28 Jun, 2011

KUIH LAPIS TRADISI

Assalamualaikum & Selamat Bertemu Kembali.

Harap kawan2 semua sihat walafiat & diRahmati Allah hendaknya walau dimana berada..Terima kasih yang tak terhingga kepada yg masih sudi meluangkan masa menjengah kita ni, walau dah makin suam-suam kuku nak update blog, kebelakangan ni dah makin kurang aktiviti masak-memasak & cerita yang nak dikongsikan pula takde yang menarik..hehe..kadang2 makanan seharian pun ada yang main tunjuk je..apa nak buat, ada masa badan rasa tak larat, ada masa semangat terlebih pun ya..InsyaAllah, Allah permudahkan setiap yang dilalui..Amin.


Ok..berbalik kepada situasi hari ini, hehe..dah sarapan? Kami sarapan dengan kuih lapis yang sedap ni, Ana buat malam tadi, seronok rasanya bila anak-anak suka makan & siap berbekal ke sekolah. Biasanya budak2 suka tarik selapis demi selapis kuih ni bila nak makan..agaknya ada 'feel' kot menikmati saat2 'tarik' lembaran kuih tu..hehe..Resepi dari Kak Raihan..Ana mintak halal simpan kat sini untuk rujukan lain kali..sape2 yang nak cuba silakan.


KUIH LAPIS TRADISI

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat(kotak) dengan 1 cawan air)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
  • 1/4 sudu teh garam
  • sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya:

  • Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
  • Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
  • Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah. *Ana ikut gak
  • Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis seperti kat gambar tu..(tgk blog Kak Raihan) budak-budak paling suka bab ni..

**tips galakan

-boleh juga ditambah 1 sudu teh tepung sagu pada lapisan akhir bagi mengilatkan permukaan kuih lapis
- kuih lapis ni jika dipotong ketika panas akan menyebabkan lapisan kuih tertanggal.. jadi sabar ye.. tunggu sejuk sikit, baru potong.

12 ulasan:

ijayuji berkata...

Salam kak anna!! wahhhh! WAHHHH! kita mmg antu kuih lapis kak :D sedapnyer! nak cuba buat jugaklah! suke betul kuih2 org tua gini :D kita salin resepi ya kak kalau rajin nak melapis akn melapis :D arini mcm bz jerrr lah pulak, tp akak ni kan mmg rajin ;-)

tun_telani berkata...

morning!!!! eh.. assalamualaikum kak anna..

cantiknyer lapisan kuih lapis kak anna. tun tgh mencopy resepi nii.. tunggu rajin nk wat nih.. dh lama x makan.

izahdaut berkata...

annaaaa... hai mana ekor nya mana kepalanya cerita cinta kita.. e napa masuk blog ko ni aku rasa nak berdangdut neh.. akakkakaa..

nak tumpang mulut sarap kat sini na.. aku tak ngandung ni..tapi tak larat jugak ni.. ngapa ek.. kikiki.. saje kacang mak yung..angan areee

EmbunRosaliza berkata...

Assalam anna..jaga kesihatan ya...anak2 mmg suka mkn selapis demi lapis, sama ngan anak2 akk gak heheh. sedap nampak kuih lapis tu, kalo beli selalunya keras kekong kan anna

LiNa_Pg berkata...

cantik dan kemas kuih lapis anna ni.saya bab kuih lapis blom pas lagi..byk kali wat tp hasil tak memuaskan.ada lagi ke tu?meh tuko ngan kuih bako keledek

Mas berkata...

anna...yerk la..
dah makin sarat tu...
tak yah la ligat2 sangat...
moga semuanya dipermudahkan..insyaAllah...

kuih lapis tu...
aku suka makan...
tapi nk membuatnya...
macam malas jerk..kikikiki

Ayu berkata...

Assalam anna,
kuih lapis nampak sungguh sedap..
warnanya pun cantik..masuk listlah..

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam ANA..br balik dr umah Izah,dia pon melapis gak!kenyang dr sana la nie...tumpang mkn lapis kat sini lak..hihi

Trying To Be Muslim.. berkata...

Assalamualaikumwbh Anna...

how is life? Busy noh ayu ni..baru boleh mnapak sini, tup2 dpt nengok peberet kami.....:) nice kaler dear...:)

anymz berkata...

akak belum pernah try lagi kuih lapis ni ana..fobia.takot tak jadi lapisnya.
biar akak buat puding kat bawah tu dulu lah ya..hehe

CT Delima berkata...

As'salam Anna

Alhamdulillah..sedapnya kalau dapat nikmati kuih lapis ni. kak ct ni walau dah hampir 'berusia' lah senang kata masih suka makan kuih lapis dikopek (org Johor kata) satu2 masuk dalam mulut. kak ct memang selau guna resipi dari Rnnchan jer. kuih lama2 ni memang sedap kan anna.

kemas jer setiap lapisan kuih anna ni, cantik dan kaler pun terang :D

Ummi berkata...

Anna sedapnya ..satu lapis demi satu lapis wahhh.ummi..macam nak buat sekarang juga ..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...