10 Jun, 2011

KEK BATIK COKLAT

Assalamualaikum w.b.t

Salam muhibbah & salam mesra buat teman2 & saudara saudari yang berkunjung ke teratak usang hamba nih..udah2 le dijamu dengan cucur udang geragau tu yer..kita tukar menu lak, kang kesian lak ada yang dok garu2 muka & badan je tiap kali masuk sini, kot2 ada yang alahan makan udang ke..hihi..meh kita jamu mata dengan gambar yang tak seberapa tapi kesedapan hasil dalam gambar ni cukup luar biasa tau. Sedap kunyah kek..ke kuih? takpun sekut? aa...kek la kan, dah namanya kek batik tu..anak-anak Ana minta buatkan lagi, oh..demi anak-anakku tersayang..akan Ummi rajinkan tangan ni godek sekali lagi..*ada gak alasan ummi diaorang nak makan kan..kan..* Angguk HaSue..hehe..


Terima kasih buat Hasuriah anak pak Tahir..rasa nak bagi hadiah je kat ko Sue..anak Pak Tahir sorang ni kan teramatle rajinnya membuat tutoriol pasal benda2 yang berkaitan & tak berkaitan dgn masakan..ada masalah je, cari dia, sah2 dia buat n3 khas kat blog birunya tuh..tabik toing-toing kat dia yer..


Sesiapa yang nak tengok hasil mengagumkan anak mata & tekak, sila ke blognya..& sediakan sekali tisu2 untuk lap air liur..hehe..ok Sue..macih sebab tak jemu mencuba & meng'kongsi'kan dengan kawan2 alam maya ni..Ok..jom tengok resepi yer..

Kek Batik Coklat
By: HaSue
Kek Batik Coklat by AnnaQawina


Bahan-bahan (Loyang 7 inc)

  • 200 gm milo *Ana guna serbuk minuman coklat
  • 250 gm marjerin
  • 2-3 sudu besar serbuk koko
  • 1 tin kecil susu pekat manis @2/3 tin sederhana krimer pekat manis *Ana guna 1/2 tin sederhana besar
  • Biskut meri secukupnya (JANGAN PATAHKAN)

 

Cara-cara
  1. Sediakan loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
  2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  3. Setelah cair masukkan susu,kacau menggunakan handwhisk..masukkan milo dan koko sedikit demi sedikit dan kacau lagi sehingga sebati
  4. Gaul atau kacau lagi tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
  5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan..kalau ada ruang2 kosong tak terisi dgn biskut tum patahkan sedikit & letak je biskut tu bagi penuhkan ruang.
  6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
  8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
 
Nota : 
**lainkali buat guna 1/4 tin  sederhana besar susu je, bagi yang tak suka manis2 sangat, kalau suka manis, boleh ikut resepi asal yer..
**Untuk biskut, dapatkan biskut jenis saiz kecil agar susunan ke nampak lebih cantik..yang Ana guna ni saiznya agak besar & tebal..

    7 ulasan:

    Cendana Kasih berkata...

    ooo...tak guna telur yer Ana..waaa...boleh cuba ni.. sekut meri pun ada lagi tu.. aku suka gak menatang ni..hehehe...

    sweethemohemo berkata...

    wahh nampak menyelerakan.. lik uma nnt nk wt la.. ;)

    Anna Qawina berkata...

    Cendana Kasih @ Noorma : a'ah..takde telur, tu yg aku suka tu...menatang ke ni? hikhik...aku pun suka..terpejam2 bijik mata makan nih...

    sweethomohemo : pjg bebenor nama dia...hehe..buatle..snng kan..sedap takyah citerla..

    Lieya berkata...

    Jalan2 terjah resepi, amboiii rajinnye menyusun biskut merie sesatu, kalau sy xde manenye nak wat camni. Dah gaul2 rate pastu tepek dlm plastik.. ehehehe

    Wanieyra berkata...

    Salam Anna...

    Dah lama tak buat, kat rumah pun ada datu paket biskut marie, tak de siapa nak makan......boleh buat ni

    izahdaut berkata...

    ana..tak suke tengok kek ko neh. bagi aku 6 ketul baru aku suke.. kiki..

    pasal follower tu memang pun.ada org nak sabotaj kot. follower ko pun aku tak anmpak. aku punya pun tak nampak. hari tu pernh gak jadi gitu

    ijayuji berkata...

    Salam kak anna!!! sedapnyerrrrrr!!!!!!!! lama tak buat! makan sejuk2 sedap! jgn lokek2 tau! kita tahu ada lg dlm sebok kan kan kan :D

    BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

    Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...