Selasa, 26 Julai 2011

Mini Muffin Yogurt Bercoklat

Bekal Adam & Akmal harini, lebih2 tu dapatle kunyah2 sikit..sikit je dapat rasa sebab Hannah dah pulun 5 biji yang saiz mini tu lepas angkat dari oven..tu pun siap mintak lagi, cepat2 sorok..hehe..Resepi ni ambik kat dapur Kak Anymz..hasil godekan mek Izah Daut si Tokey Muffin..dah ramai yang cuba yer..sedap & lembut, dalamnya letak inti coklat ganache lebihan buat kek haritu..siap meleleh keluar lagi intinya..


Saiz kecik2 ni saje letak dalam bekas acuan cheese tart *bilala nak try buat cheese tart nih*, ala-ala bentuk bahulu lak jadinya, dapat banyakla, yang cup muffin dapat 4 biji je..NOW..dah habis lepas Damia balik tadika tadi terus bagi dia makan..suka sangat kan bebudak ada unsur2 coklat dalamnya..


Meh tengok resepi mudah ni, saja nak habiskan stok barang2 dapo yang tak boleh nak telan time berpantang nanti..minta copy dari dapo kak Anymz ye kak..t.kasih..:))

MUFFIN YOGURT

Bahan-bahan : (menghasilkan 10 biji muffin)
  • 120 gm tepung
  • 70 gm gula kastor
  • 1 tsp baking soda
  • 1/4 tsp garam
  • 150 gm plain yoghurt @ yogurt berperisa
  • 1 biji telur
  • 50 gm minyak sayuran 
  • 1 tsp vanilla essence

Filling pilihan mengikut selera masing2:
coklat chip, kismis, oreo, filling coklat, blueberry, strawberry

Caranya:
1. Panaskan oven ke 180C

2. Campurkan sebati semua bahan kering dalam mangkuk besar. Ketepikan.

3. Sebatikan pula semua bahan basah kecuali filling.

4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan-lahan. Masukkan coklat chip atau pilihan masing2. Kacau perlahan sekadar bahan bersatu. Jangan overbeat nanti muffin keras.

5. Ceduk ke dalam muffin cup 1/2 ke 3/4 penuh. Bakar selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.
 Nota: Jika mahu intikan muffin dengan filling kesukaan, cedukkan setengah adunan, masukkan filling dan tutup semula dengan adunan muffin 3/4 penuh cup. Muffin jenis ni , masa menggaulkan bahan2 tu pun, adunan dah menggebu sebab yogurt ngan soda tu bersatu. Jadi jangan terlebih gaul untuk mengekalkan kelembutan dan kegebuan muffin.

SELAMAT MENCUBA..^_^

5 ulasan:

Mas berkata...

anna...nak gak mapin tu...
bestnya tengok leleh2 tu...

Diana @ Melley Mey berkata...

Assalamualaikum anna...
comelnya muffin tu anna... gebu gitu lg... muffin nie senang d buat n sedap plak tu d makan kan anna... mmg best!!

nuwairani ismail berkata...

coklat yang melimpah ruah! sedapnya! ini bukan setakat anak2 suke, mak anak, makcik anak, nenek anak pon suke makan!

Ayu Safieza @ Humaira' berkata...

woisssssh anna......ni mak budak pun suke......:)

Cendana Kasih berkata...

suka anak2 ko makan mapin yer..anak2 aku ni banyak songeh, bila aku dh lama tak buat, mula ler kebulur,, tp bila dh buat, tak heran plak nk makan...errr,,,aku amik 2 bijik yer..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...