gula icing 2 - 3 kali. Asingkan yg kasar jika ada.
*Pukul butter dan shortening hingga kembang dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit.
*Pukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
*Masukkan vanila dan pukul lg hingga sebati.
*Boleh la digunakan utk mendeco.

*Kalau utk membentuk roses/swirl dll
gula boleh ditambah hingga sukatan menjadi 200gm atau lebih
lebih banyak gula digunakan lebih kental BC yg dihasilkan.

GANACHE 
  • 2 cwn non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate*sagat halus
  • 1/8 cwn golden syrup
Dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream. 
Bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati. Tambahkan golden syrup. ketepikan & bolehlah diguna


**Tip2 dlm membuat Buttercream:
1. gula icing hendaklah diayak 2 - 3 kali utk mendapatkan gula yg betul2 halus supaya tekstur BC kita halus dan cantik
2. kaedah memukul/beat BC - jgn guna kelajuan tinggi, biarlah dlm kelajuan sederhana supaya BC kita kembang dgn elok dan sekata
3. utk mendapatkan BC yg lebih kental, tambahkan sukatan gula dlm adunan.
4. penggunaan shortening dlm adunan membuatkan BC kita lebih putih dr menggunakan butter secara keseluruhannya.
5. Suhu persekitaran boleh memberi kesan gak pd BC kita. Kalau cuaca panas sgt boleh menyebabkan BC kita mudah menjadi cair.

10 ulasan:

ady berkata...

as-salam
cantiknya cake ..so gojesss!!!

Mas berkata...

wahhhh...cantikk la anna kek tu..
aku juga tak sampai2 seru nak mendeko....he..he..

anymz berkata...

meh sini nak rasa.dah potong belum tu?

Sheery Dream Cakes berkata...

Assalamualaikum anna...
Insyaallah semuanya akan selamat dan d permudahkan Allah... Amin..

wah anna... cantiknya kek tu.. rajin sungguh anna mendeco.. cantik plak tu... geram tgk

Liza berkata...

Salam kenal anna...cantik Anna deko kek tu...kalau Liza, hampehhh

Trying To Be Muslim.. berkata...

Assalamualaikumwbh Anna....owh dear..so nice cake....selamat menyambut ramdhan yer...:)

Anna Qawina berkata...

Ady : salam jugak..takdela lwa mana pon..huhu..tu pun dah kira blh bernafas..hihi

Mas : takde Mas..deco keras kaki tangan kejung..ngeehhehe

Kak Anim : org yg dapat tu sah2 dah potong kan kak..kekeke

Anna Qawina berkata...

Diana : Waalaikummussalam..t.kasih ye..InsyaAllah..:)..ish..tak cantik..malu aaa..kihkih..

Liza : salam kenal jugak..ni pon dah separuh hari dok tilik benda tu je, bkn pandai mana pon..hehe

Ayu Safieza : salam ramadhan juga..hiii

Mamasya berkata...

Anna..kalau kek coklat kat rumah paling laju..tambah2 letak topping cho meleleh gitu...yummyy

Wattie berkata...

Salam Anna,
Tkasih sudi cuba kek tu. Fuhhh....mantop kejadiannya, kalau kat rumah akak, gerenti berebut ni....

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...