08 Januari, 2013

RAINBOW CAKE/KEK PELANGI

Assalamualaikum. .


Sihat semua kawan2 saudara saudari sahabat handai sekalian alam..moga anda semua sentiasa dlm lindungan Allah Taala. 
...Oooh rindunya nak berblog macam dulu, meletakkan resepi masakan kek kuih yang dicuba, jadi ke tak lain kira, yang penting hasilnya dapat layan tekak kan..berharap sangat untuk dapat lebih ruang masa membelai blog yang tak seberapa ni..


Kek pelangi..rainbow cake..menggunakan resepi yg sama..Ana buat kek ni untuk tempahan cuma kali ni ekspress punya kek, adik yg tempah ni x nak krim keju, nak buat italian buttercream pon x sempat dah, maklumla confirm order ni lambat sangat sbb x sure husband boleh hantar ke tak. Dah lewat malam baru dapat kepastian so mula bancuh kek pun dah pukul 10 rasanya dah siap latak je dgn filling blueberry dan biar rehat jap sambil2 mix freshkrim.


Deco sesimple adanya..Harap empunya badan yg order puas hati dan jarap maaf jika rasa terkurang ya.


RAINBOW CAKE/KEK PELANGI
Sumber asal : Martha Stewart
Sumber rujukan : Citarasawan, Kak Anymz, Kak Cik Cek

Bahan2 :
  • 430gm tepung gandum/all purpose
  • 4 sk baking powder
  • 1/2 st garam
  • 250 gm mentega
  • 340 gm gula kaster *Ana letak 280grm sahaja
  • 375 ml susu segar
  • 5 biji putih telur suhu bilik
  • 2 st esen vanila/badam
  • Pewarna merah,biru,hijau,kuning,oren,unggu
  • serbuk koko secukupnya(jika perlu)

TOPPING/FROSTING :

A) 400 ml whip topping krim-di putar hingga kembang (untuk di sapu pada setiap lapisan dan seluruh kek)


Loyang 8" di alas dan di gris

Cara-cara :


1-Ayak tepung,baking powder dan garam,ketepikan
2-Pukul gula dan mentega hingga gebu.Masukkan esen vanila diikuti putih telur,sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu
3-Masukkan tepung gandum,berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati
4-Bahagikan adunan dengan enam bahagian yang sama banyak(+-260 gm setiap mangkuk),letakkan pewarna yang berlainan.
5-Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 15 min pada suhu 170C.Bakar sehingga habis
6-Angkat dan sejukkan di atas redai.Keluarkan aras bawah kek
7-Letak lapisan pertama di atas papan kek,sapu krim secukupnya,ayak koko di atasnya kemudian lapis dengan lapisan kedua,buat yg sama hingga habis
8-Sapu tipis seluruh badan kek dgn krim dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam atau semalaman.
Simpan krim slebihnya dalam peti sejuk
9-Keluarkan kek dan hias dengan krim selebihnya

JOM HIAS KEK
*Sapu krim keseluruh badan kek, ratakan dengan spatula.
*Buat corak dengan sesikat untuk kek (bukan sikat rambut yer..)
*Paipkan blueberry filling di tepi kek dan biarkan berjuraian (jika nak ler)
*Paipkan rossete menggunakan nozel di bahagian bawah & atas kek menggunakan krim yang diwarnakan.

Jumpa lagi..wassalam.

03 Januari, 2013

AYAM GORENG??

Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali..Alhamdulillah, setelah gabra seketika bila login blog x boleh, ingatkan salah passw.rupanya alamat email yang silap..haha..hampeh sungguh rasa gabra itu..Nampak sangat dah lama x login blog kan, update blog Biz pun guna henpon, tu yang ingat2 lupa tu..

