23 Mac, 2011

MOIST BROWNIES

Assalamualaikum..

Harini sempat berlari pecut 400 meter kat blog jap, sambil2 jaga anak..terima kasih kepada yang mengingati tuan tanah ni & yang mendoakan kesihatan anakanda Ana yang kurang sihat..

Apa-apapun harini baru nak pergi Klinik Kesihatan dulu, dah 3 kali bawak Hannah ke klinik jumpa doktor, makan ubat..masih gitu gak, taknak biarkan lama2 sangat, panas badannya ketara sangat bila malam & pagi akan menggigil macam orang kesejukan, siap ada rengekan lagi,..tu yg tak tahan dengar tu, pagi tadi lain macam pulak, riba dia sambil lap2 kepala, tang tu jugakle Ummi dia nih meleleh air mata..rasa tak sanggup nak biarkan anak sekecil tu menanggung sakit..bila dia sihat sikit, adala dengar gelak-gelak & suara garangnya tu..dia ni agak garang jugak dengan abang2 & kakaknya yang suka mengusik..makan pun taknak..selalu buat kuih apapun dia yang tolong habiskan..suka makn nasi, orang belum duduk dia dah tadah tangan baca doa makan..sejak dia tak sihat, nasi pun taknak makan, suap sikit dah cukup..harap-harap anak ummi sihat spt. sediakala & hati ini tak runsing2 lagi..nak makan pun tak selera tau..betul ni


Ok, berbalik kepada menu harini, projek brownies ni dah lama buat, tak silap Ana hari Jumaat kot....sebabnya anak-anak dah merungut, lamanya Ummi tak buat kek, tapi dalam hati rasanya baru je buat tuk balik kg haritu..hehe..nak makan cakap jela kan..brownies ni baru2 masak, lepas potong tu rasa dia macam kek gitu, tapi ada belen2 Ana letak dalam peti ais, jadi padat lak..tak tahule kot2 tangan yang membikinnya tak sama hasilnya kot..hehe..


Sumber : Hanieliza
Bahan A
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan butter cair
  • 1 cawan air panas
  • 2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]

  • 2 biji telur gred B
  • 1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko - sy guna serbuk koko Van Houten
  • 1 s/k baking powder
  • 1 s/k soda bikarbonat - sy guna 1/2 sudu kecil je..sama ikut kak Zai

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.
 

Chocolate Topping
Bahan

  • 250 gm cooking coklat [cap tulip]- guna yang cap biasa2 je..
  • 1 s/b butter/majerin
  • 1 s/k susu cair

Cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.

7 ulasan:

HaSue berkata...

mmg risau je kan kalo anak2 sakit nih..kalo thp merengek2 tu lg laa risau..harap2 hannah cepat sembuh..sian umi terpaksa berlari2 aje masuk blog..nak bg auntie sue brownies pun x nyempat2..sian auntie sue tau..huu...

nampak mmg moist brownies itu..jeles aku org preggy xyah risau nak diet2 nih..ahaks

Trying To Be Muslim.. berkata...

Anna, alahai...tetiba same la kita, wat brownies gak.....:) mmm look yummy tu and bahan2 mudah je nak wat eiik....

Mas berkata...

sedapnya brownies tu..
anto la kat mas sikit...he..he..

izahdaut berkata...

anna..hope hanna cepat sembuhhh
memang gitu la kan bebudak ni kalau demam.kengkadang masa demam tu ok senyap je, tapi bile depa dah nak sihat tu merengeknya kanmain lagi.saboo jelah kite ni sebagai ummi..

Unknown berkata...

Assalamualaikum Anna...

Terliur tgk Brownies tu...cam nak rasa jer...tapi malu...
kwang..kwang...kwang...

tun_telani berkata...

bila demam mesti teringat kt mama.. kasi ibu kn, bila anak demam, mak pun mcm nk demam jugak susah hati =) moga anak kak ana cepat sembuh iA.
ps: brownies mmg fav budak2.. adik2 tun kalau mkn cepat je habis nih =)

Mamasya berkata...

Salam Anna

Moga Hannah cepat semboh..risaukan bila anak2 tak sihat...dari ceria asyik merengek.elok tu bawa ke klinik kesihatan kalau klnik swasta tak berkesan
moist brownies tu mmg moist...pernah cuba..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...