28 Ogos, 2010

BISKUT NESTUM RANGUP TANPA TELUR

Banyak hari dah tak update, bukan takde apa nak kongsi tapi saje2 menyibukkan diri menyiapkan biskut raya sementara masih rajin ni, kalau dah virus "M" menyerang susahla nak buat biskut ke hape..Ini salah 1 biskut yg Ana dah buat..Jadikan salah 1 juadah di meja tamu rumah anda di hari raya ini...


Resepi asal dari majalah SDK terbaru tapi bila Ana buat adunannya tak boleh nak bentuk, berderai, sedangkan gambar dlm majalah tu dia buat bentuk bunga lg..nasib baik ada paper cup, kepal2 masuk paper cup & bakar..hasilnya mmg sedap, tak manis sgt & rangup garing...

Ana kongsikan kat sini, mana tau ada yg nak cuba...
Resepi : Try buat separuh adunan pun dah banyak...
  • 375 gm mentega
  • 250 gm gula perang..sub.kan ngan gula pasir leh gak tp kena krgkn
  • 400 gm tepung gandum
  • 225 gm nestum
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • coklat masakan...utk glaze je....tak letak pon takpela..
  • Ceri dipotong kecil2..Ana saje tambah ni
Cara2 :
  • Pukul mentega & gula perang hingga kembang.
  • Masukkan tpg gandum, nestum & serbuk penaik. Gaul sebati hingga jd doh...(doh Ana jd berderai mcm serbuk gitu)
  • Bentukkan..Ana kepal2 boh dlm paper cup je, letak ceri yg dipotong2 atas tu..tekan2 skt bg padat
  • Bakar api sederhana lbh krg 15 minit @ dah kuning2 skt kat atas dia dah masak ler tuh...
  • * Untuk hiasan : Double boilkan coklat masakan tu, paipkan atas biskut..(Ana boh lam plastik, gunting lubang kecik & paipkan...tk boh pon takperla, ikut suka suki suku sakat korang lah yea..
 
Selamat Mencuba..percayalah sedap biskut nie...(",)

    1 ulasan:

    Tanpa Nama berkata...

    saya sarankan masuk tepung jagung utk mengelakkan dari tepung tu berderai..

    BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

    Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...