08 Julai, 2011

Angel Hair Goreng Pedas Berempah

Assalamualaikum..
Lewat masuk dapur maya, tapi kat dapur realiti dah berkecah pun..hehe..kesibukan menguruskan anak-anak & macam2 benda dalam rumah, sambil2 rehatkan diri, komputer pun tak ON, bimbang pulak terlepas entry2 kawan2 yang harus dilihat..kepada yang sudi menyinggah jutaan terima kasih diucapkan walau tuan rumah dah agak suam2 kuku nak meng'online'kan diri. Nak duduk lama-lama tak selesa, jadi kepada yang berkunjung amat2lah dihargai. 

Salam Jumaat yang penuh berkat, harini masak biasa2 je, cerita2 pun biasa je, takde yang luar biasanya..hihi, cuma nak kongsikan perihal makan malam semalam je, tetiba teringin nak makan selain nasi, dah hari2 telan nasi, sesekali tukar menu seronok gak kan, nak masak pun simple je. Angel hair ni dah dkt 2 minggu beli, teringin jugak bila tengok Kak Nor, Mas, Zalienda asyik kata sedap je...kita pun nak gak cuba..tapi tersilap pulak, kita rasa nak makan, tapi terlupa ada budak2 kecik yang nak makan juga, terpedas lah al-kisahnya ni..kesian anak-anak yang makan, sambil bersulam air..hehe..

Angel hair Goreng Pedas Berempah

Bahan:
                                   Cajun (imej dari google)
  • 200 gm angel hair
  • 150gm daging kisar
  • 3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
  • 1 labu bawang besar *
  • 1 biji tomato (besar) * (*dipotong dadu)
  • 1/3 biji capsicum merah *
  • 1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong panjang)
  • 1/2 batang lobak merah ~ disagat kasar
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk cili kasar ~ kurangkan jika tak nak pedas sgt 
  • 1/2 sudu besar cajun
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 1/2 cawan air rebusan makaroni
  • 1 biji telur ~ dipukul sedikit
  • garam
  • sedikit gula
  • daun sup ~ dihiris
  • minyak
Angel Hair (imej dari google)
 Cara:
  • Rebus angel hair sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 1/2 cawan air rebusan)
  • Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan daging kisar dan masak hingga bertukar warna putih.
  • Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
  • Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
  • Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
  • Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
  • Masukkan angel hair dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan masakan yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka pasta yg kering)
  • Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
  • Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.

15 ulasan:

K.Nor berkata...

kan nama resipi tu ada pedas kat belakang.. dgn adanya lada hitam, cajun lg.. dgn sos cili lg.. mesti la pedas.. sian budak2 tu :)

tun_telani berkata...

wahh... pose2 ni telan air liur je laa nengok ni.. hehe.. rasa mcm nk mkn ni, tp terasa mcm nk wat ayam goreng bercajun tu jugak.. hihi

EmbunRosaliza berkata...

assalam anna, oh gitu rupanya cajun tu, mmg terkenal, akk je yg tak kenal heheh..

angel hair sepiring, sedap tu,

Mas berkata...

dah 2 minggu kau beli mek...
nasib baik terseru gak memasaknya..he..he..
sedappkan angel hair ni ...
aku suka....

ijayuji berkata...

Salam kak anna!!!!!!! maceh letak gmbr tuuuu, memula kita ingatkan sajer2 letak nama angel hair rupanyer mmg nama angel hair! wakakakaka... tp mcm tak jump lagi supa yg dekat2 sini nanti nak carik supa yg jauh sikit :D Alasan nak kuar** ahahaha...

Love2cook Malaysia berkata...

Wahhh besnya angel hair goreng pedas2!!! Nakkk :)

Anna Qawina berkata...

kak nor..mana den tau benda tuh mmg podeh..hahaha

Tun : buat 1 [er 1 yer..kalo bnyk2 wat takde yg nak mkn bg akk je..hehe

kak rosaliza : hehe..kita pon baru je berkenal2lan ngan cajun nih..hikhik

Anna Qawina berkata...

Mas : tu ler..takut dimakan bubuk baru nak keluarkan menu tak ke haru kan..hehe

Ika : loorrr..tak tahu rupanya? akak pun terjumpa je ritu kat hyper market, teringat resepi ni tu yg rembat..hihi..kira sama la kita kan..

Anna Qawina berkata...

LOVE : pedas org dewasa ok ler..anak2 i dok ssshhh...sambil minum i..hhaa..sian

Deliah's Deli berkata...

sedap...angel hair mkn x kenyang,jd kena hntar sekuali klu mcm ni! :))))

LiNa_Pg berkata...

oo..camtu rupa paras menda alah cajun tu..nama yg cukup femes kat dapur blogger, saya jer yg tak kenal eheh sama cam kak rosa hehehe.TQ ya share kat sini..

Unknown berkata...

tu dia virus cajun dah merebak ke sini...mcm-mcm menu cajun ada...roti cajun ada tak anna?....hehe

Nuwairani berkata...

assalamualaikum kak anna...wah....1st time tengok rupe cajun...macam tu rupenya...punye la glemer di kalangan blogger skrg...sy je yg blur2 taktau...

Azian berkata...

Assallamumualaikum,

Nampak menyelerakan masakan ni . Nak tanya cajun tu apa? bagaimana rasanya?

Amie berkata...

sesekali tukar menu selain nasi memang sedap! tapi tak boleh berterusan.... nasi juga yang dicari....

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...