07 Jun, 2011

Ikan Patin Masak Tempoyak II

Assalamualaikum
Alhamdulillah...bertemu kembali di alam maya, hari ni badan rasa lesu je..kandungan juga dah menjangkau minggu ke 30++..asyik rasa nak rehat je..hehe..bukan malas tau, kerja rumah buat jugak mana yang terdaya, masak-masak tetap perlu buat, kalau tak anak-anak & suami nak makan kena beli, sesekali takpela, layan jugak tekak, tapi kalau selalu sangat tak selera dah, poket pun boleh rabak kan..maklumle, nasi ayam sebungkus dah RM4.50, kalau 4/5 orang makan? haa..kira sendiri..kalau betul2 kena tempat yang sedap berbaloi ler, kalau tak..huhu..rasa menyesal pun ada kan..kat rumah kita masak2 yang biasa2 je pun dah memadai, janji ada nasi, lauk, sayur & sambal..ikan masin tu wajib..hehe..


Ok, meh layan menu beberap hari lepas ni, ikan patin lagi, biasa buat guna resepi Mas, kali ni cuba resepi Kak Madiha pulak, resepinya tak letak bawang. Suami Ana cakap sedap macam biasala, sebab dia suka ikan patin kan, layan jela...


IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
Sumber : Kak madiha

Bahan2 :
  • 1 ekor ikan patin ~ potong & bersihkan
  • 1 sudu besar asam jawa
  • 20 ~ 30 biji cili padi (bergantung kepedasan yg anda mahu)
  • 1 buku kunyit hidup (lebih kurang 2 inci)
  • 3 sudu besar penuh tempoyak
  • 1 helai daun kunyit atau daun kesum (mana2 pun boleh)
  • 1 kuntum bunga kantan..
  • air secukupnya
  • garam secukupnya

Cara menyediakan :

  • Ikan patin dibersihkan & digaul dengan sesudu besar asam jawa yang diramas bersama sedikit air. Biarkan seketika sebelum dibilas bersih. 
  • Tumbuk cili padi, kunyit hidup hingga lumat.. masukkan tempoyak dan tumbuk & adun rata. 
  • Masukkan bahan tumbuk dalam periuk dan bancuh dengan air. Masukkan air secukupnya. 
  • Jerang di atas api lalu dimasukkan daun kunyit atau kesum dan bunga kantan serta garam secukupnya. 
  • Masukkan ikan dan masak hingga ikan masak & secukup rasa.
  • Kepekatan kuah ikut selera masing2 ye.

7 ulasan:

Mas berkata...

anna...ni hantu ikan patin datang...
kasi aku sepinggan..
terliurnya tengokkk...

Zuwairi Aiman berkata...

Salam kunjungan, blog yg menarik.. senang2 singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com

izahdaut berkata...

anna..
memang sedap la masak gini...
tapi air tangan mak aku je aku suke.. air tangan sendrik rsa cam kurang je bila buat gulai masam ikan patin ni.

susu cair pun boleh gok na..

ijayuji berkata...

Salam kak anna!!!!Dah bgn lom? kita dtg bwk pinggan kosong jer ni nak tumpang makan tp ambik kuah jer eak sbb ikan sungai kita tak makan hihihi kalau ada rumput2 kita leh makan :D

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Anna...sedapnya!!tang tempoyak tue yg xtahan mata negoknya!!

zarin berkata...

sedap sedap hikhik

quinnie berkata...

sukanye gulai tempoyak...tiap2 hari makan pun tak pe...hehhehe

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...