22 Ogos, 2010

BISKUT BADAM RANGUP

Salah satu biskut raya tahun ni, dah buat 1 adunan & rasanya kena buat lagi sebab menepati citarasa, sodaappp...TengQ En. Mat Gebu..



Cik Abe Ana kata macam biskut yang biasa tempah je..yelah sebelum ni main tunjuk je kan, kali ni bolehla merasa biskut yang buat sendiri, sedap lak tu..

sumber : Mat gebu
Bahan-Bahannya:-
  • 150 g mentega
  • 125 g gula aising
  • 1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 100 g tepung gandum*
  • 100 g tepung kastard*
  • 75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
  • 50 g serbuk badam
  • 50 g tepung gandum (extra)

Untuk Hiasan:-
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

Cara membuatnya:-
  • Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
  • Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit.
  • Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

    Tiada ulasan:

    BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

    Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...