Jumaat, 12 Julai 2013

3 RAMADHAN 1434H : MEE GORENG BASAH


بسم الله الرحمن الرحيم ...
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Maaf harini lewat letak entry, sebelum ni entry saya semua autopost, maaf la ye, x sempat nak taip..

Menu berbuka, permintaan anak-anak, Adam suka yang ada kuah2 pekat dan pedas, boleh bagi idea bagi sesiapa yang jemu berbuka makan nasi kan. Biasanya masak berbuka ni ikut selera anak-anak je, kita mak bapak ni layan aje, tekak semua boleh terima, asal lauk sejenis, sayur sejenis dengan sambal, dah. Dah lebih satu lauk sah2 xde sape nak makan.jangan membazir ya.

Resepi ni dah lama jumpa dalam majalah apa tah dah lupa lak.. masa tinggal kat rumah sewa masa belajar di Kuantan dulu, mula dari tu terus terer la kunun masak mee..hehe..Tapi ramuannya ingat2 lupa jela, asal jadi kan. Jom terai..

MEE GORENG BASAH
Sumber : Majalah

Bahan-bahan :
  • mee kuning - dicuci bersih
  • 5 ulas bawang putih - tumbuk halus
  • 1 ulas bawang merah - tumbuk halus
  • cili api - tumbuk kasar
  • 3 sdb cili giling
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sdk tepung jagung
  • sos tiram
  • kicap pekat
  • kicap manis
  • sedikit air
  • isi ayam - potong nipis
  • sayur-sayuran
  • bebola ikan

Cara-cara :
  • Panaskan sedikit minyak, tumis bahan2 tumbuk sampai naik bau
  • Masukkan cili giling, kacau2 sehingga pecah minyak.
  • Masukkan sos tiram, ayam, bebola ikan, kacau goreng hingga ayam masak.
  • Masukkan kicap pekat, kicap manis, kiub pati ayam dan air secukupnya. Biarkan mendidih.
  • Masukkan mee kuning dan sayur-sayuran., kacau hingga sebati.Rasa masin manisnya.
  • Dah mendidih, ambil sedikit air, bancuh tepung jagung bagi sebati dan masukkan dalam masakan tadi.
  • Sedia dihidangkan panas2..

SELAMAT BERBUKA


5 ulasan:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Sedapnya Ana... menambah selera utk berbuka ;-)

tun_telani berkata...

salam kak anna ku sayang.. wah.. arini x auto post ye. hihi.. tun smlm berbuka ngan mee kari, jd arini masak nasik lah..xleh 2 hari straight x jumpa nasik. hihi.. kalau mee kuning ni tun pun suka mkn yg berkuah sket.

Mas berkata...

aku suka masak gini....
meh sepinggan...klu dah abisss...ko buatkan lain..kikiki

Cida de' Nuanza berkata...

sedapnya mkn panas2...

Amie berkata...

Sedap betul menu gini, bila berkuah cepat je melintas tekak... slurrppp!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...