Rabu, 1 Mei 2013

MINI PAVLOVA CK

Assalamualaikum
1 Mei 2013, cuti Hari Pekerja, yang bekerja dari rumah agak2 boleh aply cuti gak ke ni? hehe..apa2 pun selamat bercuti & beristirehat buat semua teman2..

Hari ni kita layan pavlova lagi, kali saiz kecik2..dibubuh nama Mini Pavlova..dah nama mini, sah2le kecik..dah kecik sah2 le murah sikit..hehe..nak bakar pun tak lama macam yg saiz dabak kan..Eh, suami saya suka la pavlova ni, takle manis sangat katanya..katanyala..tapi bukan selalu pun buat makan, sesekali kot tu yang terasa sedap tuh..hehe..
Ana paipkan terus dalam cup kertas, senang je nak jual, tak payah fikir dan risau pavlova retak ke hancur..hehe..tapi takat ni takde lagi pavlova yang hancur, Alhamdulillah. Masih setia dgn resepi CK ni, mudah dan senang, jom semak resepi sekali lagi, sebab harini hari pekerja, kita rajin sikit menyalinnya..*macam xde kaitan lak..
Hah..comel tak? Putih bersih suci seri murni jek..hehe..untuk mini pavlova, masa memasak dan suhu oven dikurangkan. Bergantung kepada saiz yg kita buat la ye.

RESEPI PAVLOVA CK
Mini Pavlova CK AnnaQawina

Bahan-bahan :
  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula castor
  • 1/2 sdt esen vanila
  • 1 sdt cuka makan
  • 1/2 - 1 sdb tepung jagung

Cara-cara :
  • Pukul putih telur didalam bekas yang betul2 kering sehingga gebu, kemudian masukkan gula. Pukul lagi hingga adunan likat dan berkilat.
  • Renjiskan esen vanila dan cuka makan, pukul sebentar. 
  • Taburkan pula tepung jagung (Ana ayak tepung jagung kedalam mangkuk adunan). Kaup balikkan guna senduk hingga sebati.
  • Atur cup kertas pilihan, jika tidak menggunakan cup kertas, anda boleh juga membuat bentuk pavlova diatas kertas minyak macam biasa, saiz ikut suka ya.
  • Paipkan dasar pavlova dahulu didalam cup anda @ atas loyang. Kemudian paipkan bentuk dinding pavlova ikut suka nak macamana ya.
  • Panaskan oven selama 10 minit suhu 140'C, kemudian masukkan pavlova ke dalam oven, setelah 10 minit, turunkan suhu kepada 120'C selama 40 minit atau sehingga masak. Sentuh dan tekan sikit tengah2 pavlova tu, kalau jari tak tenggelam dan melekit tandanya dah masak lah tu.*Jangan tekan kuat2 lak, mau retak itu pavlova..huhu
  • Setelah masak, tutup suis oven, biarkan sehingga pavlova sejuk dgn pintu oven sedikit terbuka.
  • *Ana biarkan 10 minit setelah masak, kemudian keluarkan letak kat luar je sampai sejuk, kemudian baru tanggalkan dari kertas perlahan2..Alhamdulillah tak melekat dan pecah.
  • Hiaskan dengan krim pilihan dan buah2an segar.
 
KRIM PAVLOVA
200ml freshcream jenama VIVO, dipukul kaku dan boleh digunakan
 
KRIM KASTARD TRY MASAK
Bahan-bahan :
  • whipping cream (200gm )
  • susu segar (1/2 cawan)
  • vanilla (1/2 sudu kecil)
  • kuning telur (1 biji )
  • gula kastor (33gm )
  • tepung kastard (13gm )
  • mentega (25gm )
Cara-cara :
  • Pukul whipping cream dengan kelajuan tinggi sehingga kembang. Jika ia tidak jatuh apabila bekas pemukul terbalikkan, bermakna ia telah siap dipukul. Simpan di dalam peti ais terlebih dahulu.
  • Campurkan semua bahan-bahan didalam periuk, dan masak sehingga pekat dengan api yang sederhana. 
  • Apabila pekat, Sejukkan campuran kastard ini terlebih dahulu.
  • Kemudian, pukul sekejap campuran kastard bersama whipping cream tadi. 
  • Akhir sekali, letakkan custard cream filling di atas base pavlova. Susun buah-buahan segar pilihan yang disukai di atas filling.
  • Pavlova sudah pun siap untuk dihidang.
Sesiapa yang ada tips dan panduan berkaitan pavlova yang manis ni, bolehla share ye, boleh kita sama2 baiki teknik memasak dan tambah ilmu InsyaAllah

Tq Noorma..Selamat mencuba..

7 ulasan:

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Anna.Slmt hari pekerja...yg dok umah tu..pakat2 arini ajak HB mkn2 kat luar.kata hari pekerjakan? :D

Bbwana adienia berkata...

salam anna..

memang bagus mini pavlova ni kan..sekali ngap ja masuk mulut..hihi..x membazir.

Norzila Zakaria berkata...

cantik mulus suci je pavlova ni kak ana..suka plak zila tgk

Mas berkata...

banyak bebel lak ko yerk...meh 10 ketoiiii

Cendana Kasih berkata...

lor...kenapa namaku jugak yang dikeluarkan?aduhh.... cer bak sini seketui dua.. skang ni aku baking ciklova ni sume hitam2 sikit..hahaha... kengkadang sampai tertidur tunggu tak keras2..

faa.rosli berkata...

Salam..apa tips nak buat pavlova mnjadi ya? Faa da 2 kali buat n 2 kali xjd..sobsob

Dia jd warna coklat,lembik n melekit...

Hafizah Mohamad berkata...

sedapnya...comei2 ja mini pavlova tu...senang nak ngap...he he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...