Apa khabar orang kampung? eh...orang bandar..pekan..sungai..bukit,,semuala..sihat hendaknya ya InsyaAllah..semoga hari2 yang dilalui sentiasa dalam rahmat Ilahi..aamiin

Hari pertama persekolahan 2 jAN 2013 agak kalut ribut..pagi2 jahit lencana sekolah anak, hehe..Cik Abe tolong goreng nugget untuk sarapan dan bekal, haish..berterabur semua jadual..huhu..

Apapun semoga anak-anak sentiasa tenang dan dapat belajar dengan baik semasa sesi belajar ek..rasa baru je cuti, dah buka sekolah ye. Takde dahla pembantu2 Ummi nak jemur kain, angkat kain bila hujan atau lewat petang, tukang vakum lantai, susun pinggan dalam almari..ish..ish..sungguh besar jasa kalian sepanjang cuti sekolah ye anak-anak..Terima kasih la ye nak oii..hehe
Ok...berkaitan tajuk, menu simple pembuka blog..hehe..dah lama tak masak2, main tunjuk jek..kali ni ambil cuti dari order semua, masakle yg mudah dan cepat..tarrraaa...ayam goreng je?? Ko adeee??

Ayam goreng salut tepung aje..ratah jugakla ni kan, anak2 suka..mudah dan cepat

Sayur kesukaan Cik Abe dan anak-anak perempuan kami, sebiji labu air ni sekali hadap je,..sempoi sempoi betul..hehe..anak yang lelaki x makan sayur pulak..milih sangat lee..

Dah petang Cik Abe belikan Ais Kacang yang sedap ni lepas hantar anak2 pergi KAFA..yummyyy

JANGAN LUPA JENGUK SINI YA..---->>>>AnnaBaked@Home

Dah..dah...meh kita lipat kain baju secara berjemaah ya.....

29 November, 2012

FENOMENA DURIAN CREPES

Assalamualaikum..
 
Peminat durian? Berminat untuk merasa pekebenda la petak-petak kuning2 ni kan? Boleh tempah ya..Sila layari sini untuk paparan selanjutnya...>>>




yg tak suka durian blh pilih filling blueberry/jagung krim/mangga
RM10/pack

Wassalam..

11 November, 2012

DURIAN CREPES DI AnnaBaked@Home

Assalamualaikum

TERKINI..PANAS..PANAS...

eh..eh sedap dimakan sejuk2 yer..produk yang tengah HOT SELLING sekarang ni..


Crepes Durian dengan inti cream custard yang sangat sedap..adunan crepes Ana tidak menggunakan tepung gandum ya, tetapi diadun dengan 5 jenis tepung terpilih..InsyaAllah sedap.


 Untuk pertanyaan boleh terus berhubung dgn Ana ya..no telefon ada disebelah..email pon boleh..


Penghantaran area KL dan Selangor juga tersedia dgn kadar caj minima RM10/lokasi

 Antara tempahan yang sempat disnap..layari ---->>AnnaBaked@Home 

01 November, 2012

RED VELVET ICE CREAM CAKE

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera buat semua..dah banyak hari Aidiladha berlalu, baru nak wish..semoga semuanya sihat2 dan dalam keadaan baik aje ya..para jemaah yang usai mengerjakan rukun Islam ke 5 pun ada yang dah beransur2 pulang, semoga semuanya dalam lindungan Allah s.w.t
(tak reti nak ngomel dah..macam pelik..) hehe..

Meh layan kek baldu merah bersama aiskrim vanila ni..yaaa..Ampoonn sedap tau..cuma Ana tak sempat nak salut dgn freshkrim..sibuk aje..potong makan gitu je anak-branak sblm balik kg raya Haji ritu..sblm ni pernah buat tapi guna kek span dan kelilingnya ada kek juga, anak2 kurang makan kek tu, aiskrim je habis, kali ni Alhamdulillah kek dgn aiskrim licin.


Pada pengamatan Ana ler..kek span akan resap cairan aiskrim, tapi Red Velvet dgn tekstur yg agak padat ni *bukan bantat yer* :D..kek jadi elok terletak, haish..cemana nak xplain..hehe..kiranya kek tak kembang dek basah aiskrim tu..haa..paham dak? tak paham kalu..g buat sendiri yer..nak order pun boleh..


