11 Jun, 2011

KEK MARBLE

Assalamualaikum

Harini ramai yang ambil kesempatan keluar merayau2 ke kedai2 bakery/ pusat beli belah? hehe..mana2 yang keluar tu hati-hati ye..semoga selamat perjalanan membeli belah & cuti2 anda..*ayat jeles?* takle..dah lewat ni, banyak benda kena setel..nanti tuan tanah akan ziarah kawan2 yang dtg bertandang yer..sesiapa yang singgah sila tinggal jejak tau..

 

Kejadian kek marble ni sudah beberapa hari berlalu..konon-kononnya buat untuk sedia kalau-kalau ada teman2/saudara yang nak berkunjung di hari minggu..rupanya kami yang keluar tutup pintu rumah..hehe..jadinya kek ini dijamu sendiri kami sekeluarga jela yer..Hajat hati nak buat Kek Marble Susu yang sedap & dah beberapa kali buat tu, tapi ada bahan yang tak cukup, jadi cari resepi lain yang bersesuaian dengan bahan-bahan yang ada.

Resepi ni kali ke 2 buat, pertama kali cuba untuk kirimkan kat emak kat kampung haritu, siap2 je terus masuk bekas & ayah bawa balik, tak sempat nak cuit rasa..tapi adik kat kampung cakap sedap, tu yang cuba buat sekali lagi tu..rasa kek agak memuaskan, sedap le bagi penggemar kek marble/butter cake tu..tak salah nak mencuba kan, lagi 1, kalau untuk kenduri @ keramaian amatle sesuai kek ni tau, kira dapat makan ramai2 & hasilnya agak besar..kita kongsikan untuk sesiapa yang berminat untuk mencuba..

 

KEK MARBLE

Sumber : Nurfatim@myresipi

Kek marble by AnnaQawina

 

Bahan-bahan ( 1 adunan /loyang 9'@separuh adunan / loyang 7')

  • 300 g butter
  • 300g gula caster
  • 320g tepung gandum
  • 5 biji telur (grade B)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan susu segar*Guna susu cair

 Cara-cara


  1. Beat butter ngan gula sampai kembang.
  2. masukkan telur 1, per 1.
  3. Masukkan tepung yang diayak ngan baking powder berselang seli ngan susu. Kalau nak marblekan dia, bahagi lah berapa warna nak, pastu marblekan je lah dengan mengunakan lidi..
  4. Bakar suhu 160C untuk 1 jam. 

**Untuk dapatkan corak belang macamtu, Adunan dibahagi 2, satu coklat & satu lg dibiarkan kosong
**Sendukkan adunan kosong guna 1 senduk nasi/kuah, sendukkan pula 1 senduk adunan coklat atasnya.
**Teruskan guna senduk sehingga habis separuh adunan 
**Separuh adunan seterusnya, sila gunakan 1 sudu besar setiap lapisan sehingga habis, lambat sikitla habis tapi hasil marblenya agak cantik kan..*Ye ke cantik?* hehe

SEKIAN, SELAMAT MENCUBA..

    6 ulasan:

    Sheila Shafeareen berkata...

    Salam anna
    cantik lapisannya halus dan gebus
    biasa tu bila kita buat lebih kot2 ada tetamu dtg..kita yg dulu kuar bejalan2... last2 kita yg habiskan sendiri heheheh...

    izahdaut berkata...

    wooo bnyk tu dapat tu...
    aku tak nakmarble ni, aku nk yg kastatrd tu.. apa? apa?

    tun_telani berkata...

    tun xkuar gi mana2 pung nii... siap2 kemaskn beg n basuh baju je arini..
    cantik2~ ^^ dh puji sila masukkan separuh dlm bekas kasi kt tun ye..
    ps: xcukup duit nk beli ole2 dr bangkok kt semua orang.. haha..

    ijayuji berkata...

    Salam kak anna!!! baru balik dr jepun singgah sini dpt pulak mkn kek belang2 gini, aiii likeeeeeee!!! sedap ni kak kita suke kek2 mcm nii :D ambik 2 potong ya :D kita tak jalan2 pun kak abiskan masa kat sekolah pastu makan pastu beli kipas angin kikiki... pastu balik jap lagi nak terbongkang jap :D

    Mas berkata...

    anna..rajinnya mengekek..
    meh kat aku sepotong...

    mamawana berkata...

    sedapnyerrrrr


    my other blog... jom

    http://lautkasih.blogspot.com/2011/06/antara-osama-salleh-dan-kereta.html

    mamawana @ ajwa

    BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

    Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...