Khamis, 18 Oktober 2012

RED VELVET CUPCAKES


Assalamualaikum..

Bersiaran kembali, maaf untuk setiap kunjungan tidak berbalas, InsyaAllah akan BW sekiranya masa mengizinkan..Sebenarnya kebanyakan posting kat blog ni adalah auto-post, berjadual..otometik keluar ikut time..heehee..takpe kan..


Entry RVCC ni pun dah terperap sejak isnin lagi, sikit2 buat draf tapi tak siap jugak..apa daa..maka harini ter'keluar' sudah..Maka layaann ajer cupcakes yang dah yilek ni..yummmyyyyy..

Resepi yang semakin ramai dah cuba dan mendapat respon positif, Alhamdulillah, jika perkongsian yang amat sedikit ini memberi manfaat besar bagi yang meemrlukan, apa salahnya dikongsi bersama. banyak lagi resepi2 istimewa yang belum dikeluarkan, harap yang teringin nak resepi tu bersabar ya, ada yang sms, telefon terus pun ada, tak cukup tu..email pulak..Alhamdulillah, InsyaAllah akan saya respon bila ada peluang..bukanlah sibuk buat kek ke apa..banyak benda yang perlu disibukkan, maklumla, anak 5 orang ni rumah dah tunggang terbalik, waktu rehat pun tah kemana, nak pulak layan anak2 yang tak sihat kebelakangan ni..dugaan..

Resepi rajin pulak letak lagi..tq buat yang dah berjaya buat RVC ni..Hasuriah, Mas, Kak Lieza, kak Sam, Izah, CK(Norma) , Ros di Jepun dan lain2 ...

RED VELVET CUPCAKES
Sumber : Nurul@Cakes2U
RVCC by AnnaQawina

Bahan-bahan
 
A:
  • 300 g tpg gandum
  • 2 camb serbuk koko
  • 2 camt baking powder
  • 1 camt soda bicarbonate
  • 1 camt garam
B:
  • 125 g mentega tawar*Ana guna buttercup
  • 280 g gula castor
C:
  • 2 biji telur (gred B)
D:
  • 1 camt esen vanilla
  • 1 camt cuka putih @cuka kurma
  • 1 camb pewarna merah
E:
  • 240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

 CARA-CARA:
  • Ayak (A)-ketepikan
  • Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  • Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  • Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  • Masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
  • Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese frosting.

CREAM CHEESE FROSTING (Utk Cupcakes, gunakan separuh dari resepi dibawah)
Cream Cheese Frosting by AnnaQawina

  • 500 grm whipping cream-brand VIVO
  • 250 grm cream Cheese-brand Phillidephea
  • 60 grm gula icing
  • 110 grm butter
  • 2 titik lemon paste
Cara -cara :
  • Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
  • Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
  • Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga  pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
  • Boleh digunakan untuk menghias kek anda
************************************************************************************
************************************************************************************

Ini pula edisi sebiji kek, guna resepi yang sama, dilapisi krim keju dan blueberry filling yang sedap. InsyaAlalh puas hati. Untuk lebih informasi boleh layari AnnaBaked@Home ya.

Wassalam

4 ulasan:

HaSue berkata...

Aku suka jer nengok kapkek ko yg chumel2 tuh anna...ko xnak bagi aku rasa ke secara live?taknak?taknak? eh aku suka frosting cheese guna whipping cream nih...ko tgk swiss roll aku ngah tyg skrg guna belen aritu la..kiki...tq ye

Bicara Kak Noor berkata...

salam Anna
cantiklah ni yg buat akak jeles ni macam nak buat skrg jugak hee ingat nak buat jugak lah guna respi
Anna copy ek

hazila berkata...

Aduhaiiii akak ni sampai sekarang tak merasa lagi Red Velvet cake ni.

Tanpa Nama berkata...

Salam kak , sy nak tempah lah kek kat akak . Tp taktahu mcm mana nak contact akak . Boleh email sy tak ? Bg num phone akak eh ? nadranoor65@yahoo.com