14 Disember, 2010

CUTI-CUTI@P. PANGKOR

 Assalamualaikum
Selamat bersua kembali kawan2...beberapa hari ni Ana ada bercuti sambil2 balik kampung suami..hihi...takdela bercuti ke Athens ke..Africa Selatan ke..bahkan jauh sekali ke Uganda tu..dalam Malaysia je, tupun negeri kelahiran Cik Abe Ana sendiri..Perak Darul Ridzuan


Haaa...takmo taip panjang2 lebar, sebab tak tau nak taip apa, jadi Ana tunjukkan pic.kami bercuti konon2nyala...Kalau ikutkan Pulau Pangkor tu takle jauh mana pun dengan kampung Cik Abe Ana tu, tapi sepanjang hampir 9 tahun kawen ngan dia ni, baru pertama kali sampai Lumut & Pangkor ni...haha...kira jadi pelancong negeri sendiri le dia tu kan...


Anak-anak teruja nampak feri, pertama kali diaorang ni naik feri, biasa nampak dalam tv & buku je, kali ni dapat rasa naik lak, nasib baik tak mabuk laut..hihi...


Kami pergi sekali dgn kakak sekeluarga, jadi tambang feri & sewa van kami kongsi, mahal gak wei..maklumle, ramai...tambang feri pergi balik dah RM110.00, dewasa RM10.00/org, kanak-kanak RM5.00/orang pergi balik..tambang van lak lain..


Ini antara pemandangan kat Kota Belanda..

Kat sini ada Tembok Besar China...ada kat belakang tokong tu..replika jer...

anak buah Ana tengah usha ayahnya untuk mandi, tp tak bagi gak..hihi

yang laki & girl kecik tu anak Ana bersama sepupunya, Shidah

nun dihujung sana (buat2la nampak ek) ada daratan, pulau kot

Sekadar memandang ombak & deruan air pantai..nak bagi diaorang mandi manda tak boleh, air kuat sangat..

Sepanjang sehari perjalanan(kami balik hari), Alhamdulillah puas hati jugakla, dengan pemandu van yang ramah melayan, dia jadi macam pemandu pelancong plak, bila ada tempat menarik dia akan hentikan van & bagi kami peluang ambik gambar & ceritakan kisah2 tersembunyi serta sejarah kejadiannya..van lain takde pun buat camtu..baguih betui pakcik tu, tambah lak abang ipar tu peramah gak, memang ngam le...apa2pun terima kasih buat pakcik pemandu van tersebut..

Time nak balik tu yang lemah seluruh anggota badan, bukan sebab sayang nak tinggalkan pulau tu, tapi bila tengok "RIBU RIBAN LION...LION.." orang dok beratur nak naik feri..Ya Allah...paham2le ek..itulah sebahagian gambar2 & kisah kami, suatu perjalanan & pengalaman yang menarik dalam hidup ni..Wallahua'lam..

4 ulasan:

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

teringat peristiwa di Pulau Pangkor lak tengok gmbr2 ni.. hehe

zarin berkata...

alamak! slalu ke pangkor tp tk pernah menjekakkan kaki ke kota belanda n tembok besar tu...errrr tatau pun kewujudannya tsk tsk :O

Wattie berkata...

Salam Ana,
Eeee bestnya dapat cuti cuti malaysia, kena pulak g dengan family, lagi gamat dibuatnya....Psstt Ana, aka cilok resepi kek alunan kasih kat bawah tu yer, nampak cantik sangat...

Anna Qawina berkata...

kak Sari : apa agaknya peristiwa menikam kalbu tu yea..hihi

Zarin : g Pangkor watpe acap2 sgt? mandi pantai ke? haha...lain kali kena tawaf pulau ek..

kak Watie : happy le, skali skal dpt jln2 ni...
cilok je kak, pastu buat , tak sabo nak tgk..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...