BAHAN - BAHAN :

KEK RED VELVET (klik)
**Resepi ni buat sparuh je dahla..

AISKRIM..beli jek..nak buat ada resepinya..google je..heehee

FRESH KRIM- dipukul hinggal kental (Terbalikkan mangkuk adunan, adunan krim tak jatuh tu kira dah boleh guna, jatuh kang tanggung sendiri..)

Cara :
  • Siapkan kek terlebih dahulu, sejukkan kemudian potong ikut saiz loyang.
  • Lapik loyang dgn plastic wrap sehingga melebihi paras loyang.
  • Masukkan dasar kek, sudukan/sendukkan aiskrim kedalam loyang, diatas dasar kek tadi.
  • Buat hingga hampir penuh loyang(agak2la kan).
  • Tutup aiskrim dgn satu lapisan kek lagi (jika tak nak pun takpe), balut keseluruhan aiskrim & kek tadi kemudian bekukan didalam peti sejuk. Biarkan semalaman/sehingga betul2 beku.
  • Keluarkan kek dari loyang (buang plastic wrap tadi) siapkan fresh krim yang dah dipukul kaku (buat awal2 sblm kek keluar dari peti ais ya).
  • Salut keseluruhan kek & hiaskan ikut suka.

**Cara simpan : sentiasa didalam peti ais (bahagian sejuk beku).
**Cara potong kek : menggunakan pisau besi yang tajam..

Blh juga refer sini....---->>Zach

Lagi kek untuk tempahan klik link ni ya :
 AnnaBaked@Home

NOTE : Untuk tempahan : sila berhubung dgn saya ya..ada bekas/kotak khusus untuk penghantaran kek ini, jadi anda perlu tahu dgn detail sebelum tempahan dilakukan.
 jadi boleh sms/wassup ana di talian 0193004358 / EMAIL : anna_qawina@yahoo.com


20 Oktober, 2012

Donut Gebu IML

Jom mendonat..tambah kegebuan tubuh badan agar sentiasa sihat sejahtera..ehehe..dah lama tak buat donut, kali ni try resepi dari tokey dari Ampang pulak..hmm..sedap..lembut sampai petang/malam..dah seharian pun tetap tak keras kejung..tryla..*ni dah lama buat ni, baru tayang..

Anda bila nak buat nih? Mas..Ika...dah buat..sape lagi? angkat tangan..

RESEPI DONUT LEMBUT IML
Sumber : Izah Daut

Bahan-bahan :
  • 2 sk yis mauripan
  • 1/4 cawan air suam
  • 1sk gula
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 sb gula
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb susu tepung
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air - kurang lebih
  • 2- 21/2 sb butter / marjerin

Cara-cara :
  • Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
  • Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
  • Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
  • Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
  • Sedia dinikmati.

penggunaan BM(breadmaker):
  • Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.

Izah ni rajin sungguh, buat kuih talam sedap sangat..apalagi APAM polkadot dia tu makaaiii..dah bnyk kali order apam Izah ni, kakak ipar pun suka akan kegebuan dan kelembutan apam tersebut..(skema lak...) so sape2 nak tempah apam ke kuih ke kek ke boleh jenguk blog beliau ya.."BUKAN SEKADAR MUFFIN"<<---klik...hehe

Di bawah ni pula Kak Tun punya..boleh juga tempah dengan beliau ya..mana2 yang korang nakla..jgan lupa Tokey apam(yakni sifu kpd tokey2 lain) iaitu Cendana kasih tu...pandai2le pilih..


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...

19 Oktober, 2012

PAVLOVA KASIH CK

Assalamualaikum..

amboii..ramai yg tayang apam..nasik goreng..kuih goreng..pau...haish..mana rajin nak buat ye..takpela..kita makan pavlova ajek..kelasss kaann...hehe..
                                                   yolah tu.....

