21 Julai, 2013

12 RAMADHAN 1434H : SNOW ALMOND COOKIES

Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali pada Ramadhan ke 12, cepatnya masa berlalu. Moga diberi kesihatan yang baik dan keberkatan seluruh isi alam InsyaAllah. kebanyakan n3 saya yang keluar ni autopost ye, harap maaf..

Biskut raya lagi, kali ini Snow Almond pula, hot selling bagi sesetengah bakers ni, boleh buat pilihan utk salutan menggunakan kelapa kering, breadcrumbs atau nestum, yang pasti sedap dimakan.


Alhamdulillah, baru sudah siapkan sebanyak 700pcs biskut ni utk dihantar sebagai salah 1 jenis biskut untuk hamper raya. Lepas ni kena siapkan utk tempahan kawan2 dan saudara mara terdekat pula, tak banyakla..sikit2 cari duit raya bayar tol nak balik kampung..hehe

masih menggunakan resepi sebelumnya, perkongsian daripada Umifeeza di web myresepi, dan ramai yang guna resepi ni kan, Alhamdulillah menepati selera.

RESEPI SNOW ALMOND
Sumber : Umifeeza@myresepi

BAHAN A:
  • 200gm butter
  • 100gm gula kastor
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu kecil esen kopi
  • 1 biji kuning telur
BAHAN B:
  • 220gm tepung gandum
  • 70gm tepung ubi
  • 50gm nestum - dikisar
  • 40gm badam kisar
  • 1 sudu besar coffeemate - boleh juga guna susu tepung
HIASAN:
  • Coklat masakan - dicairkan
  • white breadcrumb/ kelapa kering / nestum

Cara-cara

  1. Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
  2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
  3. Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
  4. Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
  5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih/kelapa kering/nestum tadi.
  6. Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara. 
 *******************************************************************

 SNOW ALMOND

Dijual dalam 2 saiz balang, 25pcs++ dan 50pcs++
Hubungi saya di talian 019-3004358 sebelum kehabisan biskut ni ya
Penghantaran plg lewat 3 hari sebelum hari raya InsyaAllah

5 ulasan:

Mieza berkata...

Salam Anna.. pandainya anna buat kuki..mieza mmg tak pernah menjadi buat kuki..tgn ni keras..mesti mau kena beli je..bila la tgn ni nak pandai buat kuki hhe

Ina Mohamed berkata...

wah, banyaknya...boleh pengsan jgk klu buaat sorang2 ni. demo ada pakai kakitangan tambahan x ni? hehehe...

asyifamustaffa berkata...

bnyknya tempahan...:-)
simpan resepi..insyallah nak cuba....thx..

tun_telani berkata...

tabik spring kak.. tun nk wat utk mkn2 sendiri pun 2-3 kali pikir.. punya la malas.. hahaha... kalau wat dgn adik2 kt kg tu seronok gak. wat sorang2 ni jd malas.

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

Assalam Anna
Sedap biskut ni, raya thn lepas akak rasa kat umah jiran
Thn ni plan nk try buat, akak ambik resepi ye Anna
Tqq

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...