Dah femes dah ni, kita je baru cuba..segan2 gitu nak try..hehe...tqvm buat Noorma@CK tu..hasil belajar kat kelas beliau share kat blog..siap call lagi nak tuntut ilmu kat beliau..jangan risau bagi yang nak blajar dgn CK..peramah amat empunya badan tau..tak sempat kita nak nyampok pun ya..laju je pot pet...haahaa..

Izin share kat sini ye CK..senang sungguh membuatnya..tapi AWAS..jgn selalu makan ya..manis ni..tapi takdela mencekik rasa manis tu..krim pula boleh guna freshkrim sahaja ataupun vanilla krim kastard yang yummy...

PAVLOVA KASIH CK
Sumber : CK@Noorma
Pavlova Kasih CK by AnnaQawina

Bahan-bahan :
  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula castor
  • 1/2 sdt esen vanila
  • 1 sdt cuka makan
  • 1/2 sdb tepung jagung

Cara-cara :
  • Pukul putih telur didalam bekas yang betul2 kering sehingga gebu, kemudian masukkan gula. Pukul lagi hingga adunan likat dan berkilat.
  • Renjiskan esen vanila dan cuka makan, pukul sebentar. 
  • Taburkan pula tepung jagung (Ana ayak tepung jagung kedalam mangkuk adunan). Kaup balikkan guna senduk hingga sebati.
  • Bentukkan meringue diatas loyang beralas kertas minyak.
  • *Buat dasar meringue, ratakan, kemudian paipkan bahagian tepi tinggi sedikit dari dasar pavlova tadi. 
  • *Atau bolehlah bentukkan ikut suka hati..
  • Panaskan oven selama 10 minit suhu 160'C, kemudian masukkan pavlova ke dalam oven, setelah 10 minit, turunkan suhu kepada 140'C selama 50-60 minit.(bab suhu ni CK yg ajar secara online..)
  • Setelah masak, tutup suis oven, biarkan sehingga pavlova sejuk dgn pintu oven sedikit terbuka.
  • *Ana biarkan 10 minit setelah masak, kemudian keluarkan letak kat luar je sampai sejuk, kemudian baru tanggalkan dari kertas perlahan2..Alhamdulillah tak melekat dan pecah.
  • Hiaskan dengan krim pilihan dan buah2an segar.
KRIM I : (CK) 
  • 240grm whipping cream
  • 1 1/2 sdb gula halus
  • 1/2 sdt esen vanila
*Pukul semua bahan hingga kental.


KRIM II -custard cream filling : (TryMasak)
Bahan-bahan :
  • whipping cream (200gm )
  • susu segar (1/2 cawan)
  • vanilla (1/2 sudu kecil)
  • kuning telur (1 biji )
  • gula kastor (33gm )
  • tepung kastard (13gm )
  • mentega (25gm )
Cara-cara :
  • Pukul whipping cream dengan kelajuan tinggi sehingga kembang. Jika ia tidak jatuh apabila bekas pemukul terbalikkan, bermakna ia telah siap dipukul. Simpan di dalam peti ais terlebih dahulu.
  • Campurkan semua bahan-bahan didalam periuk, dan masak sehingga pekat dengan api yang sederhana. 
  • Apabila pekat, Sejukkan campuran kastard ini terlebih dahulu.
  • Kemudian, pukul sekejap campuran kastard bersama whipping cream tadi. 
  • Akhir sekali, letakkan custard cream filling di atas base pavlova. Susun buah-buahan segar pilihan yang disukai di atas filling.
  • Pavlova sudah pun siap untuk dihidang.
Untuk lebih jelas boleh juga rujuk blog Kak Citarasawan, anda akn mudah memahami aturan membuat pavlova ni..

SELAMAT MENCUBA.
Nak Order? Boleh juga...sedia menerima tempahan InsyaAllah